Rabu, 29 Mei 2013

Kebaikan dan Khasiat Evening Primrose Oil

Sumber Evening Primrose Oil

Evening Primrose Oil (EPO) adalah ekstrak daripada  biji benih pokok herba bernama Oenothera Tumbuhan ini berasal dari Utara Amerika,

EPO telah menunjukkan reaksi pertumbuhan sel (baik) dan penurunan paras kolesterol secara berterusan dalam tubuh manusia.  Ini membuktikan yang EPO kaya dengan Gamma Linolic Acid (GLA) seperti yang terdapat di dalam tubuh badan manusia.

Gamma-Linolenic Acid (GLA) sejenis essential fatty acid (EFA) yang terdapat didalam lingkungan keluarga Omega-6 dan hanya ditemui pada minyak dari ekstrak tumbuhan. EFA adalah sangat penting pada tubuh badan manusia tetapi tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Maka dengan itu, EFA hanya boleh didapati melalui pemakanan. Fungsi EFA adalah sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan otak, kesihatan tulang, untuk stimulasi kulit dan rambut, mengawal kadar metabolisma dan pengawalan pada proses reproductive tubuh manusia.


Kebaikan & Khasiat EPO

1. Haid (PMS) – mengurangkan rasa tidak selesa dan bengkak pada abdomen,payudara dan juga meredakan rasa kemurungan dan iritasi.

2. Jerawat dan masalah kulit - sebaiknya dimakan dengan Fish Oils dan lebih elok dimakan dengan ubat yang dicadangkan oleh doktor untuk rawatan.

3. Kolesterol dan Tekanan Darah - telah terbukti dapat mengurangkan tekanan darah dan kadar kolesterol. Bagi mereka yang dah ada tekanan darah tinggi & kolesterol, akan ambil masa berbulan untuk berhasil.

4. Rheumatoid Arthritis (kegagalan sistem imunisasi) – sebaiknya dimakan dengan ubat non-steroid & Fish Oil.

5. Ketagihan rokok dan arak – Membantu mengurangkan rasa ketagihan dan kemurungan akibat berhenti merokok dan pengambilan arak.

6. Sistem Imunisasi – kekurangan kadar essential fatty acids mungkin tidak akan membantu daya pertahanan badan untuk melawan virus penyakit (contoh: selsema)

7. Lain-lain - Obesiti, tahap awal Kanser Payudara, Childhood Hyperactivity (ADHD) dan Schizophrenia (a psychiatric diagnosis that describes a mental disorder characterized by abnormalities in the perception or expression of reality - wikipedia)



Kesan Sampingan

Masih belum ada kesan sampingan buruk hasil dari pengambilan Evening Primrose Oil. Namun, sesetengah orang akan mengalami gastrik, sakit perut dan sakit kepala. Disarankan agar pengambilan EPO sebaiknya selepas makan. Sebenarnya, pengambilan makanan tambahan (vitamin dan sebagainya, elok diambil selepas makan)

Tidak boleh diambil oleh pesakit yang menghidap tekanan darah rendah, selepas makan aspirin (panadol, milidon, dll). Juga untuk pesakit yang menghidap sawan. Juga tidak sesuai untuk ibu mengandung, diragui akan mengakibatkan gangguan hormon.



Photobucket

Selasa, 28 Mei 2013

10 Tips Penjimatan Penggunaan Air

70% daripada bumi adalah air tetapi hanya 1% sahaja air di bumi yang boleh digunakan untuk minum, masak, membasuh dan menyiram tumbuhan. Selebihnya adalah air masin yang terdapat di laut dan ais yang terdapat di kutub utara dan kutub selatan.

Dengan pertambahan populasi manusia, semakin ramai yang ingin menggunakan sumber yang terhad ini. Oleh itu, penjimatan penggunaan air adalah amat penting untuk menjamin keseimbangan ekosistem dan keselesaan hidup manusia. Bahkan penjimatan penggunaan air dapat menggurangkan kos pembersihan air yang dibayar setiap bulan dalam bil air.

