Selasa, 26 Mac 2013

Instrumen B6D2E1 #2- Contoh Susunan Penulisan Makanan dan Amalan Pemakanan

Instrumen B6D2E1 : Pembentangan hasil penulisan “makanan dan amalan pemakanan” dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan:

• kepentingan makan makanan berkhasiat
• mempraktikkan amalan pemakanan yang betul
• merancang satu gizi seimbang
• mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik / memerlukan
• mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.



 photo PBSSS_zps8aadf236.jpg

Bagi Instrumen B6D2E1, anda boleh buat penulisan dalam pelbagai bentuk seperti Persembahan Power Point, Folio, Poster dan sebagainya. Saya mencadangkan penulisan dalam bentuk Persembahan Power Point kerana lebih mudah disediakan dan membantu pelajar membuat pembentangan. Tetapi di sini saya berikan contoh susunan bagi folio.

Contoh Susunan:

Muka hadapan:
Nama Sekolah & Logo Sekolah
Tajuk
-MAKANAN DAN AMALAN PEMAKANAN (B6D2E1)
Maklumat Kumpulan
-Nama dan nombor kad pengenalan ahli kumpulan, Tingkatan, Tarikh Serahan, Nama Penyemak


Muka surat 2: Isi Kandungan


Muka surat 3: Pengenalan
--> Menyatakan maksud gizi seimbang.
--> Menyenaraikan tujuh kelas makanan dan kepentingan setiap kelas makanan.


Muka surat 4: Kepentingan Makan Makanan Berkhasiat
--> Memastikan pertumbuhan normal
--> Memelihara kesihatan
--> Menghindari penyakit akibat kekurangan nutrien
--> Memelihara perkembangan mental
--> Membekalkan tenaga


Muka surat 5: Mempraktikkan Amalan Pemakanan yang Betul
--> Menerangkan faktor-fartor yang mempengaruhi pengambilan kalori seseorang
--> Menghubungkait Piramid Makanan Dengan Kelas Makanan


Muka surat 6: Merancang satu gizi seimbang
--> Merancang menu harian bagi seorang pelajar/ sebuah keluarga


Muka surat 7:
Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik / memerlukan
--> Menghuraikan kebaikan pengagihan (derma/sumbangan) makanan kepada rakyat di sesebuah negara yang sedang berperang
--> Menghuraikan kebaikan pengagihan (derma/sumbangan) makanan kepada kepada fakir miskan atau pengemis
--> Menghuraikan kesan buruk jika makanan tidak diagihkan kepada golongan yang kurang bernasib baik


Muka surat 8:
Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama.
--> Menyenaraikan pantang larang/adab semasa makan mengikut kaum dan agama


Muka surat 9: Kesimpulan
--> Mengkonsepsi "Makanan dan Amalan Pemakan"


Muka surat 10: Senarai Rujukan
--> Senarai buku rujukan dan laman web