Sabtu, 8 Jun 2013

Kebaikan Sarapan Pagi



Saintis menggelar sarapan pagi sebagai  makanan untuk otak. Bersarapan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak iaitu lebih cergas, peka dan fokus. Individu yang bersarapan secara tetap akan menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan lebih baik.


Pemilihan sarapan, terutama yang kaya karbohidrat seperti roti dan nasi akan membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukosa dan mikronutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B yang diperkaya dalam roti dan bijirin sarapan dikenal pasti mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.


Kesan lebih ketara di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mengambil sarapan kaya karbohidrat kompleks ialah mereka boleh menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.


Walaupun ada banyak pilihan untuk sarapan seperti nasi lemak, mi atau mihun goreng, tetapi ramai lebih suka sarapan ringan dan ringkas. Ini termasuk roti, bijirin dimakan bersama susu serta jus buah yang tanpa disedari membekalkan banyak khasiat seperti Vitamin A, B dan D, zat besi, kalsium serta zink.






Photobucket