Ahad, 10 Mac 2013

Kem Cerdik Cukai 2012 @ KCC 2

Salam Percukaian. Saya pasti ramai yang telah mendapat SMS atau surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memaklumkan mulai 1 Mac 2013 e-filling dibuka untuk pentaksiran cukai. Saya dah buka e-filling tadi, tapi masih xde mood nak mengisinya. Tahun ni, akan menjadi tahun ke-2 saya mengisi e-filling.

Tahun lepas saya telah mengikuti Kem Cerdik Cukai 2012 di Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi. Kem ini untuk memberi pendedahan kepada kepentingan cukai kepada negara, kerjaya percukaian dan prinsip kerja LHDNM. Selain itu, diselitkan program2 motivasi dan peningkatan kendiri.

Peserta kem ini terdiri daripada pelajar Pra-U daripada sekolah2 yang terpilih di seluruh Malaysia, termasuk, Sabah, Serawak dan Johor. Ia mengabungkan sekolah bandar dan sekolah luar bandar. Kem ini dijalankan selama 5 hari 4 malam (Isnin hingga Jumaat)  melibatkan 50 orang guru dan 200 orang pelajar.

 

IMAG0233Antara goodies yang diberikan.Open-mouthed smile
T-shirt guru warna pink, T-shirt pelajar warna violet

IMAG0237 Taklimat Kem Cerdik Cukai. Inilah tempat utama bagi aktiviti KCC 2.
Auditorium sangat besar, cantik dan canggih. Star

kcc Bersama Motivator terkenal, Dr Robiah yang dijemput untuk memberi motivasi. Thumbs up

IMAG0278 Salah seorang daripada pelajar sekolah saya yang memberi ucapan penutup mewakili kumpalan. Tapi gambar blurr coz jauh sangat. Crying face

IMAG0285qBersama dengan semua pelajar SMK Clifford yang menyertai KCC. Saya bersyukur membawa mereka ke KCC. They did a great job.
Thumbs upThumbs upThumbs up

kcc3

Bersama dengan Pegawai Atasan LHDNM (sori, dh lupa) dan Timb Pengarah Pelajaran KPM yang merasmikan KCC 2012.

 

Cukai memancu pembangunan negara. Silalah bayar cukai segera. Winking smile