Rabu, 27 Februari 2013

Manusia adalah Organisma Kompleks

Penyapu lidi adalah ciptaan ringkas. Ia hanya terdiri daripada lidi yang diikat dengan tali.

Komputer pula adalah ciptaan kompleks. Ia terdiri daripada monitor, hard disc, mother board, colour board, wifi adapter, modem, keyboard, speaker, USB port dan sebagainya.




Bakteria adalah organisma ringkas. Ia terdiri daripada satu sel sahaja.

Manusia pula adalah organisma kompleks. Hal ini kerana:

  • Mempunyai pelbagai jenis sel. Setiap sel mempunyai bentuk dan fungi yang berbeza.
  • Mempunyai otak yang mengawal koordinasi seluruh badan.
  • Terdiri daripada gabungan pelbagai jenis sistem yang menpunyai fungi berbeza tetapi saling berhubungkait.




Photobucket

Kepentingan Unit SI dalam Komunikasi

Menghitung adalah salah satu daripada kemahiran sains. Kita menghitung duit, jisim badan, jarak, masa, suhu, luas, isipadu dan kalori dalam makanan. Setiap kuantiti yang dihitung mempunyai unit yang berbeza. Contohnya duit dihitung dalam unit ringgit manakala jarak diukur dalam unit meter.

Sekiranya setiap kuantiti dihitung dalam unit berbeza, akan menyebabkan kecelaruan. Bayangkan jika seorang peniaga menjual barang dalam urus niaga Ringgit Malaysia (RM) dan pembeli ingin membayar dalam urus niaga US Dollar (USD). Pening kan.

Bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan unit yang berbeza, saintis telah menetapkan Système International d’Unités (SI) @ SI Unit. Semua penggiraan saintifik akan menggunakan SI Unit. Contoh SI unit adalah seperti berikut


Antara kelebihan menggunakan SI unit:

  • memudahkan penyebaran penemuan saintifik ke peringkat antarabangsa.
  • memudahkan komunikasi
  • memudahkan penggiraan kuantiti fizikal
  • memudahkan perbandingan sesuatu bahan atau jirim.





Photobucket

Isnin, 25 Februari 2013

Instrumen B6D1E1 #3-Contoh Susunan Buku Skrap

B6D1E1: Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untukmengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.


Muka hadapan (cover)
School bus Nama Sekolah & Logo Sekolah
School busTajuk
ALAT TEKNOLOGI YANG SESUAI UNTUK MENGATASI MASALAH HAD DERIA PENGLIHATAN DAN PENDENGARAN (B6D1E1)School busMaklumat Kumpulan
Nama dan nombor kad pengenalan ahli kumpulan, Tingkatan, Tarikh Serahan, Nama Penyemak
Muka surat 1: Pengenalan
School busIdea tentang alat teknologi. Mengandungi maklumat-maklumat berikut:
AirplaneDefinisi had deria penglihatan
AirplaneSenarai alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria penglihatan
AirplaneDefinasi had deria pendengaran
AirplaneSenarai alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria pendengaran.
Muka surat 2:  Alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria penglihatanNama alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria penglihatan, gambar, fungsi dan ciri-ciri alat tersebut
Nama
Fungsi
Ciri-ciri

Kanta Pembesarimage

Membantu melihat objek kecil

Terdiri daripada satu kanta cembung.
Kanta cembung tersebut membesarkan imej objek yang dilihat.

Muka surat 3: Alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria pendengaranNama alat teknologi untuk mengatasi masalah had deria pendengaran, gambar, fungsi dan ciri-ciri alat tersebut
Nama
Fungsi
Ciri-ciri

Stetoskop
image

Membantu mendengar degupan jantung

Tiub Stetoskop menguatkan bunyi degupan jantung

Muka surat 4: Kesimpulan
School busMenyatakan kepentingan alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran
School busMengkonsepsikan alat teknologi

Alat Teknologi untuk Mengatasi Had Deria Penglihatan dan Pendengaran

Antara alat yang dapat membantu mengatasi had deria penglihatan adalah seperti cermin mata, kanta pembesar, mikroskop, teleskop, periskop, binokular (teropong), mesin x-ray dan mesin ultra sound.




