Jumaat, 22 Mac 2013

Bersama Pemain Bola Sepak Nazirul Naim

Pada hari Rabu lepas, 20 Mac 2013, sekolah kami bertuah kerana bakal pemain Liga Jepun, Nazirul Naim b. Che Hashim telah datang memberi motivasi semasa perhimpuan ko-kurikulum.





Sebenarnya Nazirul Naim berasal daripada Kuala Kangsar, Perak dan merupakan Old Cliffordians. Beliau belajar di SMK Clifford dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan seterusnya diserapkan dalam pasukan Harimau Muda.


Dalam pasukan Harimau Muda, beliau bermain sebagai pemain dek kiri. Beliau mempunyai larian yang pantas dan dapat bermain menggunakan kaki kiri dengan baik. Walaupun kehadiran beliau kurang mendapat liputan tetapi kelebihan yang beliau miliki telah menarik minat Kelab Divisyen Tiga Jepun, FC Ryukyu. Beliau telah terpilih untuk menyertai kelab itu bersama pemain sayap Harimau Malaya, Wan Zack Haikal Wan Noor.


Semoga beliau dapat beraksi cemerlang dalam pasukan baru dan mengharumkan nama negara tercinta.
Cliffordians will always be with you.



p/s:
Pesan cikgu2 Clifford pada Nazirul Naim, jangan bercinta dengan artis. Tapi Nazirul Naim senyum je. (^___^)



Photobucket