Khamis, 14 Februari 2013

Tips Belajar Kimia #1

Ape tu kimia? Mesti yang yang menjawab kimia adalah tindak balas antara dua bahan kimia, contohnya seperti tindak balas antara asid dan alkali. Tapi kimia bukan sekadar mengenai tindak balas kimia ataupun sifat-sifat bahan kimia.

Kimia adalah salah satu bidang sains yang sangat besar. KIMia mengkaji jiRIM (matter). KIMia=jiRIM Apabila kita belajar tentang kimia, sebenarnya kita mengkaji sifat-sifat jirim, komposisi jirim dan interaksi antara jirim

Sebenarnya Kimia amat menyeronokkan.  Setiap hari kita akan belajar sesuatu yang lain daripada lain. Banyak isitilah baru diperkenalkan. Contohnya, proton, neutron, elektron, elektron valens, konfigurasi elektron, isotop, oktet, duplet dan sebagainya. Malah banyak jirim-jirm baru diperkenalkan seperti magnesium, kuprum, helium, natrium, iodin, naftalena, alkana dan alkena. Tapi disebabkan terlalu banyak benda-benda baru diperkenalkan, terdapat pelajar yang mengalami chemmy-phobia walaupun baru sebulan belajar subjek kimia.

Jadi, persiapan awal amat penting. Luangkan masa 5-10 minit untuk membaca sebelum cikgu mengajar sesuatu subtopik baru. Sekurang-kurangnya tidak terkejut dengan istilah-istilah baharu.

Kimia berbeza dengan Biologi dan Fizik walaupun pada asasnya Kimia, Fizik dan Biologi adalah cabang bidang Sains. Bagi menguasai bidang Kimia, pelajar harus menguasai tiga perkara asas iaitu simbol unsur, formula kimia dan persamaan kimia. Jika ketiga-tiga perkara asas ini dikuasai, InsyaAllah, lebih mudah untuk mempelajari Kimia.

 

Bersambung…