Selasa, 30 April 2013

Amalan Guna Semula dan Kitar Semula


Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan semula bahan terpakai, sama ada untuk tujuan yang sama atau yang lain manakala kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.


Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa, wang, tenaga dan sumber. Hal ini kerana guna semula dan dan kitar semula mengurangkan sisa buangan dan sisa industri, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.


Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.Bahkan amalan guna semula dan kitar semula membantu memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.


Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.


Antara amalan kitar semula yang boleh dilakukan:

Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.


Rujukan:
1. Wikipedia
2. http://www.ppsppa.gov.my

Photobucket

Isnin, 29 April 2013

B6D4E1 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, Guna Semula dan Kitar Semula

Instrumen B6D4E1: Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk mengenai

  • Maksud dan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Amalan guna semula dan kitar semula bahan


Arahan:
1. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada tiga/empat orang ahli.

2. Setiap kumpulan perlu mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, pusat sumber dan akhbar, majalah dan lain-lain lagi tentang

    • maksud pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
    • contoh-contoh pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
    • kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
    • maksud dan contoh guna semula bahan
    • maksud dan contoh kitar semula bahan
    • kepentingan guna semula dan kitar semula bahan


3. Contoh bentuk persembahan (Power point, penggunaan papan panel/ mounting board, pamplat, folio atau kertas majung)

4. Persembahan penulisan hendaklah dihantar selepas 2 minggu.

5. Pembentangkan akan dijalankan seminggu selepas persembahan penulisan dihantar kepada guru.



Photobucket

Ahad, 28 April 2013

Kepentingan Memelihara Sumber Tenaga



Solar, hidro, angin, biomas dan geoterma adalah sumber tenaga boleh diperbaharui. Bahan api fossil dan nuklear adalah sumber tenaga tidak boleh diperbaharui. Berdasarkan kajian, kadar penggunaan sumber tenaga meningkat setiap hari. Hal ini kerana populasi manusia meningkat dan penggunaan mesin, enjin dan kenderaan meningkat.

Bagaimanapun, sumber tenaga tidak boleh diperbaharui semakin berkurang dan kos penggunaan sumber tenaga boleh dipebaharui sangat mahal. Oleh itu, kita seharusnya menggunakan sumber tenaga dengan berhemah.

Kepentingan memelihara sumber tenaga adalah:

a) Memastikan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui seperti petroleum dan nuklear tidak habis digunakan dalam masa yang singkat.

b) Memastikan sumber tenaga digunakan dengan berkesan dan optimum agar tidak berlaku pembaziran.

d) Menggawal  penggunaan sumber tenaga agar sumber tenaga tersebut tidak mencemarkan alam sekitar.




Photobucket

Sabtu, 27 April 2013

Kepentingan Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekeliling

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana terdapat interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar.  Bagaimanapun keseimbangan alam sekitar akan terancam jika alam sekitar tidak dipelihara dan dipulihara dengan sewajarnya.


Oleh itu pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar penting kerana:

1) Mengekalkan kesihatan yang baik. Udara dan air tercemar menyebabkan penyakit. Contohnya, bahan pencemar udara, CFC boleh menyebabkan kanser kulit dan katarak mata.


2) Memastikan air bersih mencukupi. Oleh itu dapat mengelakkan masalah kekurangan air untuk makan, minum dan membasuh. Sungai dan laut yang bersih menjamin kemandirian organisma akuatik.


3) Mengekalkan kesuburan tanah dan mengelakkan hakisan tanah. Tanah yang subur  dan tidak terhakis sesuai untuk pertanian dan  pembangunan.


4) Melindungi haiwan dan tumbuhan. Ia dapat mengelakkan daripada kepupusan flora dan fauna. Rafflesia dan orang utan adalah antara flora dan fauna yang terancam akibat pemusnahan hutan. Selain itu, ia memastikan haiwan dan tumbuhan membiak kerana manusia bergantung kepada haiwan dan tumbuhan untuk keperluan harian.


5) Mengekalkan hutan. Hutan adalah sumber utama kayu balak. Kayu balak diperlukan sebagai bahan binaan. Hutan juga habitat kepada pelbagai jenis flora dan fauna.


6) Mengekalkan suhu bumi Jika pemanasan global terlaku, ais dikutub utara dan selatan akan cair, menyebabkan peningkatan paras air laut. Malah pemanasan global juga menyebabkan banyak haiwan akan mati kepanasan, contoh seperti pengiun.







