Rabu, 1 Mei 2013

Ciri-ciri Luar Biasa Platipus

platipus

Platipus atau Ornitorhyncus anatinus merupakan haiwan unik kerana ia mamalia bertelur dan berbisa. Ia adalah haiwan separa-akuatik. Platipus berasal daripada bahasa Greek iaitu platupous yang bermaksud haiwan berkaki leper. Ia merupakan satu-satunya anggota dari genus Ornithorhynchus yang masih hidup.


platipus close up

Haiwan ini berbulu tetapi mempunyai muncung mulut dan kaki leper seperti itik. Muncung mulut membantu platipus untuk mencari makanan dan kaki leper untuk berenang. Suhu badan platipus adalah320 C, iaitu lebih rendah berbanding haiwan mamalia yang lain. Ia bernafas melalui peparu dan berdarah panas.


Platipus adalah haiwan mamalia. Bagaimanapun ia tidak melahirkan anak, tetapi bertelur. Induk platipus akan mengeram selama 10 hari. Selepas anaknya menetas, platipus akan menyusukan anaknya sehingga berusia 4 bulan.


Walaupun platipus menyusukan anaknya, ia tidak mempunyai puting seperti mamalia lain. Susunya keluar daripada bukaan kulit yang terdapat di bahagian abdomen. Selepas tempoh penyusuan, anak platipus akan meninggalkan induk untuk hidup secara mandiri.


platypus
Walaupun platipus kelihatan comel dan tidak berbahaya, platipus mempunyai bisa yang sangat beracun dan membunuh. Bisa ini gunakan untuk bertahan dari serangan musuh atau predatornya. Selain itu, racun ini juga digunakan sebagai senjata dalam pertarungan antara sesamanya untuk memperebutkan wilayah kekuasaannya.


Haiwan ini terdapat di Australia bagian timur iaitu di kawasan New South Wales, Queensland, dan Victoria. Platipus hidup di kawasan air tawar yang bersih sahaja. Oleh itu ia diancam kepupusan.