Khamis, 15 Ogos 2013

Cerita Raya: Rombongan Raya Kelas 3C2



Inilah geng murid-murid 3C2 yang datang beraya ke rumah saya. 
Walaupun saya tak mengajar mereka tahun ni, tapi mereka tetap ingat kat saya. 
Terharunya...(^___^)




Untuk mereka, saya hidangkan makaroni bakar. Ala-ala Itali kononnya. 
Habis sehingga menjilat jari. Sampai saya hidangkan semangkuk lagi.
Sedap la kot. (^__^)


Percaya atau tidak, walaupun Kuala Kangsar ni bukan la pekan yang kecil, malah ada Pizza Hut dan Secret Recipe tapi masih ada murid yang tak pernah makan pasta. Sesetengah, tak pernah pun dengar pun spageti dan makaroni. Mereka cuma tahu makan nasi, cendol dan laksa je. Sebab tu, kalau murid-murid saya datang beraya ke rumah, menu wajib saya adalah spageti atau makaroni. Murid-murid 'cop' saya cuma reti masak pasta je.





Photobucket