Selasa, 23 April 2013

Amali Sains: Membuat Sabun yang Wangi

Pernahkah anda terfikir untuk membuat sabun sendiri? Sebenarnya tak susah buat sabun, sediakan bahan dan ikut langkah2 yang ditunjukkan.

Hari ini,  bersama pelajar Kelas 5SK2, kami telah menyediakan sabun . Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti Natrium hidroksida pekat (5.0 M), minyak kelapa sawit, Natrium klorida (a.k.a garam), air suling, minyak wangi dan pewarna.

            IMG_0007               IMG_0008

Cecair dalam volumetric flask adalah Natrium hidroksida pekat dan cecair dalam botal Seri Murni tu, semestinya minyak kelapa sawit. Tak de dua bahan ni, x jadik sabun.

 

IMG_0009

Dalam botol ni adalah kristal berwarna putih jernih.
Master Chef panggil bahan ni garam, tapi saintis panggil bahan ni Natrium klorida.
Natrium klorida ni, masin. Kalau tak percaya, boleh la suap ke dalam mulut.

Natrium klorida amat penting, sebab ia membantu sabun yang terhasil daripada tindak balas Natrium hidroksida dan minyak, mendak. Tanpa natrium klorida, sabun yang terhasil adalah dalam keadaan cecair.

 

IMG_0015

Inilah saintis muda yang menjalankan amali sains. Ada 8 orang sahaja. Yang lain, dah tukar karier, jadi pemain kebangsaan. Sebenarnya, ramai tak de dalam kelas sebab menyertai perlawanan bola sepak, hoki, bola baling dan sebagainya peringkat daerah.  Jadi, inilah sahaje yang tinggal dalam kelas.

Sebab murid skit la, cikgunye berpeluang jadi camera man.
sempat la saya tangkap gambar.

Jadi, apakah langkah-langkah membuat sabun?

 

IMG_0019

Mula-mula, campurkan natrium hidroksida dengan minyak dan panaskan selama 10 minit. Kemudian, tambahkan natrium klorida dan air suling.

Mendakan akan terhasil sejurus natrium klorida ditambahkan dalam bikar. Mendakan tersebut adalah sabun.

IMG_0026

Pewangi dan pewarna ditambahkan kedalam campuran tersebut.

Pewangi untuk menghasilkan sabun yang wangi manakala pewarna ditambahkan agar sabun yang terhasil lebih mudah diperhatikan. Pewarna tidak mengubah warna asal sabun, iaitu putih.

IMG_0029
Setelah dituras, inilah hasilnya, sabun, atau nama lainnya garam natrium asid lemak. Sape yang nak basuh baju, boleh la guna sabun ni.

IMG_0031

Apabila sabun dicampurkan dengan air, ia akan menghasilkan buih. Sabun menukarkan kertas litmus merah kepada biru. Oleh itu, sabun bersifat alkali.