Khamis, 14 Mac 2013

Teknik Belajar #1

Terdapat pelbagai teknik yang digunakan untuk belajar. Terpulang untuk kita menilai dan memilih teknik yang sesuai. Teknik Belajar 5R-STUV menekankan kepada 9 cara belajar.

Recopy [salin semula]
Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x]
Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali]
Recheck [semak semula]
Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]

Sumarize [ringkaskan nota penting]
Test your self [uji diri anda]
Use [gunakan]
Visualize [bayangkan selalu]

1. Recopy (salin semula)
- Anda perlu menyalin semula nota yang anda pelajari di dalam kelas. Mulakan membuat nota baru dengan sumber-sumber yang ada seperti buku teks atau rujukan. Baca setiap perenggan dengan teliti kemudian salin semula perenggan yang hendak disalin.


2. Rework all model 5x (buat semula contoh/cepat/5 kali)
- Melakukan latihan yang terdapat dalam buku teks, buku rujukan atau buku latihan secara berulangan. Ambil masa semasa membuat setiap ulangan dan semak jawapan setiap kali latihan dibuat.


3. Recite out loud repeatedly ( lafaz kuat dan berulang )
- Cuba ulangi nota atau maklumat dengan menyebut kuat dan berulang. Mulakan dengan menyebut sambil melihat nota yang ada, kemudia teruskan dengan menyebut maklumat itu tanpa melihat nota. Kemudian, berikan nota pada kawan anda dan mulakan mengulang maklumat dengan diperiksa oleh rakan dengan nota yang ada untuk memastikan maklumat yang anda beri adalah betul.


4. Recheck ( semak semula )
- Semak semula latihan yang anda lakukan, dengan cara ini anda akan lebih yakin dengan jawapan yang diberi dan mengesan kesilapan pada latihan. cara ini berkesan sekirannya diperaktikn bagi memperolehi jawapan yang paling tepat dan boleh digunakan semasa menghadapi peperiksaan nanti.


5. Reasonnableness ( jawapan berpatutan atau sebaliknya )
- Pastika jawapan yang diberi dan berpatutan atau sebaliknya. Pada peringkat ini anda perlu menganalisis ( membuat pengamatan ) terhadap jawapan yang diberi adakah sesuai dengan kehendak soalan atau tidak


6. Sumarize ( ringkasan nota penting)
- Apabila anda mempunyai banyak nota yang terdiri dari beberapa bab, menyebabkan terlalu banyak perkataan yang perlu diingat. Satu cara yang sesuai adalah dengan meringkaskan nota-nota tersebut dengan kata kunci dan perkataan yang sesuai.


7. Test your self (uji diri anda )
- kesilapan yang berlaku dalam diri pelajar adalah mereka tidak cuba untuk menguji pengetahuan dan ilmu yang telah dipelajari. Bagi mereka cukuplah latihan yang terdapat dalam buku teks dan buku rujukan. Cuba untuk menjawab soalan-soalan dari soalan-soalan ujian yang lepas kerana iannya membantu pelajar untuk menghadapi peperiksaan yang mendatang.


8. Use ( gunakan )
- gunakan masa yang senggang dengan belajar, jangan membazirkan masa dengan membuat kerja-kerja yang tak berfaedah


9. Visualize ( bayang selalu )
- Maklumat yang dipelajari dalam bentuk data di ubah dalam bentuk visual, di mana dengan cara ini akan memudahkan proses menyimpan dan mengingat maklumat.




Photobucket