Selasa, 5 Mac 2013

Konsep Ketumpatan dan Keapungan

Ketumpatan sesuatu bahan merupakan sukatan jisim per unit isipadu. Unit SI bagi ketumpatan kg/m3 atau kg m-3

Ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:

  1. Jisim: Lebih besar jisim, semakin besar ketumpatannya.
  2. Isipadu: Lebih besar isipadu, semakin kecil ketumpatannya.

Ketumpatan merupakan konsep penting dalam keapungan, ketulenan dan pembungkusan.

Keapungan (buoyancy) jirim adalah merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain. Jirim yang lebih tumpat akan tenggelam manakala jirim yang kurang tumpat akan terapung

v4

Berdasarkan gambar rajah di atas, jirim apakah yang paling kurang tumpat?