Jumaat, 16 Ogos 2013

Cerita Raya: Hari Raya di Kuala Kangsar

Lain laut, lain pantainya. Lain tempat, lain budayanya. Saya ingin kongsikan sambutan Hari Raya dalam keluarga saya, terutamanya tentang juadah Hari Raya. Ringkas sahaja sambutan hari raya kami tapi cukup bermakna.

Hari raya pertama, cuma ada mak, bapak dan saya sahaja di rumah. Adik-beradik saya semuanya beraya di rumah mertua masing-masing. Selepas solat sunat Aidilfitri di majid, saya ikut mak dan bapak ke Open House di Surau, dan kemudian ke dua buah rumah jiran yang berdekatan. Pulang daripada beraya, saya menyediakan dua biji kek, Cream Cheese Cake dan Red Velvet Cake sementara menunggu saudara mara datang beraya.


Cream Cheese Cake.

Red Velvet Cake.


Selain kek, menu utama hari raya pertama adalah lemang, rendang pedas ayam dan rendang paru. Lemang untuk Hari Raya pertama kami beli yang dah siap dibakar. Harga sebatang lemang adalah RM12.00. Ini kali pertama kali beli lemang yang dah siap. Selalunya kami akan bakar lemang atau rebus ketupat sehari sebelum Hari Raya.


Hari raya ke-dua, kami rebus ketupat pulut. Ketupat dimakan bersama kuah kacang dan kuah lodeh. Kami beli daun ketupat yang telah siap dianyam, harganya 50sen sebiji. Agak mahal berbanding daun palas yang belum dianyam, tapi beli yang dah siap dianyam lebih menjimatkan masa. 



Ketupat Pulut


Hari raya ke-tiga adalah hari raya yang paling sibuk dan paling happening. Hari ini kami bakar lemang pulut dan lemang tepung. Harga buluh lemang yang dah siap diisi daun pisang adalah RM 2.00.

Bagi saya, lemang home-made ni adalah yang terbaik yang pernah saya makan. Dulu bapak adalah chief chef, tapi sekarang ni, jawatan chief chef dipegang oleh abang long. Kalau dia ada, baru la boleh bakar lemang.



Lemang Buluh


Selain lemang, kami juga buat ayam bakar dan sup tulang. Selain itu, dessertnya ialah kek batik dan halwa buah kantor. Rasanya bukan semua tempat ada buah kantor. Di Kuala Kangsar, buah kantor cuma ada di jual di pasar semasa bulan puasa je.



Halwa Buah Kantor


Hari Raya ke-empat, menu utama adalah laksa Pak Nyah. Manakala Hari Raya ke-lima, menu utama adalah Spaghetti Bolongnesse dan Keow Teow Doli.


Photobucket