Photobucket

Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar


Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian kita.

Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia.  Pencemaran alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri.


Pemuliharaan terhadap alam sekitar adalah amat penting untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Alam sekitar merupakan tempat tinggal bagi flora dan fauna. Kedua-duanya memainkan peranan dalam mengekalkan alam semula jadi dan setiap satunya mempunyai rantaian yang mengikat antara satu sama lain, Flora fauna merupakan biodiversiti yang tidak boleh dipisahkan. Flora merupakan tempat perlindungan pelbagai fauna daripada angkara manusia atau sesama haiwan sendiri. Kepupusan salah satu daripadanya akna menjejaskan kitaran alam semula jadi. Penerbangan hutan yang tidak terancang akan menyebabkan cuaca menjadi panas dan kering. Ini akan menjejaskan pertumbuhan flora dan fauna pula akan kehilangan habitatnya. Pemulihara terhadap alam sekitar adalah penting untuk mengelakkan kepupusan. Dengan itu, habitat hidupan darat dan air terpelihara.


Selain itu,pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar amat penting agar manusia mendapat sumber air yang bersih dan tidak tercemar.  Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita.Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Hutan yang lengkap dengan flora dan faunanya menyebabkan air hujan yang turun dapat disalurkan dengan baik ke sungai. Air hujan yang turun itu tidak akan tersejat malah akan disalurkan ke sungai untuk meneruskan peredaran air. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita perolehi selamat untuk digunakan. Hidupan air juga akan mati sekitarnya hidup dalam air yang tercemar.

Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, hutan perlu dipelihara bagi mengelakkan suhu bumi meningkat dan menyebabkan pemanasan global. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas, marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan menguatkan kesihatan kita. Dengan ini, kesihatan manusia akan terjamin.


Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara alam semula jadi disekeliling kita. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus dilakukan oleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. setiap generasi supaya pembangunan lestari dikekalkan serta penggunaan sumber alam dapat diguna pakai sehingga generasi akan datang secara kualitatif dan kuantitatif.


Photobucket

Buah Durian Belanda Menyembuhkan Kanser

Pernahkah anda makan buah durian belanda? Isi buahnya berwarna putih, lembut dan manis. Buah durian belanda langsung tidak sama dengan buah durian. Mungkin orang melayu memanggil buah ini sebagai buah durian belanda kerana kulitnya yang berduri (tetapi duri lembut), seperti buah durian. Di Indonesia buah ini dipanggil buah Sirsak. Manakala di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana'  dan bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'....orang klate, panggil buah ini, durian sayur.



Buah dari pohon Graviola Sintetis ini adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib kerana dapat membunuh sel kanser 10 ribu kali lebih kuat berbanding terapi kemo. Bahkan ia memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser.

Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.


Fakta yang membuktikan keistimewaan buah durian belanda adalah:

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika.
Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.


Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.



Sumber : Ustaz Nasir


Photobucket

Jumaat, 26 April 2013

Video Pertandingan Dapur Solar Tahun 2012

Dua minggu lagi akan diadakan Pertandingan Dapur Solar Sempena Karnival Sains Daerah Kuala Kangsar. Tahun ini, tahun ke-lima saya diamanahkan untuk menjadi guru pembimbing Pertandingan Dapur Solar.

Video di bawah adalah rakaman Pertandingan Dapur Solar Peringkat Daerah Tahun 2012 yang diadakan di SMK Tok Muda Abdul Aziz. Pada tahun tersebut SMK Clifford mendapat tempat ke-2. :(


Objektif utama pertandngan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar berkaitan dengan sumber-sumber tenaga alternatif terutamanya tenaga solar. Selain itu, tujuan pertandingan dapur solar adalah untuk:


  • Menggalakkan kempen Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga(REEE) di kalangan warga pendidikan dan masyarakat
  • Memupuk budaya reka cipta dan inovasi di kalangan pelajar
  • Mempertingkatkan keterampilan dan keyakinan dan semangat kerjasama di antara pelajar dalam satu pasukan.
  • Menyemai rasa tanggungjawab terhadap penggunaan tenaga secara cekap dan bijaksana.




Photobucket

Rabu, 24 April 2013

Latihan Pusat Sempena Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) Negeri Perak

Tahun lepas, Pasukan Robotik Malaysia dianugerahkan sebagai Juara Keseluruhan dalam World Robotic Olympiad (WRO) 2012 .Terarkan Pasukan Robotik Malaysia. Kalau tak silap saya, Malaysia menyertai pertandingan WRO sejak tahun 2003. Dalam 10 kali penyertaan, Malaysia is the champion for three times.  We beat Russia, Korea, US, China, Singapore, etc. Brovo, rite?

