Sabtu, 31 Ogos 2013

JENIS- JENIS JERAWAT

BINTIK PUTIH (white heads)


  • Bintik putih merupakan comedon tertutup di mana liang yang tersumbat berada di bawah permukaan kulit dan menyebabkan dinding folikel tidak pecah. 
  • Bintik putih terbentuk di atas atau di bawah kulit dan akan timbul sebagai benjol berwarna kulit atau sedikit bengkak yang kemerah-merahan. 
  • Bintik putih bukan disebabkan jangkitan kuman.


BINTIK HITAM (black heads)


  • Bintik hitam merupakan comedon terbuka yang terbentuk apabila kulit mati dan sebum yang tersumbat menjadi padat di dalam folikel, dimana dinding kulit telah pecah. 
  • Bintik hitam akan berlaku apabila liang yang tersumbat ini membesar dan terbenjol keluar dari rongganya. 
  • Minyak dan sel kulit menyebabkan kulit kelihatan comot walaupun ia bukan kotoran. 
  • Warna pada bintik hitam ini disebabkan oleh pengumpulan melanin dalam kulit. 
  • Bintik hitam bukan disebabkan jangkitan kuman.

PAPULES

  • Berwarna merah, sedikit benjol dan bengkak. 
  • Papules selalunya timbul dalam keadaan bengkak dan keras yang besarnya kurang dari 5mm.

PUSTULES
  • Berbentuk kubah, bengkak seperti papules tetapi lebih sensitive. 
  • Ia disebabkan oleh nanah yang terkumpul akibat dari campuran sel-sel darah putih, kulit mati dan jangkitan bakteria. 
  • Nanah yang terkumpul di dalam jerawat ini boleh kelihatan di dalam kulit. Pustules yang sembuh tanpa bertukar menjadi cysts, biasanya tidak meninggalkan parut.

KISTA (cysts/nodulocystic)


  • Jerawat yang paling besar dan sangat sakit.
  • Kista adalah benjolan tertutup yang boleh menjadi sebesar manik. 
  • Ia lebih besar daripada pustules dan terjadi jauh ke dalam lapisan kulit, ia boleh merosakkan struktur tisu kulit dan menyebabkan parut. 
  • Mencuci muka secara berlebihan akan hanya memburukkan dan melambatkan lagi proses pemulihan kulit.
  • Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan
  • biasanya meluas hingga keluar area wajah , dan merebak keseluruh punggung, dada, bahu, dan lengan atas.
  • memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.


Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Tetapi jerawat dan resdung berbeza. Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang kronik.
Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran. Ia terjadi di dalam lapisan kulit. Jerawat boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.

Resdung adalah radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung.Ia berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca. Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata. Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat. Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.





Photobucket

PUNCA DAN GEJALA DEMAM SELSEMA

Demam adalah satu gejala dan bukannya penyakit. Apabila suhu badan seseorang meningkat dengan tinggi, mereka dikatakan demam. Demam boleh merupakan gejala kepada:

  • Jangkitan bakteria, virus, rikettsiae, fungus, parasit.
  • Penyakit autoimun: Contohnya demam reumatik vaskulitis, artritis reumatoid dewasa, eritematosus lupus sistemik (SLE – systemic lupus erythematosus).
  • Penyakit sistem saraf pusat: Contohnya kecederaan kepala, kecederaan tulang belakang dan pendarahan serebrum (bahagian otak utama).
  • Penyakit neoplastik malignan seperti metastasis tumor ke hati, neoplasma primer (contoh: kolon dan rektum, hati, buah pinggang).
  • Penyakit dalam darah seperti limfoma, leukemia, anemia hemolisis.
  • Penyakit kardiovaskular seperti jangkitan miokardium, embolisme pulmonari.
  • Penyakit gastrousus seperti hati bernanah/inflamasi, hepatitis alkoholik, penyakit keradangan usus.
  • Penyakit endokrin seperti hipertiroidisme, feokromositoma.
  • Penyakit yang disebabkan oleh agen kimia seperti tindak balas ubat (Quinidine, Nifedipine, Penisilin-G, Ampisilin, Vancomycin, Bleomycin, Carbamazepine) dan hipertermia malignan disebabkan pembiusan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti kecederaan pada tisu, hematoma, demam Mediterranean keluarga.


