Jumaat, 29 Mac 2013

Borang Transit PBS Sains Tingkatan 2 Edisi DSP Feb 2013



Apabila DSP berubah, Borang Transit pun kena diubahkan jugak kan. Tak boleh guna Borang Transit versi lame, nanti pening kepala nak isi band dalam SPPBS. Silap-silap, ada instrumen yang tak dibuat sebab cikgu guna DSP lama. Jadi, di sini saya kongsikan Borang Transit yang baru. Semoga memudahkan cikgu-cikgu menjalankan PBS.



Jika berminat, silalah download. Tapi kalau ade kesalahan bagitahu pada saya yerk.

[ klik di sini ] untuk muat turun Borang Transit PBS Sains Tingkatan 2 Edisi DSP Februari 2013.








Senarai Semak PBS Sains Tingkatan 2 Edisi DSP Feb 2013

Di sini saya sertakan Senarai Semak PBS Sains Tingkatan 2 Edisi DSP 2013.


Kalau berminat untuk download, silakan. Sharing is carrying. Tapi kalau ada yang tersalah, bagi tahu saya yerk.

Rabu, 27 Mac 2013

Reply Letter daripada Nuffnang Tentang CPUV

Pagi tadi saya telah hantar tiket kepada Nuffnang. Saya request for CPUV. Nampak macam gedik je kan, tp saya saja2 je tanye, nak tahu jawapan daripada Nuffnang. Jom bace dan renung-renungkan. 

Soalan saya kepada Nuffnang:

Dear Nuffnang,

 1. I wrote this letter to request for CPUV. I have been registered with Nuffnang last January and since I registered, my blog never get promotion from CPUV even my blog have a large number of unique visitor. For today only, the unique visitor is more than 2000. 

Kenapa Blog saya tak dapat CPUV Nuffnang?

Assalamualaikum. Hari ini, entri saya agak peribadi sedikit. Berkisar tentang Nuffnang. Saya bukan buat blog untuk dapat duit, tapi lumrah la jika setiap blogger mengharapkan royalti daripada pengiklan seperti Nuffnang. Untung nasib, dapat buat duit tambahan.

Selasa, 26 Mac 2013

Penggiraan Merit Bagi Kemasukkan ke IPTA

Terlebih dahulu saya ingin mnggucapkan taniah kepada semua Lepasan SPM. Saya yakin sekarang anda sedang membuat keputusan untuk menyambung pelajaran samada di universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti, Giat MARA dan sebagainya.

Di sini saya ingin kongsikan cara pihak universiti@Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memilih Lepasan SPM atau setaraf untuk kursus yang ditawarkan. Pihak KPT memilih kemasukkan pelajar ke IPTA berdasarkan sistem meritokrasi. Penggiraan Merit berdasarkan 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum. Pengiraan markah merit calon adalah merangkumi proses penentuan aliran, penyediaan dan pengiraan merit serta penyediaan susunan merit.

Pengiraan Merit

Pengiraan merit adalah berdasarkan komponen Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).
Pengiraan markah merit adalah berdasarkan nilai gred mata pelajaran.

Kaedah Pengiraan Markah Akademik seperti berikut :
-90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
-30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain.

Markah yang diberikan berdasarkan gred Keputusan SPM



Pengiraan Merit Aliran Sains

Kaedah Pengiraan Markah Akademik Aliran Sains seperti berikut :

(a) 90 markah daripada 5 mata pelajaran berikut:-
-Matematik
-Matematik Tambahan
-Fizik
-Kimia
-Biologi atau salah satu dari mata pelajaran berikut: Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Pertanian/ Pengajian Agro Teknologi /Teknologi Kejuruteraan / Teknologi Maklumat / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Pengetahuan Sains Sukan

(b) 30 markah daripada 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil.


Contoh Pengiraan

1. Andaikan keputusan peperiksaan calon aliran sains yang mengambil 9 mata pelajaran;

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A+
Pendidikan Islam A+
Sejarah A+
Matematik A+
Matematik Tambahan A
Fizik A-
Kimia A
Biologi A

2. Pengiraan markah akademik untuk 5 mata pelajaran utama (Aliran Sains)

Matematik A+                = 18
Matematik Tambahan A = 16
Fizik A-                         = 14
Kimia A                         = 16
Biologi A-                      = 14
JUMLAH                      = 78

3. Pengiraan markah akademik bagi 3 mata pelajaran terbaik SPM lain yang diambil (Aliran Sains)

Bahasa Melayu A+    = 18
Bahasa Inggeris A+   = 18
Pendidikan Islam A+ = 18
JUMLAH                 = 54

4. Markah Akademik Bagi Pengiraan Markah Merit Pelajar

Markah Akademik = Markah Mata Pelajaran + Markah Mata Pelajaran Utama Aliran Terbaik

Markah Mata Pelajaran Utama Aliran = (78 x 90)/90 = 78
Markah Mata Pelajaran Terbaik = (54 x 30)/54 = 30

Jumlah Markah Akademik
= (Markah MP Utama Aliran + Markah MP Terbaik)120 x 90
= (78 + 30)/120 x 90
= 81

Jumlah Merit
= Jumlah Markah Akademik + Markah Kokurikulum
= 81 + (Markah kokurikulum dari pihak sekolah)


Penyediaan Susunan Merit (Ranking)

Susunan Merit (ranking) disediakan berdasarkan Markah Akademik (90%) dan Markah Kokurikulum (10%).

