Rabu, 31 Julai 2013

Kajian Barat Membuktikan Kebaikan Puasa


Menurut Dr Ben Kim, pengamal perubatan berasaskan herba dari Kanada, berpuasa untuk tujuan perubatan sudah lama diamalkan. Malah, ahli falsafah terkenal seperti Socrates dan Plato juga mencadangkan puasa untuk tujuan memulih dan meningkatkan kesihatan badan. Mahatma Gandhi sendiri dikatakan berpuasa selama 21 hari sebagai usaha meningkatkan rasa hormat antara warga berlainan agama di India. Kajian terhadap ilmu fisiologi mendapati amalan berpuasa mempunyai kuasa pemulihan yang hebat, kesan daripada aktiviti berpuasa tadi.

Elson Haas seorang doktor kesihatan dalam bukunya bertajuk "Tetap sihat dengan Nutrisi: Panduan Lengkap untuk Diet dan Perubatan Nutrisi" menyatakan bahawa berpuasa adalah antara terapi semula jadi yang terhebat. Haas juga percaya berpuasa adalah satu kaedah bukan hanya untuk terapi diri, malah untuk masalah perubatan yang lain serta merangkumi masalah kehidupan lebih kompleks.

Turut dinyatakan kebaikan berpuasa adalah untuk detoksifikasi atau penyahtoksin. Pembersihan diri ini adalah satu daripada trilogi nutrisi amat penting terhadap badan manusia, selain menyeimbangkan keperluan dalam badan dan membina badan sihat. Haas percaya berpuasa adalah satu daripada ‘hubungan yang hilang’ dalam diet masyarakat Barat.

Menariknya, berpuasa yang disarankan doktor perubatan di Barat mempunyai persamaan dengan apa yang diamalkan umat Islam. Misalnya, antara saranan berpuasa untuk kesihatan adalah menjalankan puasa dalam tempoh singkat untuk membantu membersihkan dalaman badan.Puasa singkat yang dilakukan dalam beberapa bulan setahun membantu membersihkan dalaman badan.

Perbezaannya ialah puasa bentuk moden yang dicadangkan, mencadangkan puasa dimulakan selama 24 jam, kemudian dikurangkan secara berperingkat-peringkat. Menurut Dr Ben Kim, jangka waktu berpuasa adalah bebas, tetapi bergantung kepada matlamat masing-masing.Misalnya, jika kita bermatlamat untuk pulih daripada sakit akut, maka kita boleh berpuasa sehingga berasakan cukup sihat untuk makan semula. Untuk sakit kronik pula, jangka masa berpuasa ditentukan oleh kemajuan puasa itu sendiri. Ini memandangkan proses pembaikan diri dalam tempoh ini boleh dijangka.

Ketika berpuasa, tahap kolesterol dan asid urik dalam darah akan meningkat, namun selepas berpuasa tahap ini akan menurun yang menunjukkan sistem badan semakin bersih.

Selain itu, ada juga kajian yang menyarankan puasa daripada segala bentuk makanan, tetapi amalkan minum jus buah-buahan saja. Puasa bentuk ini dikatakan dapat menyahtoksin badan, selain baik untuk mengurangkan berat badan.Namun, perbezaan ini menjadikan ibadat berpuasa oleh umat Islam semakin unik.

Lebih menarik, kajian perubatan Barat juga menunjukkan ada jenis penyakit yang boleh dikurangkan menerusi amalan berpuasa. Misalnya, demam, bronkitis, sakit kepala, sembelit, sakit perut, alergi terhadap sesetengah makanan, asma, insomnia, masalah kulit, kencing manis, keletihan, kegemukan, kanser dan sawan babi (epilepsi).

Manfaat puasa pula berdasarkan banyak kajian mencakupi meningkatkan tenaga, memperbaiki tidur, rasa lebih tenang, merehatkan sistem pencernaan, mengurangkan kesan penuaan, memperbaiki penglihatan dan pancaindera, memperbaiki pendengaran, meningkatkan kreativiti, serta penyahtoksin yang membawa kepada perubahan sikap kepada yang lebih baik kerana kurangnya toksin dalam badan.