Berikut adalah 10 tips Penjimatan air yang boleh diamalkan.

1. Tutup paip air setelah digunakan
2. Basuh pinggan mangguk dalam baldi berisi air
3. Menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh
4. Menggunakan air tadahkan hujan untuk menyiram pokok dan membasuh kenderaan
5. Menggunakan air basuhkan ikan, ayam, sayur, buah, besar untuk menyiram pokok
6. Menggunakan air perigi, sungai atau kolom untuk pertanian dan perindustrian
7. Baiki kebocoran paip dengan segera
8. Kurangkan masa mandi
9. Tutup paip air semasa menggosok gigi dan bercukur
10.Tanam pokok bunya dikawasan yang mendapat air hujan supaya tidak perlu menyiram jika hujan


Cara Penjimatan Air



Photobucket

Tips Memutihkan Gigi

Memiliki gigi yang kuning akan mecacatkan penampilan. Seseorang yang bergigi kuning mungkin akan berasa rendah diri dan tertekan kerana masyarakat akan menanggap orang yang bergigi kuning penggotor dan tidak menjaga kebersihan diri.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi kuning. Antaranya ialah penuaan, dinding gigi (enamel)  yang nipis, amalan pemakanan dan juga kesan merokok. Gigi kuning mungkin juga disebabkan pembentukkan lapisan plak.

Plak adalah satu lapisan kuning yang terhasil akibat daipada pengkolonian bakteria. Kehadiran plak akan menyebabkan gigi berwarna kuning dan mulut berbau. Jika dibiarkan, bakteria tersebut akan menyebabkan kaviti, gigi berlubang dan masalah gusi. Kesannya gigi akan rosak dan terpaksa dicabut.

Bagi menggelekkan terjadinya plak, kita disarankan untuk berkumur selepas makan dan mengosok gigi tiga kali sehari. Jika lapisan plak sudah terbentuk, rawatan memutihkan gigi boleh dibuat untuk membersihkan lapisan plak tersebut. Bagaimanapun rawatan ini mahal.

Di sini saya kongsikan satu tips yang murah dan berkesan untuk memutihkan gigi.




Caranya ialah dengan menggunakan serbuk penaik atau juga di kenali sebagai sodium bikarbonat. (digunakan untuk buat kek) Sebelum gosok gigi seperti biasa, gosokkan gigi anda guna serbuk penaik terlebih dahulu. Kemudian kumur dan gosok gigi seperti biasa.

Amalkan petua ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah akan dapat lihat hasilnya lepas sebulan.



Photobucket

Isnin, 27 Mei 2013

Definasi Pencemaran Air

Pantai dan laut yang dicemari sampah dan bahan toksik.

Pencemaran air adalah suatu keadaan apabila terdapat kehadiran sebarang bahan tidak diperlukan atau merbahaya di dalam air. Pencemaran air boleh berlaku di sungai, laut, tasik, kolam, parit dan sebagainya.


Bahan tidak diperlukan atau bahan merbahaya ini dipanggil bahan cemar air. Sumber utama bahan cemar air adalah seperti:

  • Bahan buangan domestik
  • Bahan buangan industri
  • Bahan kimia berlebihan daripada pertanian
  • Kebocoran tangki minyak
  • Hakisan tanah






Photobucket

Ahad, 26 Mei 2013

B6D4E1 - Pencemaran Air

Instrumen B6D4E1 – Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan
Pencemaran air
• Pengawalan
• Pembersihan
• Cara penjimatan penggunaannya



Arahan

1. Pelajar diminta untuk membuat kumpulan seramai 3 orang bagi membuat pembentangan berkaitan
• Maksud pencemaran air
• Kaedah pengawalan pencemaran air
• Pembersihan air
• Cara penjimatan penggunaan air

2. Pembentangan boleh dibuat dalam bentuk power point slide / membuat carta menggunakan moulting board atau kertas mahjung.

