Ahad, 30 Jun 2013

Tips Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi

Kekerapan makan terlalu banyak makanan yang masin akan menyebabkan tekanan darah dalam badan namun tidak ramai yang tahu bagaimana garam bertindak balas terhadap tekanan darah kita.



Terdapat banyak jenis garam tetapi garam yang paling selalu digunakan untuk memasak ialah garam makan (table salt). Nama saintifik bagi garam makan ialah Natrium Klorida (NaCl). Ion natrium dalam garam diperlukan oleh badan manusia tidak melebihi daripada 6 gram atau 1 sudu teh sehari. Ia diperlukan untuk membantu mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot, transmisi antara saraf sel, serta menjaga keseimbangan air, asid dan bes dalam tubuh.


Jika pengambilan garam melebihi 1 sudu teh sehari, ia akan memberi kesan buruk. Kadar garam yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan arteri ginjal sempit, sehingga menjejaskan aliran darah dan menyulitkan kinerjanya. Akibatnya, ginjal melepaskan hormon yang disebut renin dan angiotensin, yang meningkatkan tekanan pada pembuluh darah periferi, dan menyebabkan hipertensi.


*Renin ialah enzim yang dirembeskan oleh buah pinggang dan ai menukarkan angiotensinogen menjadi angiotensin untuk menambah tekanan darah supaya penurasan ultra dijalankan dengan cekap.

*Angiotensin pula ialah bahan yang terhasil daripada angiotensinogen oleh renin, yang boleh menyebabkan vasokonstriksi dan peningkatan tekanan darah.


Selain garam, faktor lain yang meningkatkan risiko terkena hipertensi ialah usia, keturunana, kegemukan, fizikal yang kurang aktif, merokok, stres dan minuman beralkohol. Namun dengan mengurangi pengambilan jumlah garam saja, dipercayai sangat baik untuk mengurangkan risiko hipertensi.



Berikut adalah kaedah untuk mengurangkan jumlah pengambilah garam:

  • Makan lebih banyak produk segar dan sedikit makanan olahan,
  • Hadkan penggunaan garam dalam makanan dan menggantikannya dengan rempah yang dapat memperkaya rasa,
  • Pilih produk makanan rendah garam
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.
  • Kurangkan masakan bergoreng
  • Elak/kurangkan memakan daging merah dan kulit ayam
  • Kurangkan memakan makanan daging proses seperti burger,hotdog dan bebola daging.
  • Awasi makanan berlemak dan berminyak seperti penggunaan santan berlebihan, nasi lemak, roti canai dan seumpamanya.




baca-blogspot.blogspot.com/


Photobucket

Sabtu, 29 Jun 2013

Kepentingan Batu Kerikir di Landasan Kerata Api

Batu kelikir di sepanjang rel kereta api

Di sepanjang rel kereta api, terdapat batu kerikil yang terletak di bawah dan pada samping kanan dan kiri rel kereta api.  Berikut adalah sebab-sebab batu kerikil banyak diletakkan di sekitar landasan keretapi :

1. Penyendal
Batu kerikil pada sekitar rel keretapi adalah  penyendal/penyokong kepada rel kereta api. Lapisan batu kerikil menyokong struktur rel agar menjadi lebih stabil. Maka, keretapi dapat bergerak di atas rel dengan baik dan tidak tergelongsor keluar daripada rel.


2. Menyerap getaran.
Batu kerikil juga berfungsi untuk menyerap getaran (shock absorber) yang terjadi ketika kereta api sedang melalui landasan. Maka gegaran yang terjadi ketika keretapi melintas dapat dikurangkan dan landasan keretapi pun tidak cepat rosak dan boleh digunakan untuk masa yang lama.


3. Mengelakkan hakisan tanah
JIka hujan, air akan mengalir ke tanah. Batu kerikil digunakan untuk memperlambatkan air hujan dari terus mengalir ke tanah. Fungsi ini berperanan untuk mencegah hakisan pada tanah di sekitar rel keretapi. Jika terdapat hakisan tanah, maka kemalangan kereta api mungkin berlaku.