Siti Suriani Othman
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
http//husain386.blogspot.com




Photobucket

Soalan Ulangkaji SPM 2013 AfterSchool -Semua Mata Pelajaran

Muat turun Modul Ulangkaji SPM 2013 terbitan Afer School. Modul ini mengadungi:

  • Analisis SPM Tahun-tahun Lepas
  • 1 Set Soalan dan Jawapan


Mata Pelajaran yang terdapat dalam modul ini ialah
  • Bahasa Melayu,
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Matematik
  • Sains
  • Kimia
  • Fizik
  • Biologi
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun



Sila [ klik di sini ] untuk muat turun Modul Ulangkaji SPM 2013. (^__^)


Photobucket

Isnin, 29 Julai 2013

Amali Sains: Proses Penyaduran Paku Besi Menggunakan Proses Elektrolisis.

Elektrolisis ialah proses pemecahan suatu sebatian kimia kepada unsur-unsurnya dengan menggunakan tenaga elektrik.(lisis=pemecahan). Tiga aplikasi proses elektrolisis ialah penyaduran logam, pengekstrakan logam dan penulenan logam.

Tujuan Penyaduran Logam.

  • membaiki rupa sesuatu logam
  • mengelakkan proses pengaratan dan pengoksidaan

 

Camera 360
Di Anod (kepingan kuprum)

  • Kepingan kuprum terhakis (larut) di dalam elektrolit.
  • Atom kuprum bertukar menjadi ion kuprum
  • Cu –> Cu2+ + e
  • Maka, saiz kepingan kurpum berkurang.


Camera 360

Di katod (Paku Besi)

  • Terdapat lapisan kuprum dipermukaan paku besi.
  • Ion kuprum dinyah cas kepada atom kuprum
  • Cu2+ + 2e –> Cu
  • Maka, saiz paku besi bertambah.

Camera 360Camera 360

Warna biru larutan kuprum nitrat tidak berubah kerana ion Cu2+ yang dinyahcas dikatod diganti dengan ion Cu2+ yang terhasil daripada hakisan logam kuprum di anod

Ujian Dianogstik TIMMS dan PISA


Ujian Dianogstik TIMMS dan PISA
30 Julai 2013 (esok)

Jam 10.30-12.30
Serentak seluruh Malaysia
Murid Tingkatan 1 dan 2





(^__^)
Saya tak pasti murid-murid saya dapat jawab atau tidak ujian ni pada esok hari.
Pelajar-pelajar tak buat ulangkaji.
Soalan HOTS. Banyak menggunakan kemahiran berfikir.
 Lagipun saya tak sempat maklumkan pada murid-murid sebab saya dimaklumkan lewat.
Tawakal sahaja la
(^__^)



Photobucket

KOLEKSI SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR 2013

Berikut adalah Koleksi Kertas Percubaan PMR 2013 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

 

Kertas Percubaan PMR: Sains

SBP [ klik di sini ]
Kedah [ klik di sini ]
Pahang [ klik di sini ]
Terengganu [ klik di sini ]

Kertas Percubaan PMR Matematik

SBP [ klik di sini ]
Pahang [ klik di sini ]
Terengganu [klik di sini ]
Serawak [ K2 ] [skema K2]


Perdapat negeri yang tidak membuat peperiksaan selaras. Soalan dibuat secara dalaman, iaitu diperingkat sekolah atau daerah sahaja.

JPN Perlis dan JPN Kelantan ada menyediakan modul ulangkaji untuk PMR 2013. Sangat berguna untuk ulangkaji sebelum PMR.

Kelantan : Modul Cakna Akademik
Perlis : Modul Ulangkaji




Sumber Soalan Percubaan: http://chngtuition.blogspot.com/





Photobucket

Semakan Senarai Calon PLKN

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.




Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 2013, sila semak samada anda terpilih untuk menyertai PLKN atau tidak. Jika tidak terpilih, anda boleh memohon untuk menyertai PLKN.


