Selasa, 12 Februari 2013

[Sains] Kitar Nitrogen

78% gas di udara sekeliling kita adalah gas nitrogen. Gas nitrogen penting untuk menghasilkan protein. Kitar nitrogen adalah suatu kitar semulajadi yang memastikan peratus gas nitrogen berada dalam keseimbangan.
kitar nitrogen
1. Gas nitrogen kepada nitrat
Terdapat dua kaedah penukaran gas nitrogen kepada nitrat.
Pertama, gas nitrogen di udara bertindak balas dengan gas oksigen menghasilkan gas nitrogen dioksida semasa kilat. Gas nitrogen dioksida larut dalam air menghasilkan nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.

lightning2.jpg

Kedua, gas nitrogen akan meresap ke dalam Bakteria pengikat nitrogen yang terdapat dalam legum akar tumbuhan kekacang. Bakteria ini akan menukarkan gas nitrogen kepada nitrat. Nitrat akan diserap oleh akar tumbuhan hijau.
legum

2. Nitrat kepada protein
Apabila tumbuhan menyerap nitrat, ia akan menggunakan nitrat untuk menghasilkan protein. Haiwan yang memakan tumbuhan akan memperoleh protein daripada tumbuhan tersebut. Seterusnya protein dipindahkan dari haiwan ke haiwan lain melalui siratan makanan.
3. Protein kepada Nitrat
Tumbahan mati, haiwan mati dan sisa perkumuhan haiwan (urea & tinja) akan mengalami proses pereputan. Bakteria pereputan akan menukaran protein tumbuhan dan protein haiwan kepada ammonium.
Ammonium akan ditukarkan kepada nitrit dan nitrat oleh Bakteria penitritan.
4. Nitrat kepada Gas nitrogen
Nitrat akan ditukaran kembali kepada gas nitrogen oleh Bakteria pendenitritan.

Kitar Nitrogen :Gas nitrogen –> Nitrat –> Protein –> Nitrat –> Gas Nitrogen

Soalan HOTS :Mengapa kitar nitrogen akan terganggu jika haiwan dan tumbuhan tidak mereput ?