Selasa, 28 Mei 2013

Tips Memutihkan Gigi

Memiliki gigi yang kuning akan mecacatkan penampilan. Seseorang yang bergigi kuning mungkin akan berasa rendah diri dan tertekan kerana masyarakat akan menanggap orang yang bergigi kuning penggotor dan tidak menjaga kebersihan diri.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gigi kuning. Antaranya ialah penuaan, dinding gigi (enamel)  yang nipis, amalan pemakanan dan juga kesan merokok. Gigi kuning mungkin juga disebabkan pembentukkan lapisan plak.

Plak adalah satu lapisan kuning yang terhasil akibat daipada pengkolonian bakteria. Kehadiran plak akan menyebabkan gigi berwarna kuning dan mulut berbau. Jika dibiarkan, bakteria tersebut akan menyebabkan kaviti, gigi berlubang dan masalah gusi. Kesannya gigi akan rosak dan terpaksa dicabut.

Bagi menggelekkan terjadinya plak, kita disarankan untuk berkumur selepas makan dan mengosok gigi tiga kali sehari. Jika lapisan plak sudah terbentuk, rawatan memutihkan gigi boleh dibuat untuk membersihkan lapisan plak tersebut. Bagaimanapun rawatan ini mahal.

Di sini saya kongsikan satu tips yang murah dan berkesan untuk memutihkan gigi.




Caranya ialah dengan menggunakan serbuk penaik atau juga di kenali sebagai sodium bikarbonat. (digunakan untuk buat kek) Sebelum gosok gigi seperti biasa, gosokkan gigi anda guna serbuk penaik terlebih dahulu. Kemudian kumur dan gosok gigi seperti biasa.

Amalkan petua ini 3-4 kali seminggu. InsyaAllah akan dapat lihat hasilnya lepas sebulan.



Photobucket