Ahad, 13 Januari 2013

Blog Review: eduscience1122.blogspot.com

Kali pertama saya menjejaki blog ni adalah semasa saya mencari instrumen PBS Sains Tingkatan 1. Terdapat banyak blog yang memuat naik instrumen PBS tetapi blog ini satu-satunya memuat naik instrumen PBS Sains Tingkatan 1 bagi setiap bab dengan lengkap. Selain bahan PBS, dalam blog ni terdapat koleksi2 power point yang boleh digunakan semasa P&P.


Pemilik blog ini, awin nurul, pada tekaan saya adalah seorang guru mata pelajaran sains dan biologi dan  mengajar di negeri Perak. Beliau menjadi blogger pertama yang membuat blog review untuk blog pbssainsonline dan menjadi follower kedua untuk blog ini. Saya ucapkan terima kasih (sesangat2) atas sokongan yang diberikan.






Photobucket