Sabtu, 22 Jun 2013

Langkah Keselamatan Semasa Jerebu

Jerebu di Johor Jun 2013

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan bahan pencemar lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.  Jika dilihat dari jauh (seperti dari kapal terbang), jerebu berwarna keperangan, tetapi  jika dilihat dari dekat, ia berwarna putih seperti asap. Jerebu tebal dikenali sebagai asbut.


Pergerakan jerebu daripada Sumatera ke Malaysia dan Singapura.
Titik merah adalah titik panas, iaitu kawasan pembakaran terbuka.


Punca-punca jerebu

  • Pembakaran hutan
  • Pembakaran secara terbuka
  • Asap daripada kilang
  • Asap daripada kenderaan.
Di Malaysia, jerebu selalunya berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia.


Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
IPU salah satu pengukuran tahap ketebalan jerebu. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:


Nilai IPU          Kualiti udara
0 - 50                Baik
51 - 100           Sederhana
101 - 200         Tidak sihat
201 - 300         Sangat tidak sihat
301 - 400         Berbahaya
401 - 500         Sangat berbahaya
Lebih 501         Darurat


Kesan Jerebu Terhadap Kesihatan

  • Keradangan kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal

Langkah Keselamatan Ketika Jerebu
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah seperti muka dan mandi dengan kerap
  • Sentiasa minum air kosong/mineral.
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
  • Pesakit yang penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah teruk. 
  • Perokok yang mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, tidak merokok di dalam rumah. 
  • Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. 
  • Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya. 
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat,
  • Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.



http://ms.wikipedia.org/
http://www.mestiambiltahu.com.my/


Photobucket