4. Mencegah pertumbuhan tumbuhan
Batu kerikil juga berfungsi untuk menghalang tumbuhan menjalar di sekitar rel. Tumbuhan menjalar di sekitar rel secara langsung atau tidak langsung boleh menyebabkan penggemburan tanah di bawahnya. Hal ini tentunya dapat membahayakan kerana jika tanah di bawah rel tidak stabil maka akan dapat membahayakan perjalanan kereta api dan struktur rel akan tercabut dari tempatnya.









Photobucket

Selasa, 25 Jun 2013

3 Perbezaan [Ais dari Air Mentah] dan [Ais dari Air Masak]

Ais dari air mentah

  • Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. 
  • Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. 
  • Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.



Ais dari air masak

  • Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan.
  • Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. 
  • Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.



lepak.my


Photobucket

Ahad, 23 Jun 2013

Di sini Ada Yang Anda Cari

Selamat Datang ke pbssainsonline




Blog pbssainsonline.blogspot sudah mencapai 1 juta hits.
dalam masa 8 bulan
(^____^)



Trafik Isnin hingga Jumaat 7 ribu sehari
Trafik Sabtu dan Ahad 10 ribu sehari
Trafik Cuti Sekolah pernah mencapai 23 ribu sehari



Tapi follower masih kurang
follower rakan Google~~ 221 orang,
follower g+ ~~ 8 orang
like page FB ~~ 779 like



Silalah jadi follower.
Hidupkan memberi.







Photobucket

Sabtu, 22 Jun 2013

Kebaikan Makan Roti Gandum

Roti adalah salah satu sarapan 'favorite' rakyat Malaysia. Kanak-kanak kecil suka makan roti kosong. Apabila meningkat dewasa roti dimakan bersama mentega, mentega kacang, sri kaya, cream dan jem. Orang dewasa mencicah roti bersama kuih kari ataupun kuah kurma. Semasa musim durian, roti dicicah dengan kuih durian. Terdapat juga yang makan roti sebagai piza.

Roti diberbuat daripada bijirin gandum. Nama saintifik gandum  ialah Triticum sp.. Gandum adalah bijirin yang kaya  karbohidrat,  protien dan serat. Terdapat dua jenis gandum, iaitu gandum keras (hard wheat) dan gandum lembut (soft wheat). Keduanya berbeza dari kandungan proteinnya.

Kebaikan makan  Gandum

1. Melancarkan Pencernaan
Biji gandum memiliki serat yang tinggi untuk memudahkan pencernaan makanan.


2. Diet
Kandungan serat tinggi yang dimiliki biji gandum akan menyebabkan rasa kenyang lebih lama. Jika ingin berdiet dengan pola makan yang sehat, mengambil diet gandum atau olahannya adalah hal terbaik.


3. Baik untuk Jantung
Kandungan serat yang dimiliki oleh biji gandum ini sangat baik untuk kesihatan jantung Anda. Mengambil roti yang terbuat dari bijirin gandum secara rutin dapat menjaga jantung terkena penyakit jantung.


4. Menyembuhkan Penyakit Kolesterol
Serat yang terkandung di dalam biji gandum ini juga memiliki khasiat untuk mengikat kolesterol, lemak, dan juga jus hempedu. Dengan begitu, kolesterol dalam darah dapat dikurangkan dengan mengamalkan makanan olahan dari bijirin gandum secara rutin dan dilakukan terus menerus.




Photobucket

Langkah Keselamatan Semasa Jerebu

Jerebu di Johor Jun 2013

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan bahan pencemar lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.  Jika dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu berwarna keperangan, tetapi  jika dilihat dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut.


Pergerakan jerebu daripada Sumatera ke Malaysia dan Singapura.
Titik merah adalah titik panas, iaitu kawasan pembakaran terbuka.