3. Pembentangan akan dibuat seminggu dari tarikh yang diberi.




Photobucket

10 Keburukkan Minum Minuman Beralkohol


Minum minuman beralkohol adalah haram dari sudut Islam. Berikut adalah 10 alasan kenapa minuman alkohol layak dijauhi.

1. Ketagihan
Ketagihan adalah salah satu kesan yang paling ketara jika seseorang menggunakan alkohol dalam jangka masa panjang. Hal ini bererti seseorang harus minum lebih banyak sebelum mabuk atau agar boleh merasa lebih rileks.

2. Dehidrasi (kekurangan air)
Seseorang akan mengalami gejala dehidrasi (withdrawal) ketika cuba untuk berhenti minum secara tiba-tiba atau apabila bangun keesokan harinya. Gejala ini termasuk merasa cemas, mual, muntah-muntah, mudah marah, kehilangan nafsu makan dan perasaan gementar.

3. Penyakit hati
Menurut University of Maryland Medical Center penggunaan alkohol boleh menyebabkan penyakit hati kronik, seperti fatty liver (lebih daripada 90 peratus pengguna alkohol), serta hepatitis alkoholik dan sirosis alkohol yang boleh mengakibatkan kegagalan hati.

4. Mengakibatkan kemalangan
Alkohol akan mengganggu kemampuan seseorang memandu dan melambatkan proses berfikir.Gabungan keadaan ini menjadi penyebab seseorang mengalami kemalangan selepas minum alkohol.

5. Perilaku berbahaya
Alkohol boleh mengurangkan kemampuan inhibisi alami seseorang, sehingga orang yang mabuk seringkali melakukan hal-hal berbahaya tanpa disedarinya seperti berkaitan seks tanpa menggunakan kondom atau menyeberang jalan sembarangan.

6. Keretakkan suatu hubungan
Mengambil alkohol tidak hanya memberi kesan terhadap diri sendiri, tetapi juga orang-orang di sekitarnya seperti anak-anak. Kerana keganasan rumah tangga seringkali terjadi pada orang yang menyalahgunakan alkohol dan anak-anak mungkin menderita trauma jangka panjang akibat kebiasaan minum orang tuanya tersebut.

7. Kemurungan
Dalam jangka pendek alkohol boleh memberikan kesan untuk rehat, tapi tanpa disedari alkohol justeru memberikan sumbangan terhadap perkembangan kemurungan. Sekitar 40 peratus peminum berat menunjukkan tanda-tanda kemurungan.

8. Kehilangan pekerjaan
Semakin sering seseorang minum arak, maka semakin berkurang pemikirannya tentang tanggung jawab termasuk pekerjaan. Hal ini akan menurunkan produktiviti bekerja dan nantinya berakhir pada pengangguran.

9. Menyumbang masalah undang-undang
Mengambil alkohol boleh mencetuskan terjadinya masalah undang-undang, seperti ditangkap akibat perilaku tidak tertib atau memandu di bawah pengaruh alkohol.

10. Mengabaikan kebersihan diri sendiri
Seseorang yang mengambil alkohol lama kelamaan akan mengabaikan kebersihan dirinya sendiri, seperti memakai baju yang sama berulang-ulang, jarang mandi atau lupa memberus gigi. Kerana yang ada di dalam fikiran orang tersebut hanyalah alkohol dan berhenti memikirkan hal lain.



Photobucket

15 Kepentingan Minum Air Kosong/ Air Mineral


Terdapat beberapa sebab mengapa anda harus minum air kosong/air mineral dengan secukupnya.

1. 60% badan manusia adalah air
Manusia memerlukan sekurang-kurangnya 3 liter air setiap hari. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih konsisten sekaligus membuatkan jantung berfungsi dengan lebih konsisten. Air juga berfungsi untuk membawa keluar semua toksin/kekotoran yang terhasil dalam tubuh manusia (dikeluarkan menerusi peluh dan air kencing).