IMG_0006

Angan-angan saya, team Robotik Clifford boleh masuk sampai ke WRO. Tahun lepas, kami tersangkut di peringkat kebangsaan. Harap2 tahun ni, nasib kami lebih baik, dapat melepasi saringan peringkat negeri dan kebangsaan, seterusnya menyertai pertandingan robotik di pentas antarabangsa (cewahhhh…..!!!)

Bagi merealisasikan impian, pada 18 April 2013, kami menyertai latihan pusat. Trainer daripada syarikat Sasbadi menerangkan peraturan pertandingan dan mengajar skil-skil yang patut dikuasai oleh peserta NRC. Taklimat ni, diadakan di MCKK.

IMG_0002

Antara sekolah yang menyertai taklimat tersebut adalah Malay Collage Kuala Kangsar (MCKK) dan SMK Raja Perempuan Kelsom (RPK) . Both school adalah musuh tradisional Clifford. Pelajar MCKK pakai t-shirt hitam, manakala 3 orang pelajar perempuan tu, adalah pelajar RPK.

MCKK adalah team yang sangat kuat, sebab mereka mempunyai kelebihan dari segi peralatan robotik. Dikatakan, tahun lepas MCKK telah membelanjakan berpuluh ribu untuk membeli kit robotik, dan tahun ni mereka menambah kit robotik sedia ada lagi. (untung la dapat Old Boys yang kaya dan dermawan). SMK RPK pula, walaupun baru pertama kali menyertai NRC, tapi mereka terkenal dengan sikap yang sangat rajin. Pelajar RPK sanggup bermalam di sekolah berhari-hari untuk menyiapkan sesuatu projek.

Team Clifford, walaubagaimanapun tak boleh kalah dengan MCKK dan RPK. Kita mesti menang!!!

IMG_0004

Ini la robot yang dibuat semasa Latihan Pusat. Tapi robot ni belum siap sepenuhnya. Saya harap sangat sebelum hari pertandingan, robot yang dicipta dapat menyelesaikan task yang diberikan dengan baik dan dapat markah tertinggi.

Selasa, 23 April 2013

Amali Sains: Membuat Sabun yang Wangi

Pernahkah anda terfikir untuk membuat sabun sendiri? Sebenarnya tak susah buat sabun, sediakan bahan dan ikut langkah2 yang ditunjukkan.

Hari ini,  bersama pelajar Kelas 5SK2, kami telah menyediakan sabun . Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti Natrium hidroksida pekat (5.0 M), minyak kelapa sawit, Natrium klorida (a.k.a garam), air suling, minyak wangi dan pewarna.

            IMG_0007               IMG_0008

Cecair dalam volumetric flask adalah Natrium hidroksida pekat dan cecair dalam botal Seri Murni tu, semestinya minyak kelapa sawit. Tak de dua bahan ni, x jadik sabun.

 

IMG_0009

Dalam botol ni adalah kristal berwarna putih jernih.
Master Chef panggil bahan ni garam, tapi saintis panggil bahan ni Natrium klorida.
Natrium klorida ni, masin. Kalau tak percaya, boleh la suap ke dalam mulut.

Natrium klorida amat penting, sebab ia membantu sabun yang terhasil daripada tindak balas Natrium hidroksida dan minyak, mendak. Tanpa natrium klorida, sabun yang terhasil adalah dalam keadaan cecair.

 

IMG_0015

Inilah saintis muda yang menjalankan amali sains. Ada 8 orang sahaja. Yang lain, dah tukar karier, jadi pemain kebangsaan. Sebenarnya, ramai tak de dalam kelas sebab menyertai perlawanan bola sepak, hoki, bola baling dan sebagainya peringkat daerah.  Jadi, inilah sahaje yang tinggal dalam kelas.

Sebab murid skit la, cikgunye berpeluang jadi camera man.
sempat la saya tangkap gambar.

Jadi, apakah langkah-langkah membuat sabun?

 

IMG_0019

Mula-mula, campurkan natrium hidroksida dengan minyak dan panaskan selama 10 minit. Kemudian, tambahkan natrium klorida dan air suling.

Mendakan akan terhasil sejurus natrium klorida ditambahkan dalam bikar. Mendakan tersebut adalah sabun.

