Jumaat, 12 April 2013

Instrumen B6D3E1#1 : Contoh Arahan Menjalankan forum

frog
B6D3E1: Menjalankan satu forum dari bahan penulisan berkaitan

Snail Kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran.
Snail Menjelaskan kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
Snail Menghuraikan kepentigan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.


Arahan kepada pelajar :

1. Setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli. Seorang sebagai pengerusi, 3 orang sebagai ahli panel.
2. Ahli panel boleh terdiri daripada Pegawai Perhutanan, Pensyarah Falkulti Kaji Hayat, Wakil Rakyat, Pemilik Ladang Kelapa Sawit, Ahli Zoologi dan sebagainya.
3. Bahan untuk forum diperolehi daripada perpustakaan, internet, temubual atau lawatan lapangan ke hutan, belukar, kebun dan padang berdekatan.
4. Antara soalan-soalan yang boleh diutarakan semasa forum adalah:

i. Apakah itu spesis, populasi dan komuniti?
ii. Bagaimana pula dengan habitat, komuniti, dan ekosistem?
iii. Ada berapa jenis interaksi antara organism hidup dan persekitaran?
iv. Kenapa interaksi ini penting?
v. Apa yang dimaksudkan dengan kawalan biologi?
vi. Apa kebaikan dan keburukan kawalan biologi kepada pertanian?
vii. Apa pula dimaksudkan dengan proses fotosintesis?
viii. Bagaimana fotosintesis boleh mengekalkan ekosistem yang seimbang?
 
5. Pengerusi mesti membuka forum dengan pantun, puisi atau nyayian bagi menarik minat penonton. Kemudian Pengerusi harus memperkenalkan biodata setiap ahli panel.
6. Ahli panel perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan daripada penonton.
7. Masa untuk setiap kumpulan untuk membuat forum adalah 15-20 minit.
8. Setiap kumpulan harus menyerahkan satu salinan soalan dan jawapan yang digunakan semasa forum kepada guru matapelajaran.