Rabu, 13 Februari 2013

Kepentingan Fotosintesis Dalam Mengekalkan Ekosistem Seimbang

Proses menghasilkan makanan sendiri oleh tumbuhan hijau dipanggil fotosintesis. Fotosintesis memerlukan cahaya matahari, air, karbon dioksida dan kehadiran klorofil.


Proses fotosintesis adalah seperti berikut :


Klorofil adalah pigmen hijau yang terdapat dalam kloroplas pada sel tumbuhan.

Klorofil yang terdpat dalam sel tumbuhan

Semasa proses fotosintesis,  cahaya matahari ditangkap oleh klorofil yang terdapat pada daun. Karbon dioksida (CO2) dari udara masuk ke dalam daun melalui stomata. Air diserap oleh tumbuhan dari dalam tanah melalui akar dan diangkut ke batang dan daun melalui jaringan xylem. 


Fotosintesis

Molekul air dipecah oleh tenaga cahaya matahari menjadi oksigen dan hidrogen. Molekul hidrogen bergabung dengan molekul CO2 membentuk glukosa. Oksigen dilepaskan ke udara, dan glukosa diedarkan ke seluruh bahagian tumbuhan.


Glukosa digunakan untuk aktiviti kehidupan tumbuhan. Sebahagian glukosa diubah menjadi amilum dan disimpan di akar, batang, biji atau buah sebagai cadangan makanan. Cadangan makanan ini  digunakan oleh manusia dan haiwan sebagai sumber makanan.





Fotosintesis  mengekalkan ekosistem seimbang kerana:

  • Fotosistesis adalah satu-satunya proses yang dapat menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga kimia.
  • Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah pengeluar. Ia adalah sumber utama tenaga bagi  pengguna dalam siratan makanan.
  • Fotosintesis menukarkan gas karbon dioksida kepada gas oksigen. Oleh itu ia membantu respirasi benda hidup dan mengurangkan kesan rumah hijau.



Soalan HOTs:
Jika sel haiwan mengandungi klorofil, mampukah haiwan tersebut menjalankan proses fotosintesis?



Photobucket