Demam selsema
Viris Selsema


Demam selsema adalah demam yang paling biasa dihadapi. Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Simptom Demam Selsema

  • Tekak yang kering atau sakit pada peringkat awal.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat)
  • Bersin (usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung)
  • Batuk (berkahak atau tidak)
  • Suara parau(virus selesema menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak)
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama dua minggu.




Photobucket

Khamis, 29 Ogos 2013

An Empty Post ( with thousand words, must read! )

Salam subuh. Silalah tunggu post terbaharu dari saya. Terlalu banyak yang saya nak update, tapi masa terlalu mencemburui saya....

tunggu post hari ko-kurikulum. hari ini hari ko-kurikulum kt sekolah saya.
tunggu juga post pelancaran sambutan hari kemerdekaan pada hari Isnin lalu 
tunggu juga post tentang pertandingan robotik hari ahad lalu
tunggu juga post tentang sambut hari raya kelas saya, tingkatan 5PP sabtu lalu
tunggu juga post tentang batuk kering. murid saya kena batuk kering. lima hari warded.
tunggu juga post tentang demam, dua minggu saya demam, tiga minggu batuk.
tunggu juga post tentang jerawat, saya ceritakan tentang jenis-jenis jerawat



dan
soalan trial SPM saya belum siap lagi
pencapaian band belum diisi lagi dalam SPPBS
dan ntah ape2 lagi.


tapi sebelum buat semua tu,
balik sekolah nanti, saya nak pergi spa
nak buat facial, nak cuci rambut, nak potong rambut
saya nak release tension dan rehatkan minda sekejap.
sepanjang minggu ni dan minggu lepas, saya sibuk sangat di sekolah.




Jumaat cuti. esok saya ke KL, area Setiawangsa.  Ada sesiapa di sana?




Photobucket

Sabtu, 24 Ogos 2013

National Robotic Competiton 2013: Robot Gen II Soccer


Saya baru balik daripada Pertandingan Robotik Kebangsaan peringkat negeri Perak di Dewan Sri Tanjung, Majlis Daerah Tanjung Malim. Hari ini, kami menyertai Kategori Robot Gen II Soccer. Alhamdulillah dapat tempat ke-tiga.

Tapi terkilan jugak, kami kalah dengan MCKK sebab keeper kami yang terjaring bola ke dalam gol sendiri. The boys (sebenarnya saya jugak) masih tak tahu nak program sensor IR seekers. IR Seeker kami cuma dapat detect bola infra merah pada jarak yang sangat dekat. Kumpulan yang mendapat tempat pertama, (SMK Bukit Jana) robot mereka boleh detect bola IR sangat jauh, rasanya dari dua tiang gol bertentangan....jauh sangat. Keputusan Soccer Game tadi:


SMK Bukit Jana-3, SMK Clifford-1
MCKK-0, SMK Clifford-0 (MCKK menang penalti 1-0)


Esok, kami akan ke sana lagi menyertai Kategori Regular (Kolombo Island). Doakan nasib menyebelahi kami.  Kami kerja keras untuk kategori ini. Sepanjang minggu ini, kami men'operate' robot  Kolombo Island dari siang sampai ke tengah malam supaya dapat detect bola biru dan bola merah dengan betul. Walaupun ini tahun ketiga kami gunakan colour sensor, tapi tahun ni paling susah kami nak program robot. Degree, rotation and seconds motor must be tepat, jitu dan persis, baru la robot tu boleh detect warna bola. Peratus battery pun kena tepat. Tak boleh terlebih atau terkurang charge. Silap sikit je, HORROR...jangan la horror semasa pertandingan esok. Wish us luck.