Antara alat yang dapat membantu mengatasi had deria pendengaran adalah seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu pendengaran.





Photobucket

Ahad, 24 Februari 2013

rehat jap...

oppss!
lap top sy diserang virus agaknya.
slow lain macam je ni.
sy nak hantar utk reformat.


so, bt masa sekarang,
rehat drpd blogging sekejap.


bagus jugak, sbb next week will be a busy week
org JPN nak berkampung di sekolah saya seminggu.





Photobucket

Sabtu, 23 Februari 2013

Instrumen B6D1E1 #2-Contoh Arahan Menyediakan Buku Skrap

B6D1E1: Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untukmengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.


 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Tajuk : Alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran
Arahan : Kepada pelajar
1.  Anda dikehendaki menyediakan satu buku skrap “Alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran”
 
2. Kandungan buku skrap anda mesti mengandungi perkara-perkara berikut
i) Maklumat(idea pelajar sendiri)
ii) Gambar foto/foto
iii) Keratan akhbar/majalah/risalah
iv) Bahan ICT/ Laman sesawang
v) Lain-lain bahan bercetak
 
3. Kandungan buku skrap mestilah disusun dan dikelaskan secara sistematik
i) Pengenalan “ Alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran”
ii) Definisi Alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran
iii) Contoh-contoh Alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran”iv) Nama dan fungsi bagi setiap alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran yang disenaraikan
v) Membuat penilaian tentang kepentingan alat teknologi untuk mengatasi had deria penglihatan dan pendengaran”

4. Anda diberi masa 2 minggu untuk menyiapkan dan menghantar buku skrap tersebut.
 
5. Perbentangan buku skrap akan dijalankan pada tarikh yang ditetapkan.











Intrumen B6D1E1 #1–Definasi buku skrap

B6D1E1: Pembentangan hasil buku skrap mengenai alat teknologi yang sesuai untuk mengatasi masalah had deria penglihatan dan pendengaran.


Definisi Buku Skrap
Satu himpunan maklumat/foto/keratan akhbar/bahan ICT/bahan bercetak/bahan dari internet yang terbaik dan dikumpulkan dalam tempoh masa tertentu mengenai sesuatu topik dalam bentuk yang sistematik
 
Objektif Pembelajaran
1. Dapat mengumpul maklumat untuk membina konsep (sebelum pengajaran dan pembelajaran
2. Dapat mengukuhkan konsep sesuatu topik (sebelum pengajaran dan pembelajaran)
 
Konstruk yang ditaksir
1. Mengumpul dan merekod data penyiasatan
2. Nilai murni dan sikap saintifik
 
 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Sumber:
Buku Panduan Pentaksiran Kerja Amali Sains
Penilaian Menengah Rendah
PEKA Sains PMR 55/3
Terbitan Lembaga Peperiksaan Tahun 2004





Jumaat, 22 Februari 2013

Nota Sains Tingkatan 5 Bahasa Melayu

Saya kongsikan Nota Sains Tingkatan 5. Nota ini dalam Bahasa Melayu. Mengandungi nota daripada bab 1 hingga bab akhir. Tapi turutan bab ni mengikut silubus lama.








Kreadit to : Jomad Mohd (scribd user)



Photobucket

Ahad, 17 Februari 2013

Kimia Tingkatan 4 [Bab 2 : Struktur Atom ]

Dua tiga minggu yang lalu saya ada buat latihan topikal untuk pelajar kimia saya. Soalan latihan tu saya 'copy and paste' daripada koleksi soalan Trial SPM 2012. Saya delete versi BI dan tinggalkan versi BM sahaja. Saya tak mahu berikan pelajar saya soalan dwibahasa. Saya mahu biasakan pelajar menggunakan BM dalam subjek Kimia sebab buku teks dalam BM.