Untuk menyemak Senarai Calon PLKN Sesi 2014, ada 2 cara iaitu samada secara Online atau pun SMS

1. Semak Senarai Calon PLKN Sesi 2014 Secara Online

Server 1 : http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih
Server 2 : http://www.khidmatnegara.gov.my/index.html
Server 3 : http://apps3.mod.gov.my/terpilih.html


2) Semak Senarai Calon PLKN Sesi 2014 Melalui SMS

Taip PLKN SEMAK [Nombor IC] hantarkan ke 15888


Calon-calon yang tersenarai, akan mula mengikuti sesi latihan PLKN 2014, di kem-kem PLKN seluruh negara mulai Januari 2014.




Photobucket

Ahad, 28 Julai 2013

Terapi Sinar Inframerah Dekat (Sinar NIR) Menggunakan Fotomodulasi LED

Cahaya tampak, sinar gama, sinar X, sinar UV, sinar IR, gelombang mikro, gelombang panjang dan gelombang radio adalah gelombang-gelombang elektromagnetik. Gelombang elektromagnetik adalah sejenis gelombang yang tidak memerlukan medium untuk bergerak. Gelombang ini dihasilkan oleh pergerakkan elektron.

Gelombang elektromagnet dikelaskan berdasarkan panjang gelombang.  Gelombang radio mempunyai panjang gelombang terpanjang manakala sinar gama mempunyai panjang gelombang terpendek.



Sinar IR
mempunyai panjang gelombang antara 700 nm dan 1 mm. Sinar IR mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang dari cahaya tampak, tetapi lebih pendek daripada gelombang mikro. Nama sinar inframerah bermaksud 'bawah merah'. (dari bahasa Latin infra bermasud "bawah"). Hal ini kerana sinar IR berada dibawah sinar merah dari cahaya tampak.


Jenis-jenis Sinar IR

  • Near Infra Red (NIR) : 0.75 – 1.5 µm
  • Mid Infra Red : 1.50 – 10 µm
  • Far Infra Red (FIR) : 10 – 100 µm


Ciri-ciri Sinar IR

  • Tidak dapat dilihat oleh mata manusia
  • Tidak dapat menembusi medium yang tidak lutcahaya
  • Terhasil daripada komponen yang menghasilkan panas
  • Panjang gelombang pada inframerah berkadar sonsong dengan suhu. Jika suhu meningkat, maka panjang gelombang menurun.


Kegunaan Sinar IR bagi kesihatan

  • Mengaktifkan molekul air dalam tubuh. Hal ini disebabkan karena inframerah mempunyai getaran yang sama dengan molekul air. Sehingga, ketika molekul tersebut pecah maka akan terbentuk molekul tunggal yang dapat meningkatkan cairan tubuh.
  • Meningkatkan peredaran mikro. Semasa molekul air bergetar dengan kehadiran pengaruh inframerah haba akan terhasil dan menyebabkan salur darah membesar dan memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan tekanan jantung.
  • Meningkatkan metabolisma tubuh. Jika peredaran mikro dalam tubuh meningkat, racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisma badan. Hal ini dapat mengurangkan beban hati dan ginjal.
  • Mengimbagi pH badan. Sinar IR membersihkan darah, memperbaiki tekstur kulit dan mengurangkan asid dalam darah.

Sinar IR selalu digunakan dalam bidang fisoterapi untuk menyembuhkan masalah berkaitan dengan otot dan tulang seperti sakit pinggang, sakit lutut dan sakit punggung. Salah satu alat yang menggunakan sinar IR adalah LED Belt. (dipasarkan oleh Cosway). Pesakit perlu membalut bahagian badan yang sakit menggunakan LED Belt.


Alat ini menggunakan teknologi Fotomudulasi LED. Sinar IR Dekat (NIR) dan Cahaya Merah digabungkan dan dipancarkan menggunakan lampu LED.




