Selasa, 26 Mac 2013

Adab dan Tatatertib Orang Melayu Ketika Makan

Selain pantang larang terdapat pula adat dan tatatertib yang berkaitan dengan makan. Antara adat dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:

Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan rumah menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manis kita menolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.

Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masmg-masing.

Anak gadis pula dikehcndaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.

Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu, kemudian barulah dlikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang rnuda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda.

Ketika makan seelok-eloknya ambilah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan mengangkat makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdckatan jika kita mahukan makanan itu.

Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri. Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-cloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.

Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor. Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.

Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan. Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.

Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.

Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkahak atau berludah.

Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.

Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-cloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.

Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan. Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirnya supaya berhenti makan atau melarangnya menghabis makanannya.

Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu Maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu, seelok-cloknya datanglah selepas waktu sembahyang Isyak.



kredit to: mieneaststar.com


Photobucket