Kalau berminat nak download Latihan Bab 2: Struktur Atom,

silalah [ klik di sini ]


soalan versi Bahasa Melayu ye!


p/s: berlaku kecacatan bile saya convert docs to pdf. sori yerk.



Photobucket

Sabtu, 16 Februari 2013

Pesanan Kepada Pendidik



Abdul Malik b. Marwan adalah khalifah Bani Umayyah yang Kelima yang memerintah dari tahun 65 Hijrah - 86 Hijrah (685 - 705 Masihi). Beliau berpesan kepada pendidik anaknya agar melaksanakan perkara-perkara berikut:-


1. Ajarilah anaku tentang kebenaran sebagaimana engkau mengajarinya tentang al-Quran

2. Suruhlah mereka berpegang teguh dengan akhlaq yang mulia.

3. Serulah mereka untuk bercampur gaul dengan orang-orang yang mulia dan para ilmuwan

4. Hormatilah mereka di khalayak ramai dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, marahilah mereka secara tersembunyi.

5. Pukullah mereka jika didapati mereka berdusta.

6.perdengarkanlah mereka dengan syair2 agar mereka menjadi lebih berani.

7. Elakkan mereka bergaul dengan orang-orang jahil.



kredit to: http://www.facebook.com/DidikAnakCaraIslam

Photobucket

Tips Mengelak Kesilapan Jawapan Semasa Exam

Exam tidak pernah menyusahkan murid. Malah, exam membantu murid mencapai kecemerlangan. Sebab tulah suasana di sekolah selau dihimpit dengan perbagai jenis exam. Antara exam yang dijalankan di sekolah seperti:-

  • Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun:
    Biasanya exam ni 100% format piawai peperiksaan awam
  • Penilaian Kurikulum:
    Dijalankan pada bulan 3 dan bulan 8.
    Soalan mengikut format sebenar cuma bilangan soalan dikurangkan berbanding peperiksaan awam.
  • Ujian bulanan.
    Dijalankan pada setiap hujung bulan.
  • Ujian topikal.
    Dijalankan setelah tamat sesuatu bab.
    Kadang-kadang ujian ini dijadikan homework kepada pelajar.
  • Quiz.
    Exam ringkas yang dijalankan setelah tamat sesuatu lesson.
    Menguji tahap kefahaman pelajar tentang subtopik. 


Untuk mendapatkan markah yang tinggi semasa exam, seharusnya pelajar harus menjawap dengan betul dan mengelak daripada memberikan jawaban yang salah ataupun tidak tepat.

Antara punca kesilapan jawapan  atau jawapan tidak lengkap adalah seperti berikut:


Pelajar Tidak tahu - 
Ini bermakna persediaan belum mencukupi.
Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.

Pelajar Tidak faham - 
Ini bermakna, walaupun telah mengulangkaji, tapi masih tidak faham.
Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.

Pelajar Keliru – 
Tidak dapat memahami dengan jelas  sesuatu topik.
Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru segera agar kesilapan yang sama tidak berulang.

Pelajar Lupa - 
Ini disebabkan tidak cukup persiapan menduduki exam.
Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji dengan membaca nota, perbincangan dan latihan soalan tahun-tahun lepas.

Pelajar Cuai – 
Ini bermakna anda tahu jawapan yang sepatutnya tetapi anda telah menjawab dengan salah.
Penyelesaian: Baca soalan dua kali. Pusingan pertama, baca soalan dan pilihan jawapan. Pusingan kedua baca soalan dan gariskan kata kunci. Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan.





Photobucket

Petua Mendapatkan 9A dalam SPM

Petua 1: Lupakan masa silam yang kelam
Mungkin keputusan UPSR dan PMR anda tidak membanggakan tetapi itu tak bermakna keputusan SPM juga tidak cemerlang. Sebelum anda boleh mencipta masa depan yang lebih baik, anda harus melupakan peristiwa malang anda di masa lalu.