Jika masih sama (tie), jumlah Gred A+ diperoleh diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah akademik diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah markah kokurikulum diambil kira ;
Jika masih sama (tie), jumlah Gred A (A+, A dan A-) yang diperoleh pemohon akan diambil kira ;

Gred A+ dijadikan penunjuk pertama jika pelajar mempunyai markah merit yang sama. Justeru nilai A+ adalah bersamaan dengan nilai 1.
Gred A yang merangkumi A+, A dan A- juga dijadikan penunjuk penyusunan merit calon jika berlaku persamaan (tie).






Photobucket

Adab dan Tatatertib Orang Melayu Ketika Makan

Selain pantang larang terdapat pula adat dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adat dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.

Anak gadis pula dikehcndaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang rnuda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.

Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdckatan jika kita mahukan makanan itu.

Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-cloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.

Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.

Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu Maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seelok-cloknya datanglah selepas waktu sembahyang Isyak.



kredit to: mieneaststar.com


Photobucket

Pantang Larang Orang Melayu Semasa Makan

Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:

1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.
2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.
3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.
4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.
5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.
6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.
7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.
8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.
9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.
10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.
11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.
12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.
13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.
14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.



kredit to: anizyn.blogspot.com/2009/12/pantang-larang-melayu-ketika-makan.html#ixzz2Oa1AbZAF


Photobucket

Kepentingan Makanan Seimbang

Gizi seimbang adalah makanan yang mengandungi ketujuh-tujuh kelas makanan dal kuantiti yang betul.






Photobucket

Lima Panduan Makan Secara Sihat

Berikut adalah Lima Panduan Makan Secara Sihat yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


1) Makan Secara Teratur
Melangkaui (skipping) sesuatu masa makan boleh membawa kepada kelaparan yang tidak terkawal, selalunya menyebabkan kita makan berlebihan. Amalan yang baik ialah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Jika anda mengambil bahagian (portion) makanan yang munasabah, tidak ada masalah bagi anda memakan makanan kegemaran anda dan mengekalkan berat badan yang sihat.


2) Minum 6-8 gelas air kosong sehari.
Sekiranya anda gemar mengambil minuman manis, apa kata mulakan tahun baru anda dengan mengubah amalan tersebut. Pengambilan minuman manis boleh menyumbang kepada kalori yang berlebihan yang mudah menyebabkan kegemukan. Percayalah, satu gelas air kosong mengandungi 0 kalori berbanding teh tarik yang mengandungi 128 kalori. Mudah bukan untuk kurangkan kalori !


3) Hadkan pengambilan makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.
Makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng adalah tinggi kandungan kalori. Terlalu banyak atau kerap mengambil makanan ini boleh menyebabkan kegemukan terutama bagi mereka yang kurang aktif. Ubahlah tabiat anda dengan mengambil makanan yang dikukus, direbus, dibakar atau dipanggang. Jumlah kalori dapat dikurangkan sekiranya anda mengurangkan kekerapan mengambil makanan yang berlemak, bersantan dan bergoreng.


4) Amalkan pengambilan buah dan sayur setiap hari
Buah dan sayur adalah penting dalam diet harian. Ia merupakan sumber utama vitamin, mineral, serat dan lain-lain bahan yang penting untuk kesihatan. Kebanyakan orang tidak mengambil buah dan sayur dalam jumlah yang disarankan. Pengambilan pelbagai jenis buah dan sayur mengikut saranan boleh melindungi anda daripada penyakit-penyakit kronik. Ia juga membantu melawaskan saluran najis. Selain daripada itu,buah dan sayur juga mengenyangkan. Ini akan mengurangkan anda mengambil makanan yang lain. Dan yang lebih penting, buah dan sayur adalah rendah kandungan kalori. Ambillah sekurang-kurangnya 5 sajian buah dan sayur setiap hari.


5) Snek yang sihat
Kebanyakan orang tidak menyedari, pengambilan kalori yang berlebihan boleh disebabkan oleh makanan yang tidak mengenyangkan yang dijadikan snek seperti keropok, kerepek, kacang masin, gula-gula, dan biskut lemak atau berkrim. Makanan ini kebanyakkannya tinggi kalori, lemak dan gula. Sekiranya anda sukakan snek, pilihlah snek yang sihat dan rendah kalori seperti buah-buahan, sandwic, jagung rebus, kacang rebus atau panggang dan yogurt rendah lemak dan gula.


Ingat, perubahan dalam amalan diet anda tidak perlu terlalu drastik sehingga anda merasa tertekan untuk melakukannya. Buatlah perubahan secara perlahan-lahan. Perubahan yang kecil dan berkesan adalah lebih baik daripada matlamat yang besar tetapi tidak mampu dicapai.