Sekarang ni (during typing this post) the robot, complete the task with full mark. So, saya harap tiada masalah masa pertandingan. Jujurnya, tahun ni the boys sangat bersungguh-sungguh. Mereka pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Tahun ini adalah tahun terakhir mereka masuk NRC. Tahun depan, saya akan pilih pelajar tingkatan 1. Rebuilt the team again. Kalau nak tahu, murid-murid berkampung di sekolah selama 5 hari. Tiga malam stay back sampai jam 12.00 malam. (Kami bukan sekolah asrama ye, semua ulang alik dari rumah....)



p/s:  perasan tak, minggu ni, saya kurang update blog,  kalau update pun, semuanya scheduled post. minggu ni sentuh lap top pun tak sempat, ingat robot, robot, robot je...hahaha)



Photobucket

Khamis, 22 Ogos 2013

TUJUH KESAN BURUK PRONOGRAFI



PERTAMA
Pornografi memberi makan pada “keinginan mata” dan “keinginan nafsu” yang tidak pernah puas. Pornografi hanya akan membuat ‘penontonnya’ minta tambah, tambah, dan tambah lagi. Dengan mudah, pornografi memperbudak orang lain akan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoisan. Kekuatan tersembunyi dibalik pornografi akan menunjukkan orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk lepas.

KEDUA
Pornografi membuat cara berfikir seseorang menjadi penuh dengan seks semata. Seks akan menguasai alam mereka. Gambar berbau seks akan melekat pada otak mereka, sehingga waktu seseorang memutuskan untuk berhenti melihat pornografi, gambar-gambar yang pernah dia lihat dimasa lalu akan bertahan sampai beberapa tahun bahkan selama-lamanya.

KETIGA
Pornografi menjadi promosi terhadap praktik seksual yang menyimpang. Contohnya, porno yang lebih progresif seperti homoseks,lesbian, pornografi kanak2, seks dengan haiwan, perkosaan, seks dengan kekerasan dan sebagainya

KEEMPAT
Pornografi membuat seseorang untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain. Masturbasi/onani adalah contohnya. nafsu pribadi yang ini membuat seseorang sukar menerima cinta yang sebenarnya dgn orang lain.

KELIMA
Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan tumpuan serta tidak fokus dalam pekerjaan.

KEENAM
Pornografi dapat merosak hubungan seksual dengan pasangannya kerana akan membayangkan orang lain dalam hubungan seksual.Nilai dan kemurnian seksual sesungguhnya menjadi rosak kerana imaginasi ini.

KETUJUH
Melihat pornografi akan membuat seseorang suka berbohong. Orang yang menyukai pornografi akan menyimpan kebiasaannya ini sebagai rahsia, dengan berbohong ia dapat menyembunyikan rasa malunya dan menghindari kritikan dari orang lain



Sumber copy paste: http://gilerkentang.com



Photobucket



Rabu, 21 Ogos 2013

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2

Hai. Blogger Farah Waheda Wahid, dari blog http://www.bubblynotes.com/ sedang membuat Segmen Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2 . Blog bertuah yang menyertai segmen ini akan berada dalam bloglist bubblynotes selama sebulan. (Sebulan je, nak lama sikit boleh tak?). Setakat ini sudah 92 buah blog menyertai segmen tersebut. 


Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he... 

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.


Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini. 

Pemilihan Pemenang:
1.   10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)

2.   Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
2. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!




p/s: Selamat datang Farah Waheda Wahid dan semua yang menyertai Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2




Photobucket

Segmen: 1st Segmen Singgah Blog Saya 2013

Hai. Hari ini saya nak berkongsi  blog Kisah Si Dairy. Blog ini dah ada sejak Ogos 2011 tapi ini adalah kali pertama tuan rumah bersegmen. Jika segmen ini berjaya, tuan rumah akan buat Give Away (GA). Bestkan.


Jika berminat untuk menyertai segmen ini, silalah, klik di sini



Photobucket

Segmen Gempak Mieza Jhaa K

Hai. Hari ni saya nak berkongsi blog cinta25hb oleh Mieza Jhaa K yang sedang rancak berSegmen Gempak selama sehari semalam dari  1.00 p.m 21 Ogos hingga 1.00 p.m 22 Ogos. Mieza Jhaa adalah seorang suri rumah yang minat membuat kek dan menulis blog. Dia menulis blog sejak Jun 2012. Antara entri yang paling meletop dalam entri beliau adalah ubat rambut gugur paling mujarab. Memang menarikkan. Semua orang tak suka rambut gugur, tak kira lelaki atau perempuan.