Petua 2: Ingatkan kejayaan
Tidak kira siapa anda, anda pernah berjaya di dalam sesuatu hal pada suatu ketika dahulu. Mungkin anda pernah mendapat markah yang tinggi dalam ujian bulanan atau mendapat pingat dalam sukan. Gunakan kenangan kejayaan anda untuk memotivasikan diri anda bahawa anda sebenarnya boleh mencapai matlamat anda.


Petua 3: Menyedari segalanya berkemungkinan
Tiada yang mustahil, segalanya boleh berlaku. Impian yang tersemat di dalam hati anda, jika dipindahkan ke dalam minda dan diusahakan pasti boleh dicapai. Terimalah kenyataan bahawa anda sebenarnya boleh mencipta kehidupan yang lebih baik. Tiada orang di dahinya ditulis GAGAL atau BODOH. Kita yang mencorakkan kehidupan kita.


Petua 4: Impian yang besar
Agar impian dan keinginan anda dapat memberi inspirasi kepada anda untuk bertindak dan mencapai matlamat, maka impian dan keinginan perlu menjadi besar. Impikan untuk dapat semua A dalam peperiksaan dan yakinlah anda boleh mendapatkannya.


Petua 5: Bertindaklah untuk berubah
Perubahan tidak akan berlaku jika hanya sekadar berfikir - anda harus mengambil tindakan!. Dunia khayalan tidak membawa anda ke mana-mana, tetapi hanya mereka yang bertindak atas keinginan mereka akan benar-benar mencapai impian mereka. Jika impian anda untuk mendapat semua A, anda harus berusaha mencapainya.

Petua 6: Lakukannya setiap hari
Luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap malam untuk menilai pencapaian anda pada hari tersebut dan merancang untuk hari berikutnya. Tanya pada diri anda, apakah yang telah anda lakukan untuk mencapai impian anda pada hari ini. Tanya pada diri anda apa yang perlu dibaiki agar impian akan menjadi kenyataan.


Petua 7: Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Tabiat yang negatif boleh mengganggu usaha untuk mencapai impian anda. Untuk memastikan hal ini tidak terjadi pada anda, lakukan setidaknya satu langkah baru dalam rutin harian anda untuk memperbaiki tabiat tersebut. Tinggalkan kebiasaan yang negatif seperti bangun lewat, bersembang semsa guru mengajar, meniru homework, bermain facebook dan mainan komputer dan ber’sms’ perkara yang tidak penting.


Petua 8: Dapatkan bantuan dan sokongan
Mencapai sesuatu impian memerlukan bantuan dan sokongan daripada pelbagai sumber. Jika anda tidak memahami sesuatu subtopik, tanyalah pada guru. Belajarlah secara berkumpulan dan selalulah meminta nasihat dan sokongan daripada ibu bapa jika menghadapi masalah.

Petua 9: Teruja menanti hasilnya
Bayangnya anda memperoleh semua A dalam peperiksaan. Bayangkan anda menjadi mahasiswa di universiti. Bayangkan anda menerima anugerah atas kejayaan anda. Anda pasti teruja kerana anda sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan segala sesuatu yang anda inginkan!


Petua 10: Tingkatkan ‘standard’
Tiba masa untuk meningkatkan ‘standard’ anda. Inilah masa untuk mengharapkan sesuatu yang terbaik pada diri anda berbanding dengan orang lain. Jangan menerima kecuali yang terbaik sahaja dalam segala hal yang anda lakukan dan anda tidak akan menghadapi masalah membina kehidupan impian anda.

Khamis, 14 Februari 2013

Tips Belajar Kimia #1

Ape tu kimia? Mesti yang yang menjawab kimia adalah tindak balas antara dua bahan kimia, contohnya seperti tindak balas antara asid dan alkali. Tapi kimia bukan sekadar mengenai tindak balas kimia ataupun sifat-sifat bahan kimia.