Artikel oleh:
Bahagian Pemakanan,
Jabatan Kesihatan Awam
Kementerian Kesihatan Malaysia


Photobucket

Makanan Sunah Nabi Muhammad SAW



Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut , membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga.

Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali).

Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati



"Katakanlah(Muhammad),
'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah
mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'
[al-Imran:31]




Photobucket

Amalan Pemakanan Rasulullah

Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani untuk menyampaikan seruan Allah kepada umatnya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”

Selain menjaga kebersihan, Rasulullah SAW makan makanan seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan itu mempunyai khasiat yang tinggi.

Tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-harian terkandung zat-zat makanan yang membahayakan tubuh kita sendiri – lebih lagi apabila ia tidak dinyah dengan baik. Inilah faktor utama terjadinya pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain.

Ustaz Abdullah Mahmood pernah mengungkapkan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah sakit perut sepanjnag hayatnya kerana pandai menjaga makanan Baginda setiap hari. Ternyata Baginda mempunyai beberapa cara pemakanan yang dianggap mempengaruhi kesihatan Baginda.

Cara pemakanan Rasulullah S.A.W ini lebih dikenali sebagai ‘diet ala Rasulullah S.A.W’. InsyaAllah jika anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini anda juga tidak akan menderita sakit perut, keracunan makanan mahupun pelbagai penyakit yang lain.




Berikut adalah beberapa cara pemakanan Baginda :

Baginda tidak makan daging bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama daging ;
Baginda tidak makan ikan bersama susu ;
Baginda tidak makan ayam bersama susu ;
Baginda tidak makan ikan bersama telur ;
Baginda tidak makan ikan bersama daun salad ;
Baginda tidak makan cuka bersama susu ;
Baginda tidak makan buah bersama susu (contoh : cocktail)
Tidak makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makan buah terlebih dahulu barulah diikuti dengan nasi;
Tidur selama 1 jam selepas makan tengahari ;
Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan bertambah ;


Selepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli. Di tinjau dari ilmu kesihatan, madu berfungsi membersihkan hati, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan peradangan.

Semasa waktu dhuha, Rasulullah SAW selalu makan tujuh biji kurma ajwa’ untuk menghindari keracunan. Ketika seorang wanita Yahudi meletakkan racun dalam makanan Rasulullah ketika perang Khaibar, bisa racun itu kembali tawar oleh zat-zat terkandung dalam kurma. Sebab itu Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang rumahnya tiada kurma sebagai orang miskin.

Rasulullah SAW tidak makan dua jenis makanan panas atau dua jenis makanan dingin secara bersamaan.

Baginda juga tidak makan ikan dan daging dalam satu waktu dan tidak tidur selepas makan kerana tidak baik untuk jantung.

Rasulullah SAW makan cuka dan minyak zaitun yang dicampurkan dengan makanan asasi seperti roti. Ia bermanfaat mencegah lemah tulang, melancarkan sembelit, menghancurkan kolestrol, melancarkan pencernaan dan menjaga suhu tubuh pada musim sejuk.

Baginda melebihkan makanan berasaskan bijirin dan ubi kerana ia membekalkan karbohidrat kompleks, vitamin, mineral dan serat. Mengikut piramid makanan, kita disarankan mengambil 8 hingga 12 hidangan makanan berasaskan bijirin dan ubi dalam sehari.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
 “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.”
(Hadis riwayat Huzaifah).



Photobucket

Instrumen B6D2E1 #2- Contoh Susunan Penulisan Makanan dan Amalan Pemakanan

Instrumen B6D2E1 : Pembentangan hasil penulisan “makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:

• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• merancang satu gizi seimbang
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik / memerlukan
• mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.


Sabtu, 23 Mac 2013

Ranking Maktab Rendah Sains MARA

Berikut adalah ranking MRSM berdasarkan Gred Putara Maktab,GMP peperiksaan SPM tahun 2012






Photobucket

Ranking Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Berikut adalah ranking sekolah berasrama penuh berdasarkan ranking Gred Purata Sekolah, GPS Peperiksaan SPM Tahun 2012.