Punca-punca jerebu

  • Pembakaran hutan
  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap daripada kilang
  • Asap daripada kenderaan.
Di Malaysia, jerebu selalunya berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
IPU salah satu pengukuran tahap ketebalan jerebu. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Nilai IPU          Kualiti udara
0 - 50                Baik
51 - 100           Sederhana
101 - 200         Tidak sihat
201 - 300         Sangat tidak sihat
301 - 400         Berbahaya
401 - 500         Sangat berbahaya
Lebih 501         Darurat


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

  • Keradangan kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



http://ms.wikipedia.org/
http://www.mestiambiltahu.com.my/


Photobucket

Sabtu, 15 Jun 2013

Gelaja dan Cara Mengatasi Period Pain (PMS)

Beberapa hari sebelum kitaran menstruasi bermula, seorang wanita akan mengalami kembung perut, sakit kepala, perubahan mood dan beberapa lagi perubahan fizikal dan emosi. Gejala yang berlaku pada setiap bulan ini dikenali sebagai premenstrual syndrome (PMS). Satu lagi gejala yang lebih teruk, menyebabkan kesakitan serta menjejaskan kerja harian adalah Premenstrual Dysphoric Dysorder (PMDD).

Gejala Premenstrual Syndrome (PMS)

1. Mengidam/ cravings.
Terutamanya makanan yang masam ataupun manis seperti kek coklat. Sebaliknya, terdapat juga mereka yang akan menghadapi gejala hilang selera makanan, kembung perut dan sembelit.

2. Timbulnya jerawat. 
Hal ini disebabkan kerana perubahan hormon dalam badan yang menyebabkan penghasilan sebum ke kulit secara berlebihan.

3. Sakit. 
Terutamanya sakit bahagian belakang badan, payudara sensitif dan sakit kepala.

4. Perubahan mood yang tidak dijangka.
Termasuklah, geram, marah, rasa nak nangis, stress. Ada juga yang tiba-tiba bersemangat dan menjadi hyper.


Umur Wanita bermasalah PMS

Remaja 20-an sehingga lah meningkat ke usia pertengahan 40-an. Semakin meningkat dewasa, sakit PMS akan menjadi lebih teruk dan akan berkurangan kembali pada usia sekitar 40-an.


Cara mengatasi PMS

1. Kerap melakukan senaman
Exercise yang berterusan, bukan cuma pada masa sakit akan membantu memperbaiki mood kita dan meningkatkan stamina kita. Oleh itu, akan membantu diri kita melawan rasa sakit pada jangka masa PMS.

2. Pengambilan diet kaya Vitamin B 
Contohnya pisang, sayur-sayuran hijau, lemak tenusu, telur dan kentang.

3. Makan secara teratur.
Jangan skip masa untuk makan. (untuk mengelakkan kadar gula dalam darah menjadi tak seimbang.)
Mengidam makanan semasa PMS terjadi kerana kadar gula dalam darah menjadi tidak seimbang. Hal ini akan menyebabkan perubahan pada mood seseorang. Oleh itu, jangan skip pengambilan makanan dan makan makanan berkarbohidrat

4. Hindari/kurangkan garam, kafein, alkohol.
Garam boleh meningkatkan kembung perut. Kafein menyebabkan mood cepat marah. Alkohol menyebabkan mood cepat berubah.

5. Hilangkan stress.
Hal ini memberi kesan yang berbeza kepada wanita yang berbeza. Walaubagaimanapun, adalah penting untuk seseorang mencari cara yang paling sesuai untuk meghilangkan stress ketika PMS. Anda mungkin perlukan aktiviti yoga, meditasi, tafakur, urutan atau paling kurang pun bercakap dengan rakan anda. Ini secara tidak langsung akan membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lebih lena dan menstabilkan hormon dalam badan anda.

6. Ubat.
Contohnya ubat OTC, terapi hormon, antidepressant dan supplement.


Cara Mengurangkan Sakit Senggugut semasa PMS

1. Minum air.
2. Sapu perut (bahagian yang sakit) dengan minyak panas.
3. Tuam perut dengan benda yang panas suam.
4. Tidur secara menonggeng (kalau selesa).
5. Rehatkan diri dan tidur (jauhkan diri daripada cahaya).




http://www.nurlyla.com



Photobucket

Khamis, 13 Jun 2013

Apakah Ujian TIMSS dan PISA ?