2. Sifar Kalori
Tiada sebab untuk anda tidak mahu minum air masak kerana ia langsung tidak mengandungi sebarang kalori.

3. Menguruskan badan
Khabar gembira buat individu yang ingin menguruskan badan. Air putih tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.

4. Sumber Alkali termurah
Kebanyakkan makanan yang diambil seperti nasi, kentang, manisan, makanan yang berlemak, dan protein adalah bersifat acidic. Kehadiran air masak yang bersifat sedikit alkali semestinya akan meneutralkan kembali pH makanan yang diambil.

5. Memantapkan metabolisma
Mengambil air masak selepas makan membantu melancarkan lagi sistem penghadaman, sekaligus meningkatkan proses pembebasan tenaga.

6. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

7. Pelarut nutrien
Vitamin larut air seperti B kompleks dan Vitamin C memerlukan air sebagai pelarut. Air juga merupakan medium utama yang membawa semua nutrien seperti ini ke seluruh anggota badan yang memerlukan.

8. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.

9. Mengurangkan risiko kanser
Pengambilan jumlah air yang mencukupi juga telah menunjukkan mampu untuk mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45% dan risiko kanser pundi kencing sebanyak 50%. Ia juga berpotensi untuk mengurangkan risiko kanser payudara.

10. Meningkatkan kesuburan
Air putih dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.

11. Ubat kepada penyakit strok
Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

12. Melembutkan kulit secara semulajadi
Air amat penting dalam membantu sel-sel badan menjadi segah. Ini tidak terkecuali sel kulit manusia yang semestinya memerlukan lemak dan air yang mencukupi untuk kelihatan lembab dan tidak kering.

13. Menyeimbangkan suhu badan
Suhu badan manusia boleh diseimbangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Mereka yang kurang minum air terutamanya air masak semestinya kelihatan kurang bermaya dan tubuh badan akan berasa sedikit panas. Anda boleh rasai sendiri gejala-gejala ini pada sebelah petang ketika berpuasa. Ini adalah disebabkan badan anda kekurangan air.

14. Mencegah keletihan dan pening kepala
Sememangnya terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu cepat letih atau pening kepala. Namun, jangan anda tak tahu kekurangan air dalam badan juga (dehydration) merupakan faktor utama mengapa seseorang itu pening kepala atau keletihan. Sekiranya anda pening kepala dan berjumpa doktor, soalan pertama yang doktor akan ajukan pada anda ialah, “Hari ini ada minum air masak tak? Berapa kali?”

15. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.




Photobucket

Pencemaran Udara

Definasi Pencemaran Udara
Menurut Ensikopedia bebas Wikimedia, pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

Menurut Wark dan Warner(1901) pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana kehidupan.


Contoh bahan cemar udara

Contoh bahan cemar udara

  • Karbon dioksida, 
  • Sulfur dioksida, 
  • Karbon monoksida,
  • Nitrogen dioksida
  • Plumbum,
  • Sisa radioaktif,
  • Kloroflorokarbon, CFC




Photobucket

B6D5E1: Pencemaran Udara

Pencemaran Udara


Instrumen 5B6D5E1: Membuat pembentangan dalam pelbagai bentuk mengenai


  • Pencemaran udara
  • Contoh bahan cemar udara dan sumbernya
  • Kesan pencemaran udara
  • Langkah-langkah untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara
  • Cara menggekalkan udara supaya bersih dan
  • Mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih

Arahan:

1. Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada 2-4 orang ahli.
2. Setiap kumpulan perlu menggumpulkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti internet, buku, majalah, jurnal dan akhbar tentang:


  • Pencemaran udara
  • Contoh bahan cemar udara dan sumbernya
  • Kesan pencemaran udara
  • Langkah-langkah untuk menghalang dan mengawal pencemaran udara
  • Cara mengekalkan udara supaya bersih dan
  • Mempraktikkan amalan yang mengekalkan udara yang bersih
3. Perbentangan hasil daripada maklumat yang dikumpulkan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti Persembahan Power Point, papan panel/ mounting board, kertas mahjung, penyampaian puisi dan sketsa.