1.Sekolah Seri Puteri (GPS 1.0422)
2.Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawer (GPS 1.0620)
3.Kolej Tunku Kurshiah (GPS 1.1067)
4.Sekolah Menengah Sains Alam Shah (GPS 1.1870)
5.Sekolah Tun Fatimah (GPS 1.2275)
6.Kolej Islam Sultan Alam Shah (GPS 1.2976)
7.SBP Integrasi gombak (GPS 1.3417)
8.Sekolah Menengah Sains Muar (GPS 1.4349)
9.The Malay College Kuala Kangsar (GPS 1.4593)
10.Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (GPS 1.4928)
11.Sekolah Sultan Alam Shah (GPS 1.5032)
12.Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu (GPS 1.5105)
13.Sekolah Menengah Sains Muzhaffar Shah (GPS 1.5327)
14.Sekolah Menengah Sains Kuching (GPS 1.5327)
15.Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (GPS 1.5410)
16.Sekolah Menengah Sains Tapah (GPS 1.5719)
17.Sekolah Tuanku Abdul Rahman (GPS 1.6755)
18.SM Agama Persekutuan Labu (GPS 1.6960)
19.Sekolah Menengah Sains Johor (GPS 1.7003)
20.Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi (GPS 1.7295)
21.Sekolah Menengah Sains Machang (GPS 1.7527)
22.Sekolah Menengah Sains Seri Puteri (GPS 1.7575)
23.Sekolah Menengah Sains Rembau (GPS 1.7705)
24.Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (GPS 1.7862)
25.Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (GPS 1.7924)
26.SBP Integrasi Rawang (GPS 1.8046)
27.Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu (GPS 1.8322)
28.Sekolah Menengah Sains Selangor (GPS 1.8529)
29.Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh (GPS 1.8649)
30.Sekolah Menengah Sains Kepala Batas (GPS 1.8754)
31.Sekolah Menengah Sains Lahad datu (GPS 1.8961)
32.Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra ( GPS 1.9001)
33.Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (GPS 1.9143)
34.SBPI Sabak Bernam (GPS 1.9209)
35.Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (GPS 1.9593)
36.SBP Integrasi Jempol (GPS 1.9714)
37.SBP Integrasi Gopeng (GPS 2.000)
38.Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (GPS 2.011)
39.SBP Integrasi Selandar (2.0564)
40.Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (GPS 2.0883)
41.Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar (GPS 2.1219)
42.SBP Integrasi Temerloh (GPS 2.1245)
43.Sekolah Menengah Sains Labuan (GPS 2.1899)
44.SBP Integrasi Kubang Pasu (GPS 2.1915)
45.Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (GPS 2.2705)




Photobucket

Teknik Mengurangkan Cukai Pendapatan

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1. Zakat

  • Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.


2. Pendidikan Anak

  • Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Pelan Insurans Pendidikan Anak-Anak, Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.


3. Bantuan Kebajikan

  • Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA


4. Pembelian Buku, Journal, Majalah

  • Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.


5. Melanjutkan Pelajaran Post Graduate

  • Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .


6. Pembelian Barangan Sukan

  • Pelepasan cukai maksimum RM300


7. Insuran Hayat/Takaful Keluarga

  • Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).


8. Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa

  •  Pelepasan cukai maksimum RM5000.


9. Pembelian Komputer

  • Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)


10. Full Medical Check Up.

  • Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)




kredit to: http://baca-blogspot.blogspot.com




Photobucket

Jumaat, 22 Mac 2013

Bersama Pemain Bola Sepak Nazirul Naim

Pada hari Rabu lepas, 20 Mac 2013, sekolah kami bertuah kerana bakal pemain Liga Jepun, Nazirul Naim b. Che Hashim telah datang memberi motivasi semasa perhimpuan ko-kurikulum.





Sebenarnya Nazirul Naim berasal daripada Kuala Kangsar, Perak dan merupakan Old Cliffordians. Beliau belajar di SMK Clifford dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan seterusnya diserapkan dalam pasukan Harimau Muda.


Dalam pasukan Harimau Muda, beliau bermain sebagai pemain dek kiri. Beliau mempunyai larian yang pantas dan dapat bermain menggunakan kaki kiri dengan baik. Walaupun kehadiran beliau kurang mendapat liputan tetapi kelebihan yang beliau miliki telah menarik minat Kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu. Beliau telah terpilih untuk menyertai kelab itu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor.


Semoga beliau dapat beraksi cemerlang dalam pasukan baru dan mengharumkan nama negara tercinta.
Cliffordians will always be with you.



p/s:
Pesan cikgu2 Clifford pada Nazirul Naim, jangan bercinta dengan artis. Tapi Nazirul Naim senyum je. (^___^)



Photobucket

Khamis, 21 Mac 2013

Sejarah Tercipta [100,000 Pengunjung]

Alhamdulillah. Saya gembira hari ini teramat sangat. Keputusan SPM sangat mengujakan. Tujuh orang pelajar sekolah saya, SMK Clifford Kuala Kangsar dapat semua A dalam SPM 2012. Dua orang dapat 10A dan lima orang dapat 9A. Semuanya daripada aliran Sains Tulen. Pelajar Kimia saya pun, alhamdulillah, berjaya mendapat keputusan yang baik. Tak sia-sia usaha dan pengorbanan saya tahun lepas. Semoga kelak, pelajar-pelajar ini akan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. InsyaAllah.


Di rumah, saya seronok sangat apabila blog ini dah melebihi 100,000 hits walaupun tak sampai lima bulan. Unsangkable sungguh. Blog yang biasa-biasa macam ni pun, dapat banyak pengunjung. Mesti ramai cikgu sains dan murid-murid yang terjumpa dengan blog ni semasa google 'pbs sains'. Dulu saya sangka, blog ni akan jadi blog yang sunyi sepi sebab pada dua bulan pertama saya menulis di blog ni, purata pengunjung cuma 30-50 sehari. Tapi sekarang, purata visitor antara 2500 hingga 5000 sehari. Bilangan follower pun meningkat setiap hari. Sekarang dah ade 85 orang.