Kembali kepada kisah  Segmen Gempak from Mieza Jhaa K, di bawah ini adalah banner untuk segmen tersebut dan warkah daripada Mieza Jhaa K:




Assalamualaikum bloggers.. Akhirnya segmen yang dijanjikan dan ditunggu-tunggu tiba jua. Ini adalah segmen pertama saya yang diharapkan agar segempak tajuknya. Bermula hari ini pukul 1:00 tgh hari dan berakhir pukul 1:00 tgh hari esok. Anda semua dijemput join.



Syarat-syarat penyertaan :

1. Add to circle Google+ Mieza Jhaa K dan like Fanpage Mieza Jhaa K

2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"

3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.

4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.



Ganjaran Segmen : 
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.


2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.


Jom kita meriahkan segmen ini.



p/s: Selamat datang dan salam perkenalan Pn Mieza Jhaa K dan semua yang datang daripada Segmen Gempak Mieza Jhaa K. (^__^)






Photobucket

Ahad, 18 Ogos 2013

Klik-klik syawal by cik akak comel




Jom sertai segmen klik-klik syawal by cik akak comel. Untung-untung, dapat novel. Segmen ini berakhir 19 Ogos 2013, iaitu esok. Jadi, siapa yang belum sertai, silalah sertai sekarang, sebelum terlambat. 

Ini adalah segmen blogwalking ke-tiga yang saya join sejak bergelar blogger. Dulu, saya segan untuk memperkenalkan diri, sekadar menjadi silent reader dan invisible blogger. Tapi sekarang, saya buang rasa malu tu, dan sertai networking blogger. Saya harap kehadiran saya dalam dunia blogging ni disedari oleh blogger-blogger lain walaupun blog saya cuma sekadar blog pendidikan.




Photobucket

B6D6E1 - Membina Model Tuas (Mesin Ringkas)

Instrumen B6D6E1: Membina model yang menggunakan prinsip tuas.




Arahan:


  1. Anda dikehendaki membina satu model yang menggunakan prinsip tuas
  2. Model hendaklah dibina dalam kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada tiga atau lempat orang ahli.
  3. Buatkan satu folio yang menerangkan cara anda membina model tuas tersebut. Dalam folio anda mestilah mengandungi kandungan berikut:


    • Kulit depan:
      • Nama dan tingkatan anda.
      • Tuliskan topik.
      • Nama guru anda.
    • Tujuan alat ini dibina.
    • Bahan-bahan yang digunakan
    • Alat-alat yang digunakan
    • Gambarajah model tuas tersebut berserta label.
    • Langkah kerja untuk membina model tersebut.
    • Cara-cara penggunaan model anda.

    4. Persembahan model akan dijalankan pada akhir tarikh tamat projek.


Photobucket

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com


Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.



Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 18 Ogos 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri INI.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....





Photobucket

Persiapan Akhir Sebelum Pertandingan Robotik (NRC) Zon Perak

Pejam celik, pejam celik, dah habis cuti selama 16 hari. Mulai esok (16 Ogos), bermulalah sesi 'berhempas pulas' dengan pasukan robotik untuk  memprogramkan robot sebelum Pertandingan Robotik (National Robotic Competition,NRC) Zon Perak pada 24 dan 25 Ogos 2013. 



NRC Zon Perak Tahun 2012

  
Doakan kami berjaya menyelesaikan cabaran yang diberikan, menang dalam pertandingan dan berjaya ke peringkat kebangsaan.









Photobucket

Sabtu, 17 Ogos 2013

B6D6E1 - Memulihara Sumber Tenaga

Instrumen B6D6E1: Menjelaskan melalui penulisan kreatif mengenai :

  • mengapa kita perlu memulihara sumber tenaga,
  • cadangan tentang cara-cara penggunaan tenaga secara cekap



Arahan

1. Pelajar diminta untuk membuat kumpulan seramai 3 orang bagi membuat pembentangan berkaitan
  • contoh sumber tenaga
  • kepentingan memelihara sumber tenaga
  • cara menggunakan tenaga secara cekap



2. Pembentangan boleh dibuat dalam bentuk power point slide atau  carta menggunakan moulting board atau kertas mahjung atau video pendek.