Photobucket

Jumaat, 24 Mei 2013

4 tips Hilangkan Mengantuk Ketika Belajar

Mengantuk ketika belajar adalah perkara biasa bagi seseorang pelajar. Tapi masalah ini harus diatasi dengan secepat mungkin. Jika mengantuk, pelajar akan tercicir pelajaran yang diajar oleh guru di dalam kelas dan tidak dapat mengulangkaji dengan sempurna di rumah. Kesannya, pelajar tidak memperoleh keputusan cemerlang semasa peperiksaan.



Berikut adalah tips untuk mengelakkan mengantuk ketika belajar. Walaupun tips ini nampak mudah, tapi ia amat-amat berkesan jika diamalkan setiap hari. InsyaAllah


1. Pasang Niat –
Untuk apa anda belajar, kenapa pula anda belajar? Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tidak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.


2. Belajar dalam jangka waktu yang pendek –
Ini penting. Selepas 1 jam, berhenti sekejap. Kalau 30 minit sudah rasa penat pun tidak mengapa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Amalkan tabiat begini selalu, dan anda akan rasa anda tidak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda.


3. Dapatkan tidur yang cukup –
Ramai yang terlepas pandang mengenai hal ini. Tidak ada gunanya menelaah berjam-jam tetapi hasilnya sama saja dengan mereka yang menelaah hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tidak sama dengan mereka yang belajar, tetapi tiada kualiti. Jika inginkan kualiti masa belajar, pastikan anda benar-benar segar dan cergas semasa belajar. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.


4. Minum Air Masak (kosong) –
Jadikan amalan minum air masak sebagai amalan harian. Makan buah-buahan selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja anda. Air ini akan membantu anda jadi penenang apabila anda gelisah. Jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, agar anda berasa lebih cergas dan lebih sihat dalam urusan harian



FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama



Photobucket

Rabu, 22 Mei 2013

Kawalan Biologi

Kawalan biologi merupakan suatu alternatif kepada kawalanan kimia uang menggunakan racun untuk menghapuskan serangga dan makhluk perosak dalam sektor pertanian.




Kawalan biologi menggunakan pemangsa untuk mengawal serangga perosak. Ia merupakan merupakan amalan mesra alam, atau green support for earth. Kitaran ekologi setempat terpelihara berbanding dengan penggunaan racun yang boleh membunuh semua jenis hidupan yang berada di kebun atau ladang.


Perbandingan Kawalan Biologi dan Kawalan Kimia


Kawalan Biologi Kawalan Kimia
Kesan kawalan Lambat Cepat
Sasaran Organisma tertentu mengawal perosak tertentu Boleh kawal banyak jenis perosak dengan satu jenis racun kimia
Kos pengurusan perosak Kos tinggi untuk jangka pendek tetapi kos menjadi rendah untuk jangka panjang Kos rendah bagi jangka pendek tetapi kos menjadi tinggi untuk jangka panjang
Pengetahuan/
kemahiran petani
Petani perlu pengetahuan/kemahiran tinggi Tidak perlu pengetahuan/kemahiran tinggi
Risiko kepada petani Rendah/tidak membahayakan petani Tinggi/berbahaya kepada kesihatan petani
Kedapatan di pasaran Terhad/sukar diuruskan Mudah didapati di pasaran/mudah di beli
Kesan pada tumbuhan/hasil tanaman Tiada kesan Ada kesan kimia/bau pada tumbuhan
Kesan kepada alam sekitar Tiada/tidak cemar alam sekitar Mencemar alam sekitar (udara, air, tanah)


Contoh Aplikasi Kawalan Biologi

Sawah padi:
Pembinaan rumah burung hantu di kawasan sawah padi merupakan satu cara untuk mengawal populasi tikus. Burung hantu adalah pemangsa manakala tikus adalah mangsa

Kolam Ikan
Ikan gapi dibela di dalam kolam ikan untuk mengelakkan pembiakkan nyamuk. Ikan gapi adalah pemangsa dan larva nyamuk adalah mangsa.