Terima kasih banyak-banyak kerana tertarik dengan blog ni dan sudi jadi follower. Jemputla datang lagi.







Photobucket

Rabu, 20 Mac 2013

Sistem Pencernaan Manusia [video]

Sistem pencernaan manusia terdiri daripada beberapa organ seperti Rongga Mulut, Esofagus, Perut, Usus Kecil, Usus Besar, Rektum dan Anus











Photobucket

Selasa, 19 Mac 2013

Teknik Menghafal Siri Kereaktifan Logam

Logam lebih reaktif akan menyesarkan logam yang kurang reaktif berdasarkan Siri Kereaktifan Logam.

Siri Kereaktifan Logam adalah seperti berikut. 

 

  Logam Simbol

Logam Reaktif
(diakhiri dengan…..ium)

     
  Kalium K Kalau

 

Natrium Na Nak

 

Kalsium Ca Kahwin
  Magnesium Mg Mesti
Technorati Tags:
Aluminium Al Ambil
Karbon C Cukup

Logam Kurang Reaktif

     

 

Zink Zn Zat

 

Hidrogen H Highest
Ferum Fe Ferum
Stanum Sn Supaya
Plumbum Pb Perkahwinan
Kuprum Cu Kekal

Logam Tidak Reaktif

     
  Merkuri Hg Hingga
Argentum Ag Akhir
Aurum Au Adanya
       
       

Isnin, 18 Mac 2013

Syarat Menjadi Seorang Doktor [ Jokes ]

Blue elephant doctor


Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan..

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama, kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...

sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu.

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata....

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk.....


SEKARANG.....TUMPUKAN PERHATIAN....PAHAM!!!!!




Photobucket

Ahad, 17 Mac 2013

Aloi

Definasi:

  • Aloi adalah campuran logam dengan logam lain atau bukan logam dengan komposisi tertentu. 


Contoh aloi:

  • Keluli, pewter, gangsa, duralumin dan loyang. 


Tujuan Pengaloian:

  • Menambahkan kekuatan logam tulen.
  • Membaiki rupa bentuk @ menarik
  • Mengurangkan kesan pengoksidaan @ mengelakkan karat 




(click to enlarge)




p/s:
Pada tahun 2008 saya telah menyertai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)  Guru Bestari Program Pembestarian Sekolah.  Kursus itu dijalankan selama sebulan di BPG Ipoh. Power Point ini dibuat semasa kursus itu.

Bila tengok Power Point ini, teringat kenangan berkursus dulu. Itu lah kursus yang paling lama yag saya sertai....sebulan! Dah jadi macam pelajar asrama sebab duduk diasrama. Kursus start 8.00pg habis 5.00 petang. Setiap malam buat homework, dan esoknya buat presentation.




Photobucket

Sabtu, 16 Mac 2013

10 Perkara yang Merosakkan Otak

Pada umumnya otak berwarna kelabu, sedikit warna putih dan juga saluran darah yang berwarna merah. Tetapi, otak yang yang diawet berwarna kelabu kerana kesan bahan pengawet iaitu formaldehida.

Otak manusia terdiri daripada tiga struktur utama iaitu serebrum, serebelum dan medula oblongata.Sereberum terbahagi kepada dua bahagian, hemisfera kanan dan hemisfera kiri. Jika otak kiri anda lebih dominan maka anda cenderung lebih logik dan rasional, jika apabila otak kanan lebih dominan maka anda cenderung lebih kreatif dan emosional.




10 perkara yang boleh menyebabkan otak rosak:


1. Tidak bersarapan pagi
Mereka yang tidak bersarapan pagi memiliki kadar gula dalam darah rendah, yang menyebabkan sumber zat ke otak kurang.


2. Makan berlebihan
Lemak yang berlebihan menybabkan pembuluh darah dalam otak sempit dan mengurangkan keberkesanan fungsi otak.


3. Merokok
Racun' dalam rokok boleh mengganggu otak. Juga boleh menyebabkan penyakit Alzheirmer.


4. Pengambilan gula berlebihan
Glukosa berlebihan menyebabkan penyerapan protein dan zat2 makanan lain terganggu. Ini menyebabkan ketidak-seimbangan zat dalam badan.


5. Pencemaran udara
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam otak. Kekurangan oksigen mengganggu fungsi otak.


6. Kyrang tidur
Otak memerlukan rehat yang cukup untuk untuk memulihkan kemampuannya. Kurang tidur dalam tempoh yg lama boleh merosakkan selsel otak.


7. Tidur menutup muka
Perbuatan ini akan meningkatkan kepekatan karbon dioksida yang kurang baik untuk otak kita.


8. Banyak berfikir ketika sakit
Sakit mengurangkan kemampuan otak. Otak memerlukan masa untuk pemulihan. Kurang berfikir semasa sakit mengelakkan kerosakkan sel otak.