IMG_0026

Pewangi dan pewarna ditambahkan kedalam campuran tersebut.

Pewangi untuk menghasilkan sabun yang wangi manakala pewarna ditambahkan agar sabun yang terhasil lebih mudah diperhatikan. Pewarna tidak mengubah warna asal sabun, iaitu putih.

IMG_0029
Setelah dituras, inilah hasilnya, sabun, atau nama lainnya garam natrium asid lemak. Sape yang nak basuh baju, boleh la guna sabun ni.

IMG_0031

Apabila sabun dicampurkan dengan air, ia akan menghasilkan buih. Sabun menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Oleh itu, sabun bersifat alkali.

Isnin, 22 April 2013

Fakta Mesti Tahu Dalam Permainan Hoki

Kalau disebut tetang hoki, saya pasti ramai yang akan teringat tentang kayu hoki. Kayu hoki membezakan permainan hoki dengan permainan bola sepak dan lain-lain. Saya yakin, di setiap sekolah pasti ada pasukan hoki kerana hoki adalah antara permainan yang terunggul di Malaysia. Malah, pasukan hoki kebangsaan adalah antara pasukan yang digeruni dunia dan selalu cemerlang dalam pertandingan antarabangsa seperti Piala Sultan Alzan Shah.

Walaupun hoki tidak sepopular seperti bola sepak tetapi hoki adalah salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia. Ia mula dikenali sebagai sukan demonstrasi di Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan dijadikan salah satu sukan yang ditandingkan pada tahun 1928. Sejak itu ia dimainkan dalam Sukan Olimpik.

Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. Ia menunjukkan saw lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki.




Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.

Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.

Di Ireland, hoki dikenali sebagai hurley dan di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.

Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (B.ELA.) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-peraturan yang telah disusun oleh B.H.A. dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan. http://myhokiband.blogspot.com


Photobucket

Ahad, 21 April 2013

Mewajarkan Pengagihan Makanan Kepada Golongan Kurang Bernasib Baik

Syukur alhamdulillah kita dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia. Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai dan membangun. Kesejahteraan negara kita bukan sahaja memberi peluang kepada rakyat belajar dan bekerja tetapi dapat mengelakkan kita daripada kebuluran. Setiap hati kita menjamu makan makanan berkhasiat dan menjalani gaya hidup yang sihat.




Bagaimanapun,  bukan semua orang bertuah seperti kita. Congo, Liberia, Burundi adalah tiga negara yang paling miskin di dunia. Harga makanan di sana sangat mahal, menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Mereka kekurangan sumber protein seperti daging, ayam dan ikan. Kesannya, ramai penduduk yang menghadapi malnutrisi dan penyakit kekurangan zat. Oleh itu, adalah wajar bagi kita untuk mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik di sana.


Di negara kita, mungkin juga terdapat segelintir golongan yang sangat miskin sehingga tidak mampu untuk membeli makanan berkhasiat. Contohnya golongan gelendangan yang hidup meminta sedekah dan ehsan daripada orang awam. Mereka bukan sahaja tiada tempat tinggal malah tiada wang untuk membeli makanan berkhasiat.

Bantulah golongan gelendangan ini dengan menyumbangkan makanan kepada mereka. Jika mereka makan makanan berkhasiat, InsyaAllah mereka mempunyai tenaga yang cukup untuk berkerja dan menyara keluarga mereka. Secara tidak langung, dengan mengagihkan makanan kepada golongan miskin, dapat membantu meningkatan tahap sosiol ekonomi mereka.



Soalan HOTs?
Adakah ibadah korbon semasa Hari Raya Aidiladha membantu mengagihkan makanan kepada golongan yang kurang bernasib baik?




Photobucket

Khamis, 18 April 2013

25 Sikap yang Perlu Dihindari Pelajar



1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.



Photobucket

6 Cara Mengatasi Masalah Lupa

Terlupa bukan masalah yang dihadapi oleh orang tua. Ia juga berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Anda merupakan seorang pelupa jika:

  • Anda tidak tahu nak buat apa hari ini walaupun dah plan semalam
  • Anda tak pasti apa lagi kerja yang perlu diselesaikan di pejabat sehinggalah bos bising
  • Anda perlukan bantuan seperti kalendar, PDA (dll) sebagai reminder
  • Anda lupa lirik lagu kegemaran anda
  • Anda tak ingat apa yang anda sedang fikirkan 10 saat sebelum itu
  • Anda lupa nama kenalan baru yang baru jumpa tadi!
  • Anda tiba-tiba gelak tapi tak tau pasal apa
  • Anda lupa nak tulis di blog pasal apa
  • Anda lupa apa yang anda lupa!