Kimia adalah salah satu bidang sains yang sangat besar. KIMia mengkaji jiRIM (matter). KIMia=jiRIM Apabila kita belajar tentang kimia, sebenarnya kita mengkaji sifat-sifat jirim, komposisi jirim dan interaksi antara jirim

Sebenarnya Kimia amat menyeronokkan.  Setiap hari kita akan belajar sesuatu yang lain daripada lain. Banyak isitilah baru diperkenalkan. Contohnya, proton, neutron, elektron, elektron valens, konfigurasi elektron, isotop, oktet, duplet dan sebagainya. Malah banyak jirim-jirm baru diperkenalkan seperti magnesium, kuprum, helium, natrium, iodin, naftalena, alkana dan alkena. Tapi disebabkan terlalu banyak benda-benda baru diperkenalkan, terdapat pelajar yang mengalami chemmy-phobia walaupun baru sebulan belajar subjek kimia.

Jadi, persiapan awal amat penting. Luangkan masa 5-10 minit untuk membaca sebelum cikgu mengajar sesuatu subtopik baru. Sekurang-kurangnya tidak terkejut dengan istilah-istilah baharu.

Kimia berbeza dengan Biologi dan Fizik walaupun pada asasnya Kimia, Fizik dan Biologi adalah cabang bidang Sains. Bagi menguasai bidang Kimia, pelajar harus menguasai tiga perkara asas iaitu simbol unsur, formula kimia dan persamaan kimia. Jika ketiga-tiga perkara asas ini dikuasai, InsyaAllah, lebih mudah untuk mempelajari Kimia.

 

Bersambung…

Rabu, 13 Februari 2013

Kepentingan Fotosintesis Dalam Mengekalkan Ekosistem Seimbang

Proses menghasilkan makanan sendiri oleh tumbuhan hijau dipanggil fotosintesis. Fotosintesis memerlukan cahaya matahari, air, karbon dioksida dan kehadiran klorofil.


Proses fotosintesis adalah seperti berikut :


Klorofil adalah pigmen hijau yang terdapat dalam kloroplas pada sel tumbuhan.

Klorofil yang terdpat dalam sel tumbuhan

Semasa proses fotosintesis,  cahaya matahari ditangkap oleh klorofil yang terdapat pada daun. Karbon dioksida (CO2) dari udara masuk ke dalam daun melalui stomata. Air diserap oleh tumbuhan dari dalam tanah melalui akar dan diangkut ke batang dan daun melalui jaringan xylem. 


Fotosintesis

Molekul air dipecah oleh tenaga cahaya matahari menjadi oksigen dan hidrogen. Molekul hidrogen bergabung dengan molekul CO2 membentuk glukosa. Oksigen dilepaskan ke udara, dan glukosa diedarkan ke seluruh bahagian tumbuhan.


Glukosa digunakan untuk aktiviti kehidupan tumbuhan. Sebahagian glukosa diubah menjadi amilum dan disimpan di akar, batang, biji atau buah sebagai cadangan makanan. Cadangan makanan ini  digunakan oleh manusia dan haiwan sebagai sumber makanan.





Fotosintesis  mengekalkan ekosistem seimbang kerana:

  • Fotosistesis adalah satu-satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia.
  • Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah pengeluar. Ia adalah sumber utama tenaga bagi  pengguna dalam siratan makanan.
  • Fotosintesis menukarkan gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Oleh itu ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau.



Soalan HOTs:
Jika sel haiwan mengandungi klorofil, mampukah haiwan tersebut menjalankan proses fotosintesis?



Photobucket

Tips Mudah Mengingat Ketika Belajar

Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:
1 ) Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji.  Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak.
Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikh exam.

2 ) Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. 

3 ) Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistem cardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.

4 ) Belajar menggunakan pelbagai deria
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar.

5 ) Menggunakan imej-imej sebagai bantuan
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi etc etc… daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya disini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. 

6 ) Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster etc. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.

7 ) Manfaatkan masa yang ada sebaiknya
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.

