Sabtu, 31 Ogos 2013

PUNCA DAN GEJALA DEMAM SELSEMA

Demam adalah satu gejala dan bukannya penyakit. Apabila suhu badan seseorang meningkat dengan tinggi, mereka dikatakan demam. Demam boleh merupakan gejala kepada:

  • Jangkitan bakteria, virus, rikettsiae, fungus, parasit.
  • Penyakit autoimun: Contohnya demam reumatik vaskulitis, artritis reumatoid dewasa, eritematosus lupus sistemik (SLE – systemic lupus erythematosus).
  • Penyakit sistem saraf pusat: Contohnya kecederaan kepala, kecederaan tulang belakang dan pendarahan serebrum (bahagian otak utama).
  • Penyakit neoplastik malignan seperti metastasis tumor ke hati, neoplasma primer (contoh: kolon dan rektum, hati, buah pinggang).
  • Penyakit dalam darah seperti limfoma, leukemia, anemia hemolisis.
  • Penyakit kardiovaskular seperti jangkitan miokardium, embolisme pulmonari.
  • Penyakit gastrousus seperti hati bernanah/inflamasi, hepatitis alkoholik, penyakit keradangan usus.
  • Penyakit endokrin seperti hipertiroidisme, feokromositoma.
  • Penyakit yang disebabkan oleh agen kimia seperti tindak balas ubat (Quinidine, Nifedipine, Penisilin-G, Ampisilin, Vancomycin, Bleomycin, Carbamazepine) dan hipertermia malignan disebabkan pembiusan.
  • Penyakit-penyakit lain seperti kecederaan pada tisu, hematoma, demam Mediterranean keluarga.


Demam selsema
Viris Selsema


Demam selsema adalah demam yang paling biasa dihadapi. Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus.

Simptom Demam Selsema

  • Tekak yang kering atau sakit pada peringkat awal.
  • Hidung berair-hingus berair dan jernih kemudian ia mula pekat.
  • Hidung tersumbat (Bayi mungkin sukar untuk menghisap susu disebabkan hidungnya tersumbat)
  • Bersin (usaha badan untuk melapangkan saluran rongga hidung)
  • Batuk (berkahak atau tidak)
  • Suara parau(virus selesema menyebabkan korda vokal (peti suara) membengkak)
  • Mata rasa kepanasan sedikit
  • Hilang deria bau dan rasa.
  • Terasa seperti sinus atau telinga penuh dengan tekanan.
  • Demam.
  • Sakit-sakit badan.

Purata jangka masa gejala demam selsema adalah 7 hari. Lebih kurang seperempat dari keseluruhan demam selsema dan gejala-gejalanya mungkin berterusan selama dua minggu.




Photobucket