Ahad, 11 Ogos 2013

Permohonan Ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) 2014 Bagi Pelajar Tingkatan 3 2013

Permohonan Kemasukan Putera Baru ke Maktab Tentera DiRaja (MTD) Tingkatan 4 2014 dibuka sehingga 30 September 2013.



Syarat Am

  • Pelajar lelaki Tingkatan Tiga Tahun 2013.
  • Warganegara Malaysia.

Syarat Fizikal

  • Lelaki.
  • Tinggi minimum: 152 cm.
  • Berat minimum: 40.5 kg.
  • Body Mass Index (BMI): 18 sehingga 27.
  • Ukuran dada 74 cm (biasa) dan 79 cm (tarik nafas)
  • Penglihatan:Baik dan tidak rabun warna. Jika berkaca mata hendaklah tidak melebihi 6/12.
  • Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai penyakit yang boleh memudaratkan diri jika melakukan aktiviti ketenteraan dan lasak.



Syarat Akademik

  • Berpotensi lulus cemerlang dalam PMR 2013.
  • Pelajar aktif dalam sukan, muzik, kelab, persatuan dan unit beruniform diberi keutamaan.
  • Perlu menduduki Temuduga MTD.


Temuduga MTD


  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Sel Pemilihan MTD mengenai tarikh dan tempat Temuduga MTD dijalankan selepas tapisan permohonan dibuat.
  • Tapisan permohonan akan dibuat selepas keputusan peperiksaan PMR 2013 diperolehi.


Permohonan


  • Muat turun borang permohonan BAT B 115 (Pin 3/03) daripada laman rasmi Maktab Tentera DiRaja (MTP) http://www.rmc.edu.my/PEMILIHAN_PUTERA/BORANG_2014.pdf atau
  • Mengambil sendiri borang di pejabat MTD. (Alamat seperti di bawah) atau
  • Pemohon boleh juga memohon borang permohanan melalui pos dengan menyertakan sampul surat tebal berukuran 25 sm x 36 sm beralamat sendiri dan bersetem RM 1.00 kepada alamat seperti berikut:

Sel Pemilihan, 
Pusat Pengurusan Maklumat, 
Maktab Tentera Diraja, 
Kem Sungai Besi, 
57000 Kuala Lumpur.


Borang permohanan BAT B 115 (Pin 3/03) yang telah diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di atas.


Tarikh Tutup


  • Permohonan kemasukan ke MTD Tingkatan 4 2014 ditutup pada 30 September 2013.
  • Borang permohonan yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan.
  • Sekiranya tiada jawapan sehingga 31 Disember 2013, permohonan dianggap tidak berjaya.



Untuk maklumat lanjut rujuk iklan permohonan di sini:
http://www.rmc.edu.my/PEMILIHAN_PUTERA/IKLAN_2014.pdf