8 ) Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah
Saya amat mengkagumi mereka yang mampu menghafal sebuah al Quran. Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal al Quran adalah menghafal perkataan demi perkataan tanpa salah atau silap sedikitpun. Tidak sama seperti kita menghafal buku-buku rujukan sains, kita hanya mengambil intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal perkataan satu per satu.
Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang layak umtuk memberi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Ikhlaskan niat kita untuk kita gunakan ilmu ini kepada kebaikkan, insyaAllah Allah akan membantu kita untuk mudah kita mengingat.
Para hafiz al Quran, antara tips yang memudahkan mereka menghafal al Quran ialah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati-hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”. Elaklah daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.

9 ) Nota ringkas atau mind-map
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Nota-nota ringkas in hanya sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.

10 ) Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.
Kesusahan itu sesungguhnya mengajar. Imam Bukhari, seorang yang terkenal dengan kebolehan menghafal ratusan ribu hadis-hadis sahih, telah melalui fasa pembelajaran begini. Beliau terpaksa mengharungi padang pasir yang panas beribu-ribu batu untuk hanya sekadar memperolehi satu hadis. Atas kesungguhkan dan susah payah beginilah, akhirnya beliau mampu untuk mengingat ratusan ribu hadis-hadis sahih didalam memorinya. Saya yakin, kita juga mampu.


kredit to : http://hazeldeen.wordpress.com/








Photobucket

Doa Penerang Hati

Semoga dengan mengamalkan doa penerang hati, kita dipermudahkan setiap urusan dan dipermudahdahkan memahami setiap ilmu.




Ya  Allah,
bukakanlah ke atas kami hikmatmu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatmu,
wahai tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang ,
wahai tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku ,
wahai tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku 






Photobucket

Selasa, 12 Februari 2013

Tips Kejayaan Dari Al-Quran

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna). dan orang-orang yang menunaikan zakat. dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya. dan orang-orang yang memelihara solatnya."


1. Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.


2. Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.


3. Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.
Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT..

4. Prihatin sesama kita
"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]
Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring..

5. Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan
"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]
Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

6. Jujur, amanah
" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]
Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?
Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

7. Tepati waktu
"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]
Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.


Sumber : http://www.iluvislam.com/pendidikan/tips-belajar/922-petua-menjadi-pelajar-cemerlang-menurut-al-quran.html



Photobucket

[Sains] Kalori Dalam Makanan

Kalori @ calorific value adalah amaun tenaga yg dibebaskan apabila 1g makanan dibakar. Kalori diukur dalam unit kilocalori (kcal) atau kilojoule (kJ). Biasanya pada pembungkus makanan,  kalori ditulis dalam unit kilokalori. 1 kcal = 4.2 kJ.



Jika kita tahu berapa tenaga (kalori) dalam makanan yang kita ambil setiap hari, kita boleh merancang untuk diet seimbang, supaya makanan yang kita makan membekalkan tenaga yang mencukupi. 


Ada banyak faktor yang mempengaruhi keperluan kalori setiap individu, i.e saiz badan, umur, jantina, klimaks, kesihatan dan aktiviti fizikal. Secara amnya, lelaki dewasa perlu 2571kcal dan perempuan dewasa perlukan 1904kcal sehari.

Terdapat satu formula untuk menganggarkan keperluan kalori untuk sehari. Formulanya seperti berikut:

Berat badan (kg) X 30 = amaun kalori sehari (kcal)

Contoh:
Jika jisim 55 kg:
Amaun kalori sehari = 55kgX30=1650kcal
maka dia perlu makan 1650kcal sehari






Photobucket

[Kimia] Konsep Mol

Mol, adalah unit spesifik yang digunakan untuk mengukur bilangan zarah (atom, molekul dan ion) yang terdapat dalam sesuatu jirim.