http://qalish.com/2011/04/bandingbeza-kaedah-kawalan-biologi-dan-kaedah-kawalan-kimia.html

Ahad, 19 Mei 2013

Pertandingan Dapur Solar 2013

Pada 18 Mei 2013, telah dilangsungkan Pertandingan Dapur Solar a.k.a Portable Cooking With Nature sempena Karnival Sains dan Teknologi Daerah Kuala Kangsar di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput. Sebanyak 12 buah sekolah bertanding. Pertandingan dibahagikan kepada dua slot iaitu pembentangan Persembahan Power Point dan Ujian Pemanasan Air.

All twelve Solar Oven. Can you guest which oven is the winner?
This year the competition is quite tough
coz most of the oven look quite the same. 


The participant. From left, Hairie, Hakim and Ihsan.


Thumbs-up! They did a great job, but do not lucky enough to win.
We are the third. The final reading of the water temperature is 70 degree Celcius. 

The Winner.  Product from by SMK Tun Perak, Padang Rengas. Congratulations.
Next year, I will make a similar Solar Oven. InsyaAllah.


The Runner-up. From the host school, SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sg Siput.
The oven quite similar with the winner. (I'm I rite?)


An awesome Solar Oven from SMK Raja Perempuan Kelsom.
The design are so unique. They use plain water to focus sunlight into the oven. 
Unfortunately this solar oven is not portable.
May be they can improve the solar oven for next year.


Photobucket

Ahad, 12 Mei 2013

10 Sebab Jepun Mencapai Kemajuan



1. Di Jepun di ajar pada awal sekolah rendah sehingga darjah enam dengan satu matapelajaran yang dinamakann “Jalan kearah Akhlak” dimana pelajar mempelajari akhlak/etika dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada kegagalan/failure pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga pertengahan, kerana objektifnya ialah mendidik dan menanamkan konsep dan pembentukan pribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi(dictation).

3. Jepun walaupun salah satu Negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants), ibu dan bapa bertanggungjawab di rumah dan keatas anak-anak mereka.

4. Kanak-kanak Jepun membersihkan sekolah mereka setiap hari selama 20min bersama-sama guru mereka. Faktor ini membawa kearah kemunculan generasi Jepun yang sederhana dan minat kearah kebersihan.

5. Kanak-kanak disekolah akan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka disekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

6. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya selama setengah jam bagi memastikan keselamatan mereka, kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

7. Pekerja pembersihan di Jepun digelar sebagai “Jurutera Kesihatan” yang gajinya sebanyak 5000 hingga 8000 USD sebulan, tertakluk kepada ujian bertulis dan lisan.

8. Di larangan mengunakan handphone didalam tren/keretapi, restoran dan tempat-tempat yang tertutup, dan dinamakan status ‘silent’ di handphone sebagai “akhlak/etika”

9. Jika anda pergi ke restauran buffet di Jepun, anda akan dapati bahawa setiap orang akan mengambil makanan dengan kadar yang di perlukan sahaja, dan tidak akan meninggalkan apa-apa makanan diatas pingan.

10. Kadar kelambatan keretapi/tren adalah sebanyak 7 saat sahaja dalam satu tahun, ini kerana mereka adalah orang yang tahu akan nilai masa, dan gemar kepada ketepatan saat dan minit.




Sumber : https://www.facebook.com/nakbebeldotcom
Kredit kepada Hj Khairol Amin Mohd Salleh yang menterjemah catatan ini.



Photobucket

Sabtu, 11 Mei 2013

Contoh Instrumen Pertaksiran Pusat Kertas 1 dan Kertas 2 Sains



Tahun lepas (2012) telah diedarkan Contoh  Instrumen Pentaksiran Pusat kepada cikgu-cikgu Sains. Jika berminat untuk melihat contoh instrumen tersebut, silalah download.


