Isnin, 29 Oktober 2012

PBS @ Pentaksiran Buat sendiri

PBS adalah Pentaksiran  Buat Sendiri sebab...
>>> cikgu yang buat instrumen item
>>>>> cikgu yang menjalankan pentaksiran
 
>>>>>>> cikgu juga yang menyemak evidens
>>>>>>>>> dan cikgu juga yang menentukan Band bagi setiap pelajar
 
Tadi di sekolah saya, alhamdulillah saya berjaya buat LADAP Penyebaran DSP PBS Sains Tingkatan 2. Tapi ade satu soalan yang susah skit saya nak jawab.


Cikgu sekolah saya tanya kenapa dalam PBS pelajar tidak dibezakan mengikut pencapaian seperti sistem gred.  Cikgu2 kena buat soalan mengikut aras kepandaian pelajar supaya semua pelajar akan melepasi sekurang-kurangnya Band 3.


Tapi sebenarnya dalam PBS kita mahu pelajar melepasi Band 3 sbb pelajar mesti sekurang-kurangnya Tahu, Faham dan Boleh Buat. Kesian la pelajar yang datang belajar ke sekolah setiap hari tapi kita cikgu2 menafikan pelajar Tahu, Faham dan Boleh Buat. Pelajar yang suka ponteng sekolah lain la ceritanya!



Photobucket

Ahad, 28 Oktober 2012

LADAP PBS Sains Ting 2

Mesyuarat PBS Jurulatih Utama Negeri: 4 hari 3 malam
Taklimat PBS Jurulatih Sekolah: 3 hari
.
.
.
.
.
LADAP PBS Guru Mata Pelajaran: 2 jam


Esok saya akan beri LADAP PBS Sains. Tapi saya risau akan ade kecicirian maklumat. Saya dapat semua maklumat dalam masa 4 hari 3 malam tapi saya sampaikan di sekolah dalam masa 2 jam sahaja.

Saya minta Ketua Panitia jemput Penolong Kanan Kurikulum untuk dengar LADAP PBS. Jadi saya harap sangat semua berjalan lancar dan dapat beri input yg lengkap kepada PK1 dan guru2 sains.



Photobucket


Sabtu, 27 Oktober 2012

Dokumen Standard Prestasi

Rasanya semua cikgu ada DSP yang diperoleh daripada Jurulatih Utama Sekolah. Tapi yang masih belum ada ataupun nak softcopy, sila dapatkan di laman sesawang examperak. Dalam pautan ini, cikgu-cikgu boleh muat turun DSP bagi semua mata pelajaran tingkatan 1 dan tingkatan 2.

http://examperak.com/dspt1.html

http://examperak.com/dspt2.html



Photobucket

Soalan Lazim PBS Sains


 Adakah buku teks dan buku latihan aktiviti boleh membantu dalam pelaksanaan PBS ?
Ya, melalui aktiviti P&P  dengan menggunakan buku teks dan buku latihan aktiviti.

 Mengapakah LP tidak menyediakan instrumen penilaian untuk pentaksiran ?
Standard Prestasi adalah penilaian berasaskan sekolah. Oleh yang demikian,  instrumen penilaian hendaklah disediakan oleh guru yang mengajar murid tersebut bagi menentukan kesesuaian dan kebolehlaksanaannya.

Bagaimanakah guru menguruskan evidens dan instrumen selepas menjalankan pentaksiran?
Guru perlu menyimpan dan mendokumenkan sebagai bahan bukti pentaksiran telah dilaksanakan pada murid berkenaan mengikut deskripter sehingga data berkenaan dimasukkan ke dalam SPPBS.


Silalah klik pager di atas untuk baca keseluruhan FAQ. Semoga dapat membantu cikgu2 semua.



Photobucket

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS...mula2 bila terima surat untuk pergi ke Mesy Penyelarasan DSP PBS Tingkatan 2, saya sangat sedih. Saya takut apabila selesai mesy tersebut, sy terpaksa pikul tanggungjawab yg sgt berat sebab ramai sgt yg merungut tentang PBS.

Tapi sebenarnya sy tahu macam2 mll mesy tersebut. Kabur jd jelas, berat jd ringan. Rupanya banyak kecairan maklumat berlaku semasa Penataraan PBS tingkatan 1.

Paling penting, daripada mesy ini, barulah sy faham, sebenarnya PMR tidak dimansuhkan tetapi ditambahbaik. Jika dahulu PMR adalah 100% peperiksaan pusat tetapi mulai 2012(ting 1) PMR adalah 100% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Penambahbaikan PMR melalui PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)  dan psikomotor (jasmani). PMR dahulu hanya menilai aspek kognitif sahaja dan menyebabkan sistem pendidikan negara kita terlampau exam oriented.


 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Terima kasih kpd Pegawai Sains daripada Lembaga Peperiksaan dan Jurulatih Utama Kebangsaan MP Sains yg bersungguh menjernihkan kekaburan saya ttg PBS.

    Photobucket