3. Pembentangan akan dibuat seminggu dari tarikh yang diberi.


Photobucket

CPUV Nuffnang Setelah 8 bulan

Nuffnang adalah salah satu ejen pengiklanan online terbesar di Malaysia. Terdapat dua jenis iklan dalam Nuffnang iaitu Kempen CPC dan Kempen CPUV. Bagi Kempen CPC, Admin blog akan mendapat komisyen apabila pelawat meng'klik' iklan Nuffang. Kempen CPUV pun, admin akan mendapat komisyen jika iklan diletakkan dalam sesuatu blog. Selalunya Kempen CPUV yang menjadi idaman Admin blog. Untung nasib, dapat buat duit tambahan.

Seletah 8 bulan bersama Nuffnang, inilah kali pertama saya dapat merasakan keterujaan mendapat CPUV. Terima kasih pada Q3 Prepaid Roaming...dan juga Ford MCA Launch. Walaupun CPUV saya tak sehebat blog-blog lain, tapi saya rasa seronok tak terhingga.





Iklan CPUV masuk ke blog saya sejak bulan Mac yang lalu. Tapi, agak pelik, iklan-iklan tersebut cuma berada di blog saya sehari sahaja dan tiada langsung CTR.



Photobucket

Jumaat, 16 Ogos 2013

Cerita Raya: Hari Raya di Kuala Kangsar

Lain laut, lain pantainya. Lain tempat, lain budayanya. Saya ingin kongsikan sambutan Hari Raya dalam keluarga saya, terutamanya tentang juadah Hari Raya. Ringkas sahaja sambutan hari raya kami tapi cukup bermakna.

Hari raya pertama, cuma ada mak, bapak dan saya sahaja di rumah. Adik-beradik saya semuanya beraya di rumah mertua masing-masing. Selepas solat sunat Aidilfitri di majid, saya ikut mak dan bapak ke Open House di Surau, dan kemudian ke dua buah rumah jiran yang berdekatan. Pulang daripada beraya, saya menyediakan dua biji kek, Cream Cheese Cake dan Red Velvet Cake sementara menunggu saudara mara datang beraya.


Cream Cheese Cake.

Red Velvet Cake.


Selain kek, menu utama hari raya pertama adalah lemang, rendang pedas ayam dan rendang paru. Lemang untuk Hari Raya pertama kami beli yang dah siap dibakar. Harga sebatang lemang adalah RM12.00. Ini kali pertama kali beli lemang yang dah siap. Selalunya kami akan bakar lemang atau rebus ketupat sehari sebelum Hari Raya.


Hari raya ke-dua, kami rebus ketupat pulut. Ketupat dimakan bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Kami beli daun ketupat yang telah siap dianyam, harganya 50sen sebiji. Agak mahal berbanding daun palas yang belum dianyam, tapi beli yang dah siap dianyam lebih menjimatkan masa. 



Ketupat Pulut


Hari raya ke-tiga adalah hari raya yang paling sibuk dan paling happening. Hari ini kami bakar lemang pulut dan lemang tepung. Harga buluh lemang yang dah siap diisi daun pisang adalah RM 2.00.

Bagi saya, lemang home-made ni adalah yang terbaik yang pernah saya makan. Dulu bapak adalah chief chef, tapi sekarang ni, jawatan chief chef dipegang oleh abang long. Kalau dia ada, baru la boleh bakar lemang.



Lemang Buluh


Selain lemang, kami juga buat ayam bakar dan sup tulang. Selain itu, dessertnya ialah kek batik dan halwa buah kantor. Rasanya bukan semua tempat ada buah kantor. Di Kuala Kangsar, buah kantor cuma ada di jual di pasar semasa bulan puasa je.



Halwa Buah Kantor


Hari Raya ke-empat, menu utama adalah laksa Pak Nyah. Manakala Hari Raya ke-lima, menu utama adalah Spaghetti Bolongnesse dan Keow Teow Doli.