Sindrom lupa boleh menyebabkan kita stress, lebih-lebih lagi apabila kita cuba untuk ingat apa yang kita lupa, adoi! Bayangkan kalau terlupa fakta semasa menjawab exam sedangkan baharu saja mengulangkaji tajuk tersebut.

Terdapat beberapa cara mengatasi atau mengurangkan lupa, antaranya ialah:


1. Solat dan doa jangan tinggal. Dari segi saintifik, apabila sujud, darah lebih banyak mengalir ke bahagian kepala.

2. Amalkan baca al-Qur’an. Ini juga dikatakan boleh elak dari penyakit nyanyuk!

3. Elakkan makan kepala ikan dan semut!

4. Amalkan makan kismis dan madu. Elakkan makan hingga kenyang dan kurangkan makan benda masam

5. Elakkan melihat najis dan kemaluan

6. Jangan fikir yang bukan-bukan!




Photobucket

Isnin, 15 April 2013

WRO 2013 Senior High Challenge Overview



Now, time to solve the problems....



Photobucket

NRC 2013 Senior High Solution

Pada tahun ni, 2013 saya decide to take part in Senior High Category sahaja. Sebabnya, dana terlalu besar kalau nak masuk Junior High dan Senior High. Students Form 3 saya a bit frustrated la kot sbb tak dapat masuk NRC, tapi saya buat tak tahu je. Kalau betul2 nak masuk, korang sponsor la duit untuk beli kit cabaran utk Junior High. Harga kit cabaran tahun ni  RM 480.00 sahaja. Sekolah2 lain pun, banyak yg dapatkan dana daripada ibu bapa peserta sebab kos nak masuk NRC ni memang agak membebankan pihak sekolah. Melainkan la kalau sekolah tu mmg ade banyak duit. Sekolah saya, sekolah harian biasa.


So, this year, saya target nak bawa tiga team Senior High. Tapi, so for saya cuma nampak bayang2 dua kumpulan je.I need to built up another group this week. But the problem is, saya tak jumpa lagi pelajar yang betul2 interested in robotics. But, of course la, yg menawarkan diri ramai, tapi bila suruh stay back dan buat solutions for the challenge semuanya ...

Here, sample solution for Senior High NCR 2013...tak tahu lagi solution ape yang akan kami pakai.












Photobucket

33 Tips Menjadi Pelajar Cemerlang


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.



Photobucket

Ahad, 14 April 2013

20 Perkara Penting Tentang Tubuh yang Perlu Anda Tahu

1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 kilometer.

2. Saraf di tubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah ke hadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata seseorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.



11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.
18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. Secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.




Photobucket

20 Fakta Menarik Tentang Tubuh Manusia

1. Setiap hari, kita kehilangan 100 helai rambut dan 36000 setahun (kecuali anda memang tidak mempunyai rambut)

2. Tubuh manusia dapat bertahan lama tanpa makan daripada tanpa tidur. Kelaparan akan menyebabkan kematian dalam beberapa minggu sedangkan tanpa tidur anda akan mati dalam waktu 10 hari.

3. Sekiranya mayat manusia dibakar, abu yang terhasil secara purata seberat 9 paun sahaja.

4. Bayi lahir dengan 300 tulang tetapi ketika dewasa berkurang hingga 206 tulang saja.

5. Setiap inci kulit kita di huni koloni bakteria sebanyak 32 juta bakteria.

6. Organ dalaman terbesar dalam tubuh kita adalah usus kecil dengan panjang 20 kaki lebih.

7. 85% otak kita adalah air!

8. 300 juta sel mati didalam tubuh kita setiap minit.

9. Kita menggunakan 17 otot untuk tersenyum dan 43 untuk mengerutkan wajah.



10. Anda berkedip hampir 84 juta kali dalam setahun.

11. Bayi lahir tanpa tempurung kaki hingga umur 2-6 tahun.

12. Secara purata, otak manusia mempunyai 100 bilion sel saraf.

13. Adalah mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.

14. Perut menghasilkan lapisan mukus (lendir) setiap 2 minggu untuk mengelakkan ia dicerna.

15. Bila kita bersin, semua fungsi tubuh terhenti termasuk jantung.

16. Perut mengambil masa 1 jam untuk mencernakan susu lembu.

17. Telinga dan hidung terus membesar sepanjang hayat.

18. Rambut dan kuku dihasilkan dari bahan yang sama.

19. Setiap saat, 15 juta sel darah dimusnahkan dalam tubuh manusia.

20. Secara purata, jantung manusia berdenyut 3000 juta kali sepanjang hayat dan mengepam 48 juta gelen darah.


Soalan HOTs:
Mengapa dinding perut manusia tidak tercerna walaupun dalam perut terdapat enzim protease dan asid hidroklorik?






