Selasa, 30 April 2013

Amalan Guna Semula dan Kitar Semula


Merujuk ensiklopedia bebas Wikipedia, guna semula ialah penggunaan semula bahan terpakai, sama ada untuk tujuan yang sama atau yang lain manakala kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.


Guna semula dan kitar semula boleh membantu menjimatkan masa, wang, tenaga dan sumber. Hal ini kerana guna semula dan dan kitar semula mengurangkan sisa buangan dan sisa industri, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.


Selain itu, amalan guna semula dan kitar semula dapat meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian besar meliputi kawasan tadahan air.Bahkan amalan guna semula dan kitar semula membantu memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk generasi yang akan datang.


Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan. Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain.


Antara amalan kitar semula yang boleh dilakukan:

Kitar semula mengikut jenis barang
Banyak barang yang boleh dikitar semula contohnya kertas, plastik, logam dan kaca. Barangan lain seperti perabot, barangan elektrik, bahan binaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula tetapi masyarakat kurang peka untuk memulakannya.

Beli produk yang boleh dikitar semula
Jika membeli barang di pasar raya, kita harus membeli barang dalam bekas yang boleh dikitar semula seperti tin, bekas plastik dan bekas kaca.

Beli produk yang di buat daripada bahan kitar semula
Anda boleh mengetahui sesuatu produk itu mesra pengguna daripada label produk tersebut.

Elakkan dari membeli barangan yang merbahaya
Produk yang mengandungi bahan berbahaya sukar untuk dikitar semula. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan tidak membeli produk yang mengandungi bahan-bahan toksik.

Tong kitar semula dan pusat pengumpulan
Kenalpasti lokasi tong kitar semula atau pusat pengumpulan yang berhampiran dengan kawasan anda bagi memudahkan penghantaran barangan kitar semula.


Rujukan:
1. Wikipedia
2. http://www.ppsppa.gov.my

Photobucket