Khamis, 21 Mac 2013

Sejarah Tercipta [100,000 Pengunjung]

Alhamdulillah. Saya gembira hari ini teramat sangat. Keputusan SPM sangat mengujakan. Tujuh orang pelajar sekolah saya, SMK Clifford Kuala Kangsar dapat semua A dalam SPM 2012. Dua orang dapat 10A dan lima orang dapat 9A. Semuanya daripada aliran Sains Tulen. Pelajar Kimia saya pun, alhamdulillah, berjaya mendapat keputusan yang baik. Tak sia-sia usaha dan pengorbanan saya tahun lepas. Semoga kelak, pelajar-pelajar ini akan berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. InsyaAllah.


Di rumah, saya seronok sangat apabila blog ini dah melebihi 100,000 hits walaupun tak sampai lima bulan. Unsangkable sungguh. Blog yang biasa-biasa macam ni pun, dapat banyak pengunjung. Mesti ramai cikgu sains dan murid-murid yang terjumpa dengan blog ni semasa google 'pbs sains'. Dulu saya sangka, blog ni akan jadi blog yang sunyi sepi sebab pada dua bulan pertama saya menulis di blog ni, purata pengunjung cuma 30-50 sehari. Tapi sekarang, purata visitor antara 2500 hingga 5000 sehari. Bilangan follower pun meningkat setiap hari. Sekarang dah ade 85 orang.


Terima kasih banyak-banyak kerana tertarik dengan blog ni dan sudi jadi follower. Jemputla datang lagi.







Photobucket