Rabu, 13 Februari 2013

Tips Mudah Mengingat Ketika Belajar

Antara tips-tips yang boleh digunapakai ialah:
1 ) Mula untuk belajar awal.
Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji.  Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak.
Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikh exam.

2 ) Mengulangkaji sedikit-sedikit.
Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat.
Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. 

3 ) Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal.
Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana sistem cardiovascular berfungsi, bermula daripada jantung melalui saluran darah i.e. aorta –> arteries –> arterioles –> capillaries –> veins –> vena cava, kemudian kembali ke jantung, lebih mudah untuk kita lukiskan diatas kertas gambar jantung dan saluran-saluran darah tersebut, kemudian kita cuba fahami dengan membayangkan seolah-olah kita adalah sel-sel darah yang melalui saluran-saluran darah tersebut. Dengan ini lebih membuatkan kita faham bagaimana sistem itu berfungsi dan insyAllah ianya akan lebih lama “melekat” dalam memori kita.

4 ) Belajar menggunakan pelbagai deria
Apabila anda membaca, kebiasaannya anda hanya membaca (menggunakan deria penglihatan sahaja). Ada satu kajian yang saya baca, yang mengatakan bahawa memori kita akan lebih terangsang untuk mengingati sesuatu ilmu tatkala deria-deria kita terangsang. Lebih banyak yang terangsang, katanya, lebih baik. Sebagai contoh, membaca (melihat) sambil menulis nota (rasa dengan jari), lebih baik daripada hanya membaca. Ataupun, membaca sambil membuat nota, dan sambil mendengar musik, mengikut kepada artikel yang dibaca tersebut, adalah lebih baik. Tetapi janganlah kita mendengar kepada musik-musik yang bersuara atau berlirik, ianya akan mengganggu fokus kita, tetapi dengarlah kepada musik-musik instrumental atau bacaan ayat-ayat al Quran yang menenangkan hati dan fikiran kita, dan tidak menghilangkan fokus kita kepada apa yang sedang kita belajar.

5 ) Menggunakan imej-imej sebagai bantuan
Memori manusia lebih mudah mengingat imej daripada perkataan ataupun fakta-fakta. Sebagai contoh, lebih mudah untuk kita ingat apabila kita melihat gambar seekor kucing putih berbelang kuning, ekor kembang berwarna kuning sepanjang lebih kurang 15 cm, bermata hijau, berbulu panjang, telinganya tinggi etc etc… daripada dengan saya bercerita kepada anda sifat kucing tersebut ataupun dengan anda membaca tulisan saya disini berkaitan kucing tersebut.
Ini bukan hanya mudah terutamanya untuk mengingati fakta, tapi juga tidak mustahil ianya boleh digunakan untuk mengingati sesuatu mekanisma perbuatan atau gerak kerja sistem. 

6 ) Tidak mengulangkaji pelajaran atau membaca ilmu baru ketika dalam kepenatan
Badan manusia ada kapasitinya, ada limitnya. Badan kita berfungsi dengan baik sekira ianya tidak didalam state kepenatan atau exaustion. Begitu juga dengan otak kita untuk memfokus kepada apa yang kita baca atau lakukan. Pastikan anda mendapat cukup rehat sebelum anda memulakan ulangkaji. Ulangkaji dalam keadaan badan keletihan dan kepenatan hanyalah membuang masa anda. Sekiranya anda rasa badan anda penat dan susah untuk anda memfokus kepada teks-teks yang anda baca, eloklah sekiranya anda tidur sejenak, kemudian bangun semula untuk menyambung ulangkaji, daripada anda meneruskan juga ulangkaji tanpa sedikitpun yang dapat anda ingat dalam memori anda.
Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting kepada kesihatan tubuh badan dan keupayaan untuk mengingat. Pastikan anda makan makanan yang berkhasiat. Cuba elakkan makanan ruji dan makanan-makanan yang tidak sihat. Cuba juga untuk kurangkan mengambil minuman-minuman bertenaga i.e. Red Bull, Livita, V, Mother, Monster etc. Minuman-minuman ini mengandungi banyak caffeine. Terlalu banyak atau terlalu kerap mengambilnya, akan merosakkan badan anda. Tabiaat mengambil kopi yang terlalu pekat dan kuat untuk stay-up malam untuk belajar juga sekiranya boleh, cubalah untuk elakkan.

7 ) Manfaatkan masa yang ada sebaiknya
Masa itu adalah kehidupan. Sekiranya kita membazir masa kita, seolah-olah kita membazirkan kehidupan kita. Saya amat mengkagumi diari kehidupan seorang president atau perdana menteri, mereka boleh mencapai beberapa perkara dan boleh berada di beberapa tempat dalam sehari. Sekiranya mereka mampu untuk memanfaatkan masa mereka untuk mencapai beberapa matlamat dalam sehari, kita juga mampu. Kita juga ada 24 jam sehari, sama seperti mereka.

8 ) Ikhlaskan niat dan perbanyakkan amalan kepada Allah
Saya amat mengkagumi mereka yang mampu menghafal sebuah al Quran. Menghafal al Quran bukannya mudah. Menghafal al Quran adalah menghafal perkataan demi perkataan tanpa salah atau silap sedikitpun. Tidak sama seperti kita menghafal buku-buku rujukan sains, kita hanya mengambil intipatinya sahaja, tidaklah kita menghafal perkataan satu per satu.
Ilmu ini juga milik Allah. Allah yang layak umtuk memberi ilmu ini kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan. Ikhlaskan niat kita untuk kita gunakan ilmu ini kepada kebaikkan, insyaAllah Allah akan membantu kita untuk mudah kita mengingat.
Para hafiz al Quran, antara tips yang memudahkan mereka menghafal al Quran ialah dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat seharian. Amalan-amalan sunat ini adalah pembersih hati. Kata Imam Syafie, “Ilmu ini umpama cahaya. Cahaya susah untuk memasuki hati-hati yang dipenuhi oleh titik-titik hitam (iaitu dosa)”. Elaklah daripada melakukan dosa kepada Allah, ini termasuklah dosa-dosa kecil, kerana dosa-dosa kecil inilah yang kelak memenuhi hati-hati kita, dan menyukarkan kita untuk mengingat ilmu-ilmu yang kita baca.

9 ) Nota ringkas atau mind-map
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya ketika untuk beberapa hari sebelum kita menghadapi peperiksaan. Nota-nota ringkas in hanya sebagai recap sahaja kepada apa yang kita dah baca dan faham sebelum ini. Hari-hari sebelum exam bukanlah masa untuk kita baca ilmu baru, atau buka semula buku rujukan yang telah kita baca dahulu, tetapi hanya sekadar masa untuk kita recap intipati-intipati yang telah ada dalam memori kita.

10 ) Perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam belajar, dan bersabar.
Kesusahan itu sesungguhnya mengajar. Imam Bukhari, seorang yang terkenal dengan kebolehan menghafal ratusan ribu hadis-hadis sahih, telah melalui fasa pembelajaran begini. Beliau terpaksa mengharungi padang pasir yang panas beribu-ribu batu untuk hanya sekadar memperolehi satu hadis. Atas kesungguhkan dan susah payah beginilah, akhirnya beliau mampu untuk mengingat ratusan ribu hadis-hadis sahih didalam memorinya. Saya yakin, kita juga mampu.


kredit to : http://hazeldeen.wordpress.com/








Photobucket