Photobucket

Pemberitahuan Tarikh Semakan Kemasukan ke Tingkatan 6 Tahun 2013

Jom Masuk Form 6! Bila dah tamat Form 6, boleh apply masuk U, buat degree. InsyaAllah dapat la menjawat jawatan yang dicita-citakan.


Tarikh kemasukan bagi Murid Tingkatan 6 Ambilan 2013/2014 adalah 8 Mei 2013. Oleh itu, bagi pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan bolehlah menyemak Tawaran Kemasukan Murid ke Tingkatan Enam sesi 2013/2014 akan dibuka bermula 24 April 2013 (Rabu). Semakan boleh dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.




Ambilan 2013/2014 adalah kohort ke-2 Sistem Modular. Sistem modular menggunakan sistem semester seperti di universiti. Terdapat 3 semester bagi murid Tingkatan Enam. Pada setiap hujung semester pelajar akan menduduki peperiksaaan. Pointer (PNG)  bagi ketiga-tiga semester akan dihitung dan PNGK bagi ketiga-tiga semester akan kira untuk kemasukkan ke IPTA dan IPTS.


Pemilihan pelajar yang layak untuk kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah Tahun 2013 adalah dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sekiranya nama pelajar tidak disenaraikan, sila rujuk JPN bagi mendapatkan Borang Rayuan.




Photobucket

Sabtu, 13 April 2013

10 Keluhan Pelajar dan Cara Mengatasinya


Prof Dr Muhaya adalah seorang pakar motivasi yang terkenal. Beliau telah menyenaraikan 10 keluhan oleh penuntut ilmu dan cara mengatasi masalah tersebut

1. ‘Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.’

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.


2. ‘Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.’

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.


3. ‘Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!’

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.


4. ‘Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.’

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.


5. ‘Agak-agaknya Saya Faham.’

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.


6. ‘Banyaknya Nak Kena Ingat.’

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru.


7. ‘Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.’

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.


8. ‘Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.’

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.


9. ‘Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.’

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.


10. ‘Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.’

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

nizarazublogsport
















Photobucket

Jumaat, 12 April 2013

Instrumen B6D3E1#1 : Contoh Arahan Menjalankan forum

frog
B6D3E1: Menjalankan satu forum dari bahan penulisan berkaitan

Snail Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.
Snail Menjelaskan kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
Snail Menghuraikan kepentigan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.


Arahan kepada pelajar :

1. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Seorang sebagai pengerusi, 3 orang sebagai ahli panel.
2. Ahli panel boleh terdiri daripada Pegawai Perhutanan, Pensyarah Falkulti Kaji Hayat, Wakil Rakyat, Pemilik Ladang Kelapa Sawit, Ahli Zoologi dan sebagainya.
3. Bahan untuk forum diperolehi daripada perpustakaan, internet, temubual atau lawatan lapangan ke hutan, belukar, kebun dan padang berdekatan.
4. Antara soalan-soalan yang boleh diutarakan semasa forum adalah:

i. Apakah itu spesis, populasi dan komuniti?
ii. Bagaimana pula dengan habitat, komuniti, dan ekosistem?
iii. Ada berapa jenis interaksi antara organism hidup dan persekitaran?
iv. Kenapa interaksi ini penting?
v. Apa yang dimaksudkan dengan kawalan biologi?
vi. Apa kebaikan dan keburukan kawalan biologi kepada pertanian?
vii. Apa pula dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
viii. Bagaimana fotosintesis boleh mengekalkan ekosistem yang seimbang?
 
5. Pengerusi mesti membuka forum dengan pantun, puisi atau nyayian bagi menarik minat penonton. Kemudian Pengerusi harus memperkenalkan biodata setiap ahli panel.
6. Ahli panel perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada penonton.
7. Masa untuk setiap kumpulan untuk membuat forum adalah 15-20 minit.
8. Setiap kumpulan harus menyerahkan satu salinan soalan dan jawapan yang digunakan semasa forum kepada guru matapelajaran.