Sinar NIR (Sinar IR Dekat) adalah satu rangkaian cahaya selamat yang tidak dapat dilihat. Ia boleh menembusi tisu pada kedalaman kira-kira 40 mm dan amat berkesan untuk melegakan penyakit tulang, sendi dan tisu dalaman otot.

Cahaya Merah Nampak pula menembusi tisu pada kedalaman 10 mm dan berkesan dalam merawat masalah permukaan yang berkaitan dengan luka, parut, titik pencetus dan titik akupuntur dan amat bermanfaat dalam merawat jangkitan.

Dalam proses ini, Sinar NIR dan cahaya dihantar dalam bentuk foton untuk menghidupkan dan merangsang fotoreseptor sel-sel yang rosak. Ini berkesan untuk memulakan proses penyembuhan, mengakibatkan penurunan secara menyeluruh dalam tempoh penyembuhan dan pengurangan ketara dalam kesakitan, keradangan, bengkak dan ederma (bengkak akibat pengumpulan cecair).

Fotomodulasi LED digunakan oleh NASA untuk mengekalkan kesihatan angkasawan semasa mereka di ankasa lepas.




Rujukan:
http://azharbinhassan.blogspot.com/
http://www.infobelajar.com/


Photobucket

Sabtu, 27 Julai 2013

Keistimewaan Buah Kantor


Halwa Buah Kantor

Buah kontor adalah salah satu dessert berbuka puasa yang amat popular di Kuala Kangsar. Di bulan Ramadan, buah ini dijual di banyak tempat, tetapi berakhirnya Ramadan, buah ini sukar dijumpai lagi.

Buah ini manis kerana direbus dengan air gula dan mempunyai tekstur seperti jelly. Selain menyejukkan badan, buah ini dikatakan dapat mengubati sakit lulut. Tapi, setakat mana kebenarannya, masih tidak dapat dibuktikan. Buah ini juga dikenali sebagai buah kabung atau buah enau.



Buah kantor diperolehi daripada pokok Kabung. Amat sukar untuk memperoleh buah ini kerana perlu memanjat pokok Kantor yang tinggi. Kemudian, buah itu perlu dikopek@dikupas satu-satu untuk mendapat isinya.



Arenga pinnata
(Pokok Kabung @ Pokok Enau)


Pokok Kabung adalah sejenis pokok palma yang tumbuh liar di dalam hutan. Dulu, pokok ini tumbuh di tepi sawah padi tetapi disebabkan saiz pokok yang sangat besar, kebanyakkan pokok ini telah ditebang. Di dalam tandan pokok Kabung terdapat sejenis cecair yang dipanggil nira. Air nira ini dimasak untuk dijadikan gula kabung.



Gula kabung mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding gula putih. Tetapi gula kabung lebih sihat kerana diproses tanpa menggunakan bahan kimia seperti pemutih. Malah, karbohidrat dalam gula kabung lebih mudah diserap oleh badan berbanding gula putih.


(^__^) Selamat Berpuasa 




Photobucket

Ahad, 7 Julai 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013

Peperiksaan PMR 2013 akan bermula pada Rabu, 2 Oktober 2013 dan berakhir pada 9 Oktober 2013.






Peperiksaan bagi Kertas Sains adalah pada 7 Oktober 2013. Matapelajaran lain adalah seperti berikut.


2 Oktober 2013- Bahasa Melayu, Pendidikan Islam
3 Oktober 2013- Bahasa Inggeris, Geografi
7 Oktober 2013- Sains, Sejarah
8 Oktober 2013- Matematik, Kemahiran Hidup
9 Oktober 2013- Bahasa Arab, Cina, Tamil, Punjabi, Iban, Kadazandusun



Jadual Penuh Peperiksaan PMR 2013 (draft) boleh dimuat turun [ klik di sini ]




Photobucket

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS SPM 2013

Peperiksaan SPM 2013 akan bermula pada Rabu, 6 November 2013 dan berakhir pada Khamis, 5 Disember 2013.



