Sabtu, 27 Julai 2013

Keistimewaan Buah Kantor


Halwa Buah Kantor

Buah kontor adalah salah satu dessert berbuka puasa yang amat popular di Kuala Kangsar. Di bulan Ramadan, buah ini dijual di banyak tempat, tetapi berakhirnya Ramadan, buah ini sukar dijumpai lagi.

Buah ini manis kerana direbus dengan air gula dan mempunyai tekstur seperti jelly. Selain menyejukkan badan, buah ini dikatakan dapat mengubati sakit lulut. Tapi, setakat mana kebenarannya, masih tidak dapat dibuktikan. Buah ini juga dikenali sebagai buah kabung atau buah enau.



Buah kantor diperolehi daripada pokok Kabung. Amat sukar untuk memperoleh buah ini kerana perlu memanjat pokok Kantor yang tinggi. Kemudian, buah itu perlu dikopek@dikupas satu-satu untuk mendapat isinya.



Arenga pinnata
(Pokok Kabung @ Pokok Enau)


Pokok Kabung adalah sejenis pokok palma yang tumbuh liar di dalam hutan. Dulu, pokok ini tumbuh di tepi sawah padi tetapi disebabkan saiz pokok yang sangat besar, kebanyakkan pokok ini telah ditebang. Di dalam tandan pokok Kabung terdapat sejenis cecair yang dipanggil nira. Air nira ini dimasak untuk dijadikan gula kabung.



Gula kabung mempunyai kalori yang lebih tinggi berbanding gula putih. Tetapi gula kabung lebih sihat kerana diproses tanpa menggunakan bahan kimia seperti pemutih. Malah, karbohidrat dalam gula kabung lebih mudah diserap oleh badan berbanding gula putih.


(^__^) Selamat Berpuasa 




Photobucket