9. Kurang melatih otak
Banyak berfikir secara kreatif dan kritis membantu membina sel2 otak dan meningkatkan keupayaannya.


10. Jarang berkomunikasi
Komunikasi merupakan salah satu element yang memacu kemampuan otak. Kurang berkomunikasi akan menyebabkan keupyaan intelektual kita berkurang.



Photobucket

Tidurlah - A Tribute to the Fallen Heroes of Lahad Datu


Tidurlah

A song by Josephine.
It's  a beautiful song and so touching.
Everyone should listen to this song.







Tidurlah,
perajurit muda,
bebaskan bebanmu dalam buaian indah.

Tidurlah, 
lelapkanlah mata,
musim luruhkan berlepas,
malammu jadi cahaya.

Tidurlah,
mengapa kamu harus pergi dulu.
mengapa kamu rebah...
sebelum waktu.


Bunga bunga kan kukalungimu,
bersama seribu kasih,
jasamu pada ku, 
disanjungi.

Air mata ku kirim bersama
doa bagi mu perwira
usah lagi duka
ooo...

Tidurlah...



Photobucket

Khamis, 14 Mac 2013

Semakan Keputusan STPM 2012

Bagi calon yang menduduki STPM pada tahun 2012, anda boleh menyemak keputusan peperiksaan anda secara online atau SMS


Semakan Online



  1. Login ke website Majlis Peperiksaan Malaysia
     http://webmpm.mpm.edu.my/stpm/
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  3. Klik 'Hantar"

Bagi calon STPM calon kovensional, anda boleh menyemak keputusan STPM pada 18 Mac 2013. Manakala bagi calon STPM Sistem Modular anda boleh menyemak Keputusan STPM Semester 1 pada 21 Mac 2013. Semakan online bermula pada jam 12.00 tgh hari.


Semakan SMS


Taip STPM RESULT < jarak > < No. Kad Pengenalan > dan hantar ke 15888




Semoga mendapat keputusan cemerlang dan dapat menyambung pelajaran ke IPTA.





Photobucket

Teknik Belajar #1

Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk belajar. Terpulang untuk kita menilai dan memilih teknik yang sesuai. Teknik Belajar 5R-STUV menekankan kepada 9 cara belajar.

Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

Sumarize [ringkaskan nota penting]
Test your self [uji diri anda]
Use [gunakan]
Visualize [bayangkan selalu]

1. Recopy (salin semula)
- Anda perlu menyalin semula nota yang anda pelajari di dalam kelas. Mulakan membuat nota baru dengan sumber-sumber yang ada seperti buku teks atau rujukan. Baca setiap perenggan dengan teliti kemudian salin semula perenggan yang hendak disalin.


2. Rework all model 5x (buat semula contoh/cepat/5 kali)
- Melakukan latihan yang terdapat dalam buku teks, buku rujukan atau buku latihan secara berulangan. Ambil masa semasa membuat setiap ulangan dan semak jawapan setiap kali latihan dibuat.


3. Recite out loud repeatedly ( lafaz kuat dan berulang )
- Cuba ulangi nota atau maklumat dengan menyebut kuat dan berulang. Mulakan dengan menyebut sambil melihat nota yang ada, kemudia teruskan dengan menyebut maklumat itu tanpa melihat nota. Kemudian, berikan nota pada kawan anda dan mulakan mengulang maklumat dengan diperiksa oleh rakan dengan nota yang ada untuk memastikan maklumat yang anda beri adalah betul.


4. Recheck ( semak semula )
- Semak semula latihan yang anda lakukan, dengan cara ini anda akan lebih yakin dengan jawapan yang diberi dan mengesan kesilapan pada latihan. cara ini berkesan sekirannya diperaktikn bagi memperolehi jawapan yang paling tepat dan boleh digunakan semasa menghadapi peperiksaan nanti.


5. Reasonnableness ( jawapan berpatutan atau sebaliknya )
- Pastika jawapan yang diberi dan berpatutan atau sebaliknya. Pada peringkat ini anda perlu menganalisis ( membuat pengamatan ) terhadap jawapan yang diberi adakah sesuai dengan kehendak soalan atau tidak


6. Sumarize ( ringkasan nota penting)
- Apabila anda mempunyai banyak nota yang terdiri dari beberapa bab, menyebabkan terlalu banyak perkataan yang perlu diingat. Satu cara yang sesuai adalah dengan meringkaskan nota-nota tersebut dengan kata kunci dan perkataan yang sesuai.


7. Test your self (uji diri anda )
- kesilapan yang berlaku dalam diri pelajar adalah mereka tidak cuba untuk menguji pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari. Bagi mereka cukuplah latihan yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan. Cuba untuk menjawab soalan-soalan dari soalan-soalan ujian yang lepas kerana iannya membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang.


8. Use ( gunakan )
- gunakan masa yang senggang dengan belajar, jangan membazirkan masa dengan membuat kerja-kerja yang tak berfaedah


9. Visualize ( bayang selalu )
- Maklumat yang dipelajari dalam bentuk data di ubah dalam bentuk visual, di mana dengan cara ini akan memudahkan proses menyimpan dan mengingat maklumat.




