Selasa, 2 Julai 2013

Kenapa Baju Dokor Bedah Warna Hijau


Doktor selalunya memakai labcoat berwarna putih kerana putih melambangkan bersih. Tapi mengapa doktor memakai baju hijau semasa melakukan pembedahan? Warna hijau dikatakan sangat sesuai pada doktor terutamanya doktor bedah untuk penglihatan yang lebih baik di dewan bedah. Kenapa?


1. Organ dalaman dan darah berwarna merah
Semasa melakukan pembedahan, doktor melihat organ dalaman dan darah yang berwarna merah. Oleh itu, apabila melihat warna hijau ia menyegarkan mata pakar bedah dalam melihat benda-benda bewarna merah.  Hal ini kerana hijau adalah berlawanan dari warna merah dalam susunan warna. Melihat warna merah terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak kurang sensitif terhadap variasi warna merah.


2. Mengelakkan ilusi.
Terus-menerus fokus kepada warna merah akan menyebabkan berlakunya ilusi berwarna hijau pada latar warna berwarna putih atau terang. Ini akan menggangu penglihatan doktor. Jika warna baju doktor bedah berwarna hijau, ilusi ini akan berkurangan dan melancarkan proses pembedahan.