UPSR, PMR, SPM, STPM dan STAM adalah peperiksaan awam yang paling utama di Malaysia. Selain itu, terdapat juga ujian lain yang diduduki oleh pelajar di negara ini seperti TIMSS dan PISA.  TIMSS dan PISA sebenarnya bukan ujian tetapi adalah suatu kajian tentang pendidikan sesebuah negara. TIMSS dan PISA adalah satu kajian yang dijalankan oleh organisasi antarabangsa untuk menilai dan membandingkan kualiti pendidikan sesebuah negara. Kajian ini juga membantu negara-negara di seluruh dunia untuk meningkatkan pembelajaran dalam Sains dan Matematik.


Di Malaysia, TIMSS dan PISA hanya melibatkan pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 daripada beberapa buah sekolah yang dipilih secara rawak. Pelajar yang dipilih untuk menduduki ujian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, termasuk pelajar paling cemerlang hingga dan pelajar paling corot. Ujian TIMSS dan PISA tidak begitu disedari umum kerana ia dijalankan empat tahun sekali dan hanya melibatkan mata pelajaran Sains, Matematik dan pengetahuan am berdasarkan pembacaan.


Bagaimanapun, mulai hujung tahun 2012, Kementerian Pelajaran Malaysia  memberi penekanan yang lebih kuat  kepada TIMMS dan PISA. Ujian TIMMS akan dijalankan pada tahun 2014 manakala ujian PISA akan dijalankan pada tahun 2015. Sebelum ujian (kajian) sebenar dijalankan, mungkin beberapa sekolah  terpilih akan menjawab ujian mirip TIMMS dan PISA. Kajian ini akan dijalankan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK).  Soalan TIMSS dan PISA adalah soalan High Order Thinking Skills (HOTS). Oleh itu, semua guru didedahkan dengan Taksonomi Bloom (revised) dan soalan-soalan HOTs. Guru-guru Sains dan Matematik diberi pendedahan tentang contoh soalan TIMSS dan PISA.


TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study.  Sampel kajian TIMSS melibatkan pelajar Tingkatan 2 (Gred 8).Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA). Negara kita telah menyertai TIMSS  sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2003, 2007 dan 2011. Keputusan kajian TIMSS pada tahun 2011 menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999. Pada tahun 1999, Malaysia menduduki tempat ke-16 daripada 38 negara yang mengambil bahagian dalam TIMSS untuk matematik. Kedudukan Malaysia meningkat ke tempat ke-10 daripada 50 negara pada tahun 2003, tetapi merosot jatuh ke kedudukan ke-20 daripada 49 negara pada tahun 2007.

Bagi mata pelajaran Sains pula, Malaysia menduduki tempat ke-22 daripada 38 negara pada tahun 1999. Kedudukan Malaysia meningkat ke kedudukan ke-20 daripada 50 negara pada tahun 2003 tetapi merosot satu tempat ke kedudukan ke-21 daripada 49 negara pada tahun 2007. Daripada prestasi yang diperolehi ternyata pelajar kita belum bersedia menghadapi peperiksaan tersebut kerana bentuk soalan dan tajuk yang diberikan adalah soalan berbentuk HOTS.


PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US. Sampel kajian PISA melibatkan pelajar Tingkatan 3 (15 tahun). Kedudukan Malaysia adalah di tangga 55 daripada 74 buah negara dengan mata 404. Purata mata bagi semua negara yang terlibat dalam kajian ini ialah 458. Negara China mendapat 600 mata, Singapura 562 mata, Hong Kong 555 mata dan Korea 546 mata.


Pendedahan soalan HOTs kepada pelajar akan menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Selain itu,  pendedahan soalan HOTs secera tidak langsung memberi  pendedahan kepada TIMSS dan PISA.





Photobucket

Rabu, 12 Jun 2013

10 Tabiat Merosakkan Otak

1. Tidak sarapan pagi :
Sarapan pagi penting bagi kesihatan otak. Mereka yang tidak sarapan pagi memiliki kadar gula yang rendah, yang mengakibatkan penyaluran nutrisi ke otak berkurang.