Photobucket

Nasihat Imam Syafie Kepada Pelajar

Imam al-Syafie tokoh ilmuan yang terkenal dengan ketekunan dalam menuntut ilmu, penegak sunnah, penegak kebenaran dan imam besar dalam bidang fekah. Beliau banyak meninggalkan kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan kepada para pelajar. Antaranya ialah :

Imam Muhammad al-Hakam berkata:

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui,
 cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,
lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.


Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’


Beliau Berkata :

Barangsiapa ingin agar Allah membukakan hatinya atau meneranginya, maka dia harus meninggalkan pembicaraan yang tidak bermanfaat, meninggalkan dosa-dosa, menghindari perbuatan-perbuatan maksiat dan menyembunyikan amalan yang dikerjakan antara dia dan Allah. Jika dia mengerjakan hal tersebut, maka Allah akan membukakan ilmu baginya yang akan menyibukkan dia dari yang lainnya. Sesungguhnya dalam kematian terdapat perkara yang menyibukkan.”




Antara pengajaran yang boleh diambil daripada nasihat Imam al-Syafie ialah :


1. Menghindari maksiat kerana maksiat merupakan hijab atau penghalang untuk mendapat ilmu. Hati yang dicemari dengan dosa tidak akan dapat menyimpan ilmu yang bermanfaat.

2. Meninggalkan percakapan atau aktiviti-aktiviti yang sia-sia. Sesungguhnya masa itu amat berharga bagi seorang pelajar.

3. Melakukan amalan-alaman sunat secara tersembunyi dan tidak diketahui oleh sesiapapun. Ini antara cara untuk ikhlas dalam beramal soleh.

4. Orang yang mendapat bimbingan Allah sentiasa menghabiskan masanya dengan ilmu dan amalan yang berfaedah untuk dunia atau akhiratnya.

5. Orang yang berilmu juga hendaklah selalu mengingati mati kerana mati itu akan menyibukkan seseorang itu dengan perkara yang bermanfaat untuk kehidupannya selepas mati.



p/s: Semoga kita semua dapat mengikut nasih Imam Syafie.



Photobucket

Rabu, 13 Mac 2013

Latar Belakang Polis dan Tentera di Lahad Datu

Kerajaan Malaysia mempunyai tentera dan polis yang terbaik di dunia. Berikut adalah fakta tentang polis dan tentera Malaysia.



1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong..

2. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis..

3. ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang Berjaya mengekang komunisme..Percaya atau tidak?

4. VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL..Percaya atau tidak?

5. Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang paling terbaik dalam dunia..percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB, Siddiq Ghouse ditangkap kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah, KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-penganas lain tanpa mengambil masa yang lama..

6. Percaya atau tidak perisik dan anggota elit ATM dan PDRM, apabila bersara dikehendaki melaporkan diri di balai polis bagi waktu dan masa yang ditetapkan? Mereka juga sukar untuk memohon passport atau visa ke luar Negara..

7. Percaya atau tidak panggilan “cikgu” digunakan oleh anggota polis merujuk pada anggota ATM?

8. ATM menjadi rebutan amerika dan Britain. Namun ATM memilih Britain kerana ikatan persahabatan yang kian lama terjalin, namun tahukah anda ATM telah menubuhkan sekolah ketenteraan FORT BENNINGS ?? Di sini diperkatakan tentera terhebat adalah SAS (Britain), diikuti Malaysia (ATM) dan amerika US ARMY. Percaya atau tidak?

9. Bagi menghina Malaysia, Indonesia segaja mengajar angkatan tentera Kemboja. Tapi Indonesia mendapat aib apabila ATM berjaya menerobos kem tentera Kemboja tanpa disedari dan berjaya mematikan periuk api.!! ini amat memalukan mereka..percaya atau tidak?

10. Pasukan elit pertama Malaysia merupakan Sarawak Rangers dan ini merupakan pasukan paling awal sebagai pasukan elit dari negara2 rantau ini.. Percaya atau tidak?

11. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO..

12. Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QRR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera2 NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika dahulu pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika..hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan negara yang datang untuk garisan mati..

13. Malaysia pernah menghantar 7 anggota komando terbaik ke Manila dalam satu misi khas mengambil dokumen berkaitan sabah suatu ketika dahulu..Operasi itu dikenali sebagai "OPS SABAH SELAMANYA"..(FAKTA YG TIDAK DAPAT DI SAH)

14. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira, tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf..

15. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk lalu menampal setem malaysia pada setiap peluru berpandu , meja officer dan menukar bendera singapore dgn bendera malaysia pada meja pegawai tinggi. tujuannya membalas dendam kerana jet singapore sering menceroboh ruang udara johor.. mereka mlakukan tugas tersebut hanya 1 hari tanpa dapat kesan. kakitangan komplek pertahanan singapore yg terlibat telah dipecat kerana insiden itu..


kredit to:
http://blogtokwan.blogspot.com



Photobucket

Isnin, 11 Mac 2013

Semakan Keputusan SPM 2012

Bagi calon yang menduduki SPM pada tahun 2012, anda boleh mula semak keputusan peperiksaan anda bermula pada 21 Mac 2013 ini.

