Ahad, 30 Jun 2013

Tips Mengelakkan Tekanan Darah Tinggi

Kekerapan makan terlalu banyak makanan yang masin akan menyebabkan tekanan darah dalam badan namun tidak ramai yang tahu bagaimana garam bertindak balas terhadap tekanan darah kita.



Terdapat banyak jenis garam tetapi garam yang paling selalu digunakan untuk memasak ialah garam makan (table salt). Nama saintifik bagi garam makan ialah Natrium Klorida (NaCl). Ion natrium dalam garam diperlukan oleh badan manusia tidak melebihi daripada 6 gram atau 1 sudu teh sehari. Ia diperlukan untuk membantu mengawal tekanan darah, mengawal pengecutan otot, transmisi antara saraf sel, serta menjaga keseimbangan air, asid dan bes dalam tubuh.


Jika pengambilan garam melebihi 1 sudu teh sehari, ia akan memberi kesan buruk. Kadar garam yang tinggi dalam tubuh akan menyebabkan arteri ginjal sempit, sehingga menjejaskan aliran darah dan menyulitkan kinerjanya. Akibatnya, ginjal melepaskan hormon yang disebut renin dan angiotensin, yang meningkatkan tekanan pada pembuluh darah periferi, dan menyebabkan hipertensi.


*Renin ialah enzim yang dirembeskan oleh buah pinggang dan ai menukarkan angiotensinogen menjadi angiotensin untuk menambah tekanan darah supaya penurasan ultra dijalankan dengan cekap.

*Angiotensin pula ialah bahan yang terhasil daripada angiotensinogen oleh renin, yang boleh menyebabkan vasokonstriksi dan peningkatan tekanan darah.


Selain garam, faktor lain yang meningkatkan risiko terkena hipertensi ialah usia, keturunana, kegemukan, fizikal yang kurang aktif, merokok, stres dan minuman beralkohol. Namun dengan mengurangi pengambilan jumlah garam saja, dipercayai sangat baik untuk mengurangkan risiko hipertensi.



Berikut adalah kaedah untuk mengurangkan jumlah pengambilah garam:

  • Makan lebih banyak produk segar dan sedikit makanan olahan,
  • Hadkan penggunaan garam dalam makanan dan menggantikannya dengan rempah yang dapat memperkaya rasa,
  • Pilih produk makanan rendah garam
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran.
  • Kurangkan masakan bergoreng
  • Elak/kurangkan memakan daging merah dan kulit ayam
  • Kurangkan memakan makanan daging proses seperti burger,hotdog dan bebola daging.
  • Awasi makanan berlemak dan berminyak seperti penggunaan santan berlebihan, nasi lemak, roti canai dan seumpamanya.




baca-blogspot.blogspot.com/


Photobucket