1 mol bersamaan 6.02 x 1023 zarah.6.02 x 1023 juga dikenali sebagai Nombor Avogadro, NA

Bilangan mol zarah dapat dihubungkan dengan bilangan zarah, jisim sesuatu jirim dan isipadu sesuatu gas, seperti berikut:


Hubungan mol dengan bilangan zarah:

Bilangan mol, n = 
bilangan zarah    
NA (6.02 x 1023)

Hubungan mol dengan jisim:

Bilangan mol, n = 
jisim, m                
jisim molar (JAR/JMR)

Hubugan mol dengan isipadu:

Bilangan mol, n = 
isipadu, V          
isipadu molar, Vm


 mol

[Sains] Kitar Nitrogen

78% gas di udara sekeliling kita adalah gas nitrogen. Gas nitrogen penting untuk menghasilkan protein. Kitar nitrogen adalah suatu kitar semulajadi yang memastikan peratus gas nitrogen berada dalam keseimbangan.
kitar nitrogen
1. Gas nitrogen kepada nitrat
Terdapat dua kaedah penukaran gas nitrogen kepada nitrat.
Pertama, gas nitrogen di udara bertindak balas dengan gas oksigen menghasilkan gas nitrogen dioksida semasa kilat. Gas nitrogen dioksida larut dalam air menghasilkan nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.

lightning2.jpg

Kedua, gas nitrogen akan meresap ke dalam Bakteria pengikat nitrogen yang terdapat dalam legum akar tumbuhan kekacang. Bakteria ini akan menukarkan gas nitrogen kepada nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.
legum

2. Nitrat kepada protein
Apabila tumbuhan menyerap nitrat, ia akan menggunakan nitrat untuk menghasilkan protein. Haiwan yang memakan tumbuhan akan memperoleh protein daripada tumbuhan tersebut. Seterusnya protein dipindahkan dari haiwan ke haiwan lain melalui siratan makanan.
3. Protein kepada Nitrat
Tumbahan mati, haiwan mati dan sisa perkumuhan haiwan (urea & tinja) akan mengalami proses pereputan. Bakteria pereputan akan menukaran protein tumbuhan dan protein haiwan kepada ammonium.
Ammonium akan ditukarkan kepada nitrit dan nitrat oleh Bakteria penitritan.
4. Nitrat kepada Gas nitrogen
Nitrat akan ditukaran kembali kepada gas nitrogen oleh Bakteria pendenitritan.

Kitar Nitrogen :Gas nitrogen –> Nitrat –> Protein –> Nitrat –> Gas Nitrogen

Soalan HOTS :Mengapa kitar nitrogen akan terganggu jika haiwan dan tumbuhan tidak mereput ?

Sabtu, 9 Februari 2013

Jangan Tidur Lagi

Cikgu: Azman, jgn tido time cekgu ngajar . .
Azman: Maaf kn sy cekgu . .
Cikgu: Kamu tido lwt ke s'mlm ?
Azman: Ye cekgu . . .
Cikgu: nape kamu tido lwt ?
Azman: TV marah sy tido cekgu . .
Cikgu: TV???
Azman: yee cekgu . . dye ckP  "Jangan Tidur Lagi" TV3


sumber: FB


Photobucket

Rabu, 6 Februari 2013

Doa Atasi Sikap Malas Pelajar


Tak kira samada kita mengajar di kelas terbaik, atau tercorot, ade pelajar rajin, ade pelajar malas.
Pelajar malas ni, sering kali menjadi kudis di kulit. Kalau tak diubat segera, akan merebak bilangan pelajar malas.


 Untuk atasi sikap malas eloklah kalau pelajar mengamalkan doa berikut untuk mengatasi sikap malas:


“Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari kedukaan dan kesusahan, perasaan lemah, malas dan kebakhilan”.


Allah s.w.t sendiri telah memberikan jaminan bahawa Dia nescaya akan memperkenankan doa hamba-hambanya. Sama ada cepat atau lambat hasilnya itu tidak penting, yang penting kita sebagai hamba melakukan apa yang telah Allah s.w.t sarankan kepada kita.




kredit to: http://musabhabibs.blogspot.com




Photobucket