Semakan Online



  1. Login ke Sistem Analisis Peperiksaan  http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Surat Beranak
  3. Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH MENENGAH"
  4. Masukkan tahun peperikasaan (2012)
  5. Klik pada butang " Semak Laporan"


Semakan SMS


SPM No Kad Pengenalan Nombor Angka Giliran dan hantar ke15888

Contoh: SPM 9503210158XX JF001A026 hantar ke 15888.


Termudah, dapatkan Slip keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.



Photobucket

Ahad, 10 Mac 2013

Tingkatan 2 [Bab 2: Nutrisi]

Silalah [ klik di sini ] untuk muat turun contoh instrumen bagi Bab 2 Sains Tingkatan 2.


Instrumen tak lah lengkap untuk setiap band, tapi harap dapat membantu.


 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Instrumen-instrumen ni berdasarkan DSP yang lama, bukan DSP terkini @ Feb. 2013.

Jadi kenalah edit supaya selari dengan DSP terkini.



Photobucket

Tarikh Keputusan SPM 2012


Katanya keputusan SPM akan keluar pada

20 Mac 2013




x sabar nak tengok results SPM 2012 

hopefully ramai yang dapat straight A

dan A dalam Kimia.



Photobucket

Kesan Diabetis pada Jamalul Kiram III


I hate this man and i'm sure Malaysian hate him too.


Cuba perhatikan mata Si Penceroboh Jamalul Kiram III.
Dia buta sebelah mata.
May be disebabkan oleh kencing manis@diabetis yang teruk.


Pesakit diabetis yang teruk sangat sensitif terhadap luka. Apabila mereka luka atau menghadapi jangkitan bakteria, luka itu susah untuk sembuh dan cepat merebak ke bahagian badan yang lain.  Sebab tu, ramai pesakit kencing manis yang kena potong kaki.



Pesakit kencing manis biasanya juga menghadapi masalah buah pinggang. Hal ini kerana buah pinggang dipaksa untuk berkerja keras menapis gula dalam darah. Apabila buah pinggang rosok, pesakit diabetis ni terpaksa menjalani dialisis. Dialisis adalah rawatan untuk membersihkan darah. 



Akhar Utusan Malaysia pernah menulis. Jamalul Kiram III perlu menjalani rawatan dialisis disebabkan oleh masalah kencing manis dan buah pinggangnya. Kos dialisis buah pinggangnya dibiayai penuh oleh kerajaan Filipina


Means, Jamalul Kiram ni bukanlah orang yang kaya. Tapi ade hati nak rampas Sabah. Agaknya, dah x ade duit dak beli tanah kt Filipina. hohoho!




Photobucket

Kem Cerdik Cukai 2012 @ KCC 2

Salam Percukaian. Saya pasti ramai yang telah mendapat SMS atau surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan mulai 1 Mac 2013 e-filling dibuka untuk pentaksiran cukai. Saya dah buka e-filling tadi, tapi masih xde mood nak mengisinya. Tahun ni, akan menjadi tahun ke-2 saya mengisi e-filling.

Tahun lepas saya telah mengikuti Kem Cerdik Cukai 2012 di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi. Kem ini untuk memberi pendedahan kepada kepentingan cukai kepada negara, kerjaya percukaian dan prinsip kerja LHDNM. Selain itu, diselitkan program2 motivasi dan peningkatan kendiri.

Peserta kem ini terdiri daripada pelajar Pra-U daripada sekolah2 yang terpilih di seluruh Malaysia, termasuk, Sabah, Serawak dan Johor. Ia mengabungkan sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kem ini dijalankan selama 5 hari 4 malam (Isnin hingga Jumaat)  melibatkan 50 orang guru dan 200 orang pelajar.

 

IMAG0233Antara goodies yang diberikan.Open-mouthed smile
T-shirt guru warna pink, T-shirt pelajar warna violet

IMAG0237 Taklimat Kem Cerdik Cukai. Inilah tempat utama bagi aktiviti KCC 2.
Auditorium sangat besar, cantik dan canggih. Star

kcc Bersama Motivator terkenal, Dr Robiah yang dijemput untuk memberi motivasi. Thumbs up

IMAG0278 Salah seorang daripada pelajar sekolah saya yang memberi ucapan penutup mewakili kumpalan. Tapi gambar blurr coz jauh sangat. Crying face

IMAG0285qBersama dengan semua pelajar SMK Clifford yang menyertai KCC. Saya bersyukur membawa mereka ke KCC. They did a great job.
Thumbs upThumbs upThumbs up

kcc3

Bersama dengan Pegawai Atasan LHDNM (sori, dh lupa) dan Timb Pengarah Pelajaran KPM yang merasmikan KCC 2012.

 

Cukai memancu pembangunan negara. Silalah bayar cukai segera. Winking smile