Photobucket

Khamis, 15 Ogos 2013

Cerita Raya: Rombongan Raya Kelas 3C2



Inilah geng murid-murid 3C2 yang datang beraya ke rumah saya. 
Walaupun saya tak mengajar mereka tahun ni, tapi mereka tetap ingat kat saya. 
Terharunya...(^___^)




Untuk mereka, saya hidangkan makaroni bakar. Ala-ala Itali kononnya. 
Habis sehingga menjilat jari. Sampai saya hidangkan semangkuk lagi.
Sedap la kot. (^__^)


Percaya atau tidak, walaupun Kuala Kangsar ni bukan la pekan yang kecil, malah ada Pizza Hut dan Secret Recipe tapi masih ada murid yang tak pernah makan pasta. Sesetengah, tak pernah pun dengar pun spageti dan makaroni. Mereka cuma tahu makan nasi, cendol dan laksa je. Sebab tu, kalau murid-murid saya datang beraya ke rumah, menu wajib saya adalah spageti atau makaroni. Murid-murid 'cop' saya cuma reti masak pasta je.





Photobucket

Isnin, 12 Ogos 2013

TIPS MELIHAT HUJAN METEOR MALAM INI (12/8/2013)

Malaysia bakal menyaksikan fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.


Beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:


  1. Cari kawasan lapang yang gelap ( jauh daripada lampu-lampu kota) supaya kita  boleh menyaksikan meteor dengan terang.
  2. Waktu pemerhatian daripada 11.00 malam hingga 1.00 pagi (paling terang) dan sehingga subuh.
  3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
  4. Duduk memandang arah selatan hingga ke timur laut.
  5. Berdoa agar langit di lokasi anda cerah dan tidak mendung.

.




Photobucket

MODUL SAINS SPM 2012 (JPN PERAK)



Modul SPM Sains ini terdiri daripada latihan  topikal bab-bab Tingkatan 4 dan Tingkatan 5.  Soalan dwibahasa. Bahasa Inggeris mendahului Bahasa Melayu. Sesuai digunakan untuk percutan terakhir sebelum Percubaan SPM atau SPM sebenar.



Sila [ klik di sini ] untuk muat turun Modul SPM Sains 2012.




Photobucket

Modul Ulangkaji Sains PMR 2013 (JPN Perlis)


Silalah klik untuk memuat turun


Set 1
Soalan Kertas 1, Skema Kertas 1
Soalan Kertas 2, Skema Kertas 2


Set 2
Soalan Kertas 2, Skema Kertas 2


Set 3
Soalan Kertas 1, Skema Kertas 1
Soalan Kertas 2



Photobucket

Ahad, 11 Ogos 2013

Modul Cakna Akademik PMR 2013 (JPN Kelantan)



Modul Cakna Akademik PMR dihasilkan oleh JPN Kelantan untuk meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains dan mata pelajaran PMR yang lain.

Modul Sains terdiri daripada 4 set soalan berformat Kertas 2 PMR. Tapi saya cuma dapat kongsikan tiga set sahaja.


Set 1
Soalan Set 1Skema Set 1

Set 3
Soalan dan Skema Set 3

Set 4
Soalan Set 4Skema Set 4



Sumber: Laman Web JPN Kelantan




Photobucket

Permohonan Matrikulasi 2014 bagi Calon SPM 2013

Permohonan ke Program Matrikulasi Tahun 2014 dibuka sehingga 10 Oktober 2013 bagi calon-calon SPM 2013.





Borang permohonan boleh diisi secara dalam talian (online)  di laman web  rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap permohonan perlu mendapatkan Nombor PIN dari Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6.00 sahaja.


Alamat borang permohonan dalam talian (online):
http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm


Cara Memohon
  • Berkelompok:
    Kaunselor/guru sekolah membantu menguruskan permohonan dalam talian dan mendapatkan nombor PIN dari Bank BSN
  • Individu:
    Pelajar mengisi borang dalam talian dan mendapatkan nombor PIN dari Bank BSN sendiri.





Photobucket