Peperiksaaan bagi Kertas Sains  adalah pada 25 November 2013 manakala peperiksaan bagi Kertas Kimia adalah pada  26 November 2013







Jadual Penuh Peperiksaan SPM 2013 boleh dimuat turun [ klik di sini ]





Sumber: Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia




Photobucket

Selasa, 2 Julai 2013

Kenapa Baju Dokor Bedah Warna Hijau


Doktor selalunya memakai labcoat berwarna putih kerana putih melambangkan bersih. Tapi mengapa doktor memakai baju hijau semasa melakukan pembedahan? Warna hijau dikatakan sangat sesuai pada doktor terutamanya doktor bedah untuk penglihatan yang lebih baik di dewan bedah. Kenapa?


1. Organ dalaman dan darah berwarna merah
Semasa melakukan pembedahan, doktor melihat organ dalaman dan darah yang berwarna merah. Oleh itu, apabila melihat warna hijau ia menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah.  Hal ini kerana hijau adalah berlawanan dari warna merah dalam susunan warna. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.


2. Mengelakkan ilusi.
Terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan berlakunya ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna putih atau terang. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan melancarkan proses pembedahan.



The Never Ending Story

Cikgu dan buku pelajar bagaikan isi dan kuku.





(^___^)

Isnin, 1 Julai 2013

5 Perbezaan Daging Lembu dan Daging Khinzir

Terdapat beberapa perbezaan asas di antara daging babi dan lembu. Menurut Dr. Ir. Joko Hermanto, Dekan Jabatan Ilmu dan Teknologi Pangan IPB di Indonesia mengatakan bahawa melalui mata kasar, terdapat lima aspek yang dapat dibezakan antara daging babi dengan daging lembu iaitu warna, serat daging, jenis lemak, aroma dan tekstur. Berdasarkan perkara ini, fokus pengamatan mereka diarahkan pada lima aspek tersebut.


1. Dari segi warna
Warna daging babi lebih pucat dari daging lembu. Warna daging babi seperti warna daging ayam. Namun perbezaan ini tak dapat dijadikan pegangan, kerana warna pada daging babi biasanya disalut dan disebatikan dengan pelumuran darah lembu, walau sebatian ini boleh dihilangkan dengan merendam di dalam air. Selain itu, di bahagian tertentu pada daging babi, warnanya mirip sekali dengan daging lembu sehingga sangat sukar membezakannya.


2. Dari segi serat daging
Pada daging lembu, serat-serat daging kelihatan padat dan garis-garis seratnya kelihatan jelas. Sedangkan pada daging babi, serat-seratnya kelihatan samar dan sangat renggang. Perbezaan ini semakin jelas ketika kedua-dua daging direnggangkan bersama.


3. Dari lemak yang kelihatan
Daging babi mempunyai tekstur lemak yang lebih elastik sementara lemak lembu lebih kaku dan berbentuk. Selain itu lemak daging babi sangat basah dan sukar dilepaskan dari dagingnya sementara lemak daging agak kering dan kelihatan berserat. Namun pada bahagian tertentu seperti buah pinggang, lemak babi kelihatan hampir serupa dengan lemak lembu.


4. Dari segi tekstur
Daging lembu mempunyai tekstur yang lebih kaku dan padat berbanding dengan daging babi yang lembik dan mudah diregangkan. Melalui perbezaan ini sebenarnya ketika kita memegangnya pun sudah terasa perbezaan yang nyata antara keduanya kerana dapat dirasakan daging babi lebih kenyal dan mudah direnggangkan. Sementara daging lembu terasa padat dan keras sehingga cukup sukar untuk diregangkan


5. Dari segi aroma
Daging babi mempunyai aroma khas tersendiri, sementara aroma daging lembu adalah hanyir seperti yang telah kita ketahui. Dari segi bau inilah sebenarnya perkara paling penting untuk membezakan antara kedua-dua daging ini. Kerana walaupun warna telah ditukar dan dicampur antara keduanya, namun aroma kedua-dua daging ini masih boleh dibezakan.




http://aduhaimedia.com/
http://gdwkgpauh.wordpress.com/



Photobucket