Jumaat, 2 November 2012

Kursus Penyebaran DSP PBS Sains Ting 2

Hari ni hari ketiga@akhir saya sampaikan Kursus Penataraan DSP untuk Daerah Hulu Perak di PKG Gerik. Di sini ada 17 buah sekolah termasuk sebuah sekolah bantuan kerajaan dan 3 buah MRSM. Wakil sekolah terdiri daripada guru penolong, ketua panitia dan GKMP. Mereka sangat positif dengan PBS dan segala urusan penyebaran dan penataran berlansung dengan mudah. Malah saya rasa lebih mudah untuk menyampaikan DSP di Daerah Hulu Perak berbanding di Kuala Kangsar pada minggu lepas.


Cuma sy agak kepenatan berulang-alik dari Kuale ke Gerik sepanjang 3 hari berturut-turut.Terpaksa bertolak awal pagi dan sampai rumah jam 6.00 petang. Semasa memandu, saya sentiasa risau dengan speed trap yang ade di sepanjang jalan.



Photobucket