2. Makan terlalu banyak :
Terlalu banyak makan, apatah lagi sekiranya kadar lemaknya tinggi, boleh mnegkibatkan mengerasnya pembuluh darah otak, akibat penimbunan lemak pada dinding dalam pembulu darah. Akibatnya kemampuan kerja otak akan menurun.

3 .Merokok :
Zat yang terdapat dalam rokok yang terisap akan mengakibatkan penyusutan otak secara cepat, serta dapat mengakibatkan penyakit Alzheimer.


4. Mengambil gula berlebihan :
Pengambilan gula yang terlalu banyak atau berlebihan akan menyebabkan terganggunya penyerapan protein dan nutrisi. Akibatnya terjadi ketidaksinambungan gizi yang akan menganggu perkembangan otak.


5. Pencemaran udara :
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam tubuh manusia. Menghirup udara yang tercemar menurunkan penyaluran oksigen ke otak sehingga dapat menurunkan efisiensi otak.


6. Kurang tidur :
Otak memerlukan tidur sebagai 'saat istirahat' dan memulihkan kemampuannya. Kurang tidur dalam jangka waktu lama akan mempercepat kerosakan sel otak.


7. Menutup kepala saat tidur :
Kebiasaan tidur dengan menutup kepala akan meningkatkan konsentrasi zat karbon dioksida dan menurunkan konsentrasi oksigen, yang dapat menimbulkan efek kerosakan otak.

8 Berfikir semasa sakit :
Bekerja terlalu keras atau memaksa untuk menggunakan pikiran ketika sedang sakit dapat menyebabkan  produktiviti otak berkurang serta merosakkan otak.


9.Kurang menggunakan otak :
Berfikir adalah cara yang paling tepat untuk melatih otak, kurangnya stimulasi pada otak dapat menyebabkan pengecutan otak.


10. Jarang berkomunikasi :
Komunikasi diperlukan sebagai salah satu sarana memacu kemampuan kerja otak. Berkomunikasi secara intelektual dapat meningkatkan kemampuan otak. Jarang berkomunikasi akan menyebabkan kemampuan intelektual otak jadi kurang terlatih.



sumber: http://bukan-logika.blogspot.com/



Photobucket

Ahad, 9 Jun 2013

24 Ciri Individu Mudah Stress



Berikut adalah senarai ciri-ciri individu yang mudah tertekan.


1. Mudah berasa marah apabila seseorang melakukan perkara yang tidak anda gemari
2. Sering berasa cemas dan tertekan apabila hampir musim peperiksaan
3. Selalu mempunyai keinginan untuk melakukan yang terbaik dalam setiap perkara
4. Suka melengah-lengahkan sesuatu tugas atau kerja
5. Mempunyai keinginan yang kuat untuk disayangi dan dikasihi
6. Sekiranya diminta untuk melakukan setuatu, anda akan cuba sedaya upaya untuk melakukannya
7. Bimbang tentang masa depan
8. Mempunyai keinginan yang kuat untuk disanjungi dan dihargai
9. Situasi tidak adil membuatkan anda berasa sangat marah
10. Berasa tidak dihargai dalam setiap perkara yang anda lakukan
11. Persetujuaan rakan amat penting sebelum anda melakukan sesuatu
12. Berasa sukar untuk melaksanakan tanggungjawab
13. Selalu berasa hidup ini tidak bermakna
14. Berasa rendah diri berbanding orang lain
15. Suka sekiranya mendapat perhatian orang
16. Mudah berasa kecewa
17. Mempunyai keinginan yang kuat untuk menonjolkan diri
18. Mempumyai masalah untuk membuat keputusan
19. Sentiasa menuntut yang terbaik bagi diri sendiri
20. Sentiasa menyalahkan diri sekiranya gagal dlm sesuatu perkara
21. Sentiasa berasa cemas dengan pengalaman atau perkara baru
22. Bimbang akan pelajaran atau pekerjaan
23. Sentiasa cuba untuk menjadi terbaik
24. Suka mengkritik perlakuan atau tindakan orang lain



Photobucket

Minum Air Meningkatkan Metabolisma Badan



Air adalah salah satu keperluan bagi setiap individu. Air diperlukan di dalam badan manusia sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin. Air juga diperlukan untuk mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah. Individu dewasa digalakkan minum sekurang-kurangnya 7-8 gelas air kosong, iaitu 2L sehari.


