Selasa, 26 Mac 2013

Makanan Sunah Nabi Muhammad SAW



Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut

Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut , membuang kahak. Baik diminum waktu pagi dengan air suam.

Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak, memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga.

Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.

Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.

Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali).

Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati



"Katakanlah(Muhammad),
'Jika kamu mencintai Allah,ikutilah aku,nescaya Allah
mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu'
[al-Imran:31]




Photobucket