Isnin, 12 Ogos 2013

TIPS MELIHAT HUJAN METEOR MALAM INI (12/8/2013)

Malaysia bakal menyaksikan fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus pada malam Isnin sehingga subuh pada Selasa. Pancuran meteor Perseid ini adalah antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang.


Beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:


  1. Cari kawasan lapang yang gelap ( jauh daripada lampu-lampu kota) supaya kita  boleh menyaksikan meteor dengan terang.
  2. Waktu pemerhatian daripada 11.00 malam hingga 1.00 pagi (paling terang) dan sehingga subuh.
  3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.
  4. Duduk memandang arah selatan hingga ke timur laut.
  5. Berdoa agar langit di lokasi anda cerah dan tidak mendung.

.




Photobucket