Air juga penting untuk meningkatkan kadar metabolisma dan kadar pembakaran lemak. Minum air kosong pada masa tertentu yang membantu meningkatkan kadar metabolisma badan. Berikut adalah masa yang minum air yang boleh meningkatkan kadar metabolisma badan.


  1. Minum sejurus bangun tidur. Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman.
  2. Minum 30 minit sebelum makan. Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.
  3. Minum sebelum mandi. Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.
  4. Minum sebelum masuk tidur. Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.
Satu sudu gula bersamaan 32 kalori. Jika ingin menguruskan badan, jangan tambah gula atau minum air berperisa.



Photobucket

Sabtu, 8 Jun 2013

Kebaikan Sarapan Pagi



Saintis menggelar sarapan pagi sebagai  makanan untuk otak. Bersarapan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak iaitu lebih cergas, peka dan fokus. Individu yang bersarapan secara tetap akan menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.


Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat seperti roti dan nasi akan membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukosa dan mikronutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.


Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.


Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.






Photobucket

Khamis, 6 Jun 2013

Khasiat dan Kelebihan Buah Tembikai

Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."



Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi. Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."

Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.

Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan."

Begitulah hebatnya khasiat dan kelebihan Buah tembikai. Dari segi faktanya, memakan buah tembikai sebelum makan membersihkan usus dan menghindarkan penyakit.

Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh.Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.



Khasiat dan Kebaikkan Beras Perang Berbanding Beras Putih

Beras perang.


Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak  Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.


Perbandingan beras perang dan beras putih:

1. Beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras tersebut manakala beras putih dibuang selaput kulit. Maka, tekstur beras perang lebih kasar berbanding beras putih.


2. Beras perang dan beras putih mempunyai jumlah kalori, karbohidrat, dan protein yang sama tetapi kandungan zat (garam mineral) yang berbeza. Ha ini kerana semasa proses pembuangan lapisan sekam pada padi untuk menghasilkan beras putih, beberapa jenis zat hilang, antaranya vitamin, mineral, minyak pada sekam (yang dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL) ]asid lemak dan fiber.

Berikut adalah perbandingan zat antara beras perang dan beras putih.


  • Beras perang mengandungi mineral maganese sebagai bahan anti pengaratan dalam tubuh badan 
  • Beras perang mengandungi selenium dan fiber/serat sebagai anti kanser
  • Beras perang mengandungi vit B1, B2, B6, zat besi, fosfat,
  • Beras perang mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
  • Beras perang mengandungi lebih banyak fiber berbanding beras putih


3. Oleh kerana beras perang mengandungi fiber yang tinggi, pengambilan beras perang dapat mengekalkan berat badan yang ideal dan menurunkan kolesterol dalam badan. Ia juga membantu mengurangi penyakit kencing manis jenis ke-2.




Photobucket

10 Adab Bersama Guru



  1. Taat kepada guru dalam semua perkara kecuali perkara yang maksiat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.
  2. Bertutur dengan lemah lembut dan penuh rendah diri.
  3. Meminta izin untuk bertanya atau beredar dari majlis.
  4. Memberi salam apabila berjumpa dan sentiasa hormat kepadanya.
  5. Beri sepenuh tumpuan dalam pengajaran guru, duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
  6. Lakukan apa yang paling disegani oleh guru.
  7. Hindari dari menyinggung perasaan guru.
  8. Mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat guru.
  9. Selalu menziarahi mereka atau menziarahi maqam mereka setelah mereka meninggal dunia.
  10. Mengambil berat dengan mereka, doa mereka, bekas atau lebihan air atau makanan mereka. Begitu juga dengan tempat mereka mengajar atau orang-orang yang akrab dengan mereka.




Photobucket