Sabtu, 27 Oktober 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

PBS...mula2 bila terima surat untuk pergi ke Mesy Penyelarasan DSP PBS Tingkatan 2, saya sangat sedih. Saya takut apabila selesai mesy tersebut, sy terpaksa pikul tanggungjawab yg sgt berat sebab ramai sgt yg merungut tentang PBS.

Tapi sebenarnya sy tahu macam2 mll mesy tersebut. Kabur jd jelas, berat jd ringan. Rupanya banyak kecairan maklumat berlaku semasa Penataraan PBS tingkatan 1.

Paling penting, daripada mesy ini, barulah sy faham, sebenarnya PMR tidak dimansuhkan tetapi ditambahbaik. Jika dahulu PMR adalah 100% peperiksaan pusat tetapi mulai 2012(ting 1) PMR adalah 100% Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Penambahbaikan PMR melalui PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani)  dan psikomotor (jasmani). PMR dahulu hanya menilai aspek kognitif sahaja dan menyebabkan sistem pendidikan negara kita terlampau exam oriented.


 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Terima kasih kpd Pegawai Sains daripada Lembaga Peperiksaan dan Jurulatih Utama Kebangsaan MP Sains yg bersungguh menjernihkan kekaburan saya ttg PBS.

    Photobucket