 Contoh Instrumen Pentaksiran Pusat Kertas 1[ klik di sini ]

Contoh Instrumen Pertaksiran Pusat Kertas 2 [ klik di sini ]


Di sekolah saya, bagi Tingkatan 1 dan 2 tahun 2013, kami menggunakan format Pentaksiran Pusat untuk membuat soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun nanti. Kami tak gunakan format Soalan Sains PMR.



Photobucket

Sumbangan Dr. Mahathir Terhadap Industri Cari Gali Petroleum

Assalamualaikum. Hari ni nak nak mengajak semua tetamu blog pbssainsonline untuk membaca tentang sumbangan Dr Mahathir Mohamed dalam industri cari gali petroleum. Untuk pengetahuan semua, petroleum adalah antara sumber yang paling berharga kerana ia digunakan sebagai bahan api untuk mengaktifkan kerenderaan dan jentera dalam kilang. Negara yang mempunyai simpanan minyak amat dicemburui oleh Amerika Syarikat, begitu juga negara yang mempunyai hak untuk mengerudi minyak seperti Malaysia melalui syarikat Petronas.

US cuba untuk mengawal kebangkitan rakyat dan kemajuan Malaysia dengan 'membeli' beberapa individu untuk dijadikan boneka mereka. Mari kita baca artikel di bawah ini, dan renung-renungkan.




1. Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambilalih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

2. Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

3. Satu lagi kisah yang wajar diperhalusi dan diperhatikan mengapa Amerika begitu berdendam dengan Mahathir dan berusaha menjatuhkannya menerusi boneka-bonekanya.

4. PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.


Bagaimana boleh jadi begitu?


5. Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

6. Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

7. Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

8. Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.


9. Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

10. Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

11. Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

12. Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

13. Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

14. PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

15. Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

16. Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.



Rabu, 8 Mei 2013

Pengaratan Paku Besi





Agar-agrar dicampuran dengan larutan kalium heksanoferat (III) dan fenolfelin. 
Perhatikan perubahan pada campuran tersebut apabila paku besi 
dililitkan dengan pelbagai jenis logam. 

Photobucket

Rabu, 1 Mei 2013

Ciri-ciri Luar Biasa Platipus

platipus

Platipus atau Ornitorhyncus anatinus merupakan haiwan unik kerana ia mamalia bertelur dan berbisa. Ia adalah haiwan separa-akuatik. Platipus berasal daripada bahasa Greek iaitu platupous yang bermaksud haiwan berkaki leper. Ia merupakan satu-satunya anggota dari genus Ornithorhynchus yang masih hidup.


platipus close up

Haiwan ini berbulu tetapi mempunyai muncung mulut dan kaki leper seperti itik. Muncung mulut membantu platipus untuk mencari makanan dan kaki leper untuk berenang. Suhu badan platipus adalah320 C, iaitu lebih rendah berbanding haiwan mamalia yang lain. Ia bernafas melalui peparu dan berdarah panas.


Platipus adalah haiwan mamalia. Bagaimanapun ia tidak melahirkan anak, tetapi bertelur. Induk platipus akan mengeram selama 10 hari. Selepas anaknya menetas, platipus akan menyusukan anaknya sehingga berusia 4 bulan.


Walaupun platipus menyusukan anaknya, ia tidak mempunyai puting seperti mamalia lain. Susunya keluar daripada bukaan kulit yang terdapat di bahagian abdomen. Selepas tempoh penyusuan, anak platipus akan meninggalkan induk untuk hidup secara mandiri.


platypus
Walaupun platipus kelihatan comel dan tidak berbahaya, platipus mempunyai bisa yang sangat beracun dan membunuh. Bisa ini gunakan untuk bertahan dari serangan musuh atau predatornya. Selain itu, racun ini juga digunakan sebagai senjata dalam pertarungan antara sesamanya untuk memperebutkan wilayah kekuasaannya.


Haiwan ini terdapat di Australia bagian timur iaitu di kawasan New South Wales, Queensland, dan Victoria. Platipus hidup di kawasan air tawar yang bersih sahaja. Oleh itu ia diancam kepupusan.