Sabtu, 21 September 2013

Kebaikan Jus Tomato



Pernah tak minum jus tomato? Kalau belum, cubalah sekali. Pasti nak lagi. Selalunya kita makan tomato bersama-sama dengan sayur campur, tapi kita tak sedar apabila tomato dimasak, banyak vitamin yang musnah akibat haba. Jika kita minum jus tomato, buahnya masih segar, vitamin tidak musnah dan secara tidak langsung banyak khasiat tomato yang akan kita perolehi. Rasa jus tomato ni, tidak masam macam sos tomato. Ia sangat menyegarkan, terutamanya jika kita minum pada hari yang panas.

Kebaikan jus tomato

Menyembuhkan penyakit paru-paru
Jus tomato segar adalah penyembuh semulajadi dari dalam, termasuk meredakan penyakit paru-paru, bronkitis, dan batuk kering (tibi).

Kaya antioksidan
Tomato mengandung lycopene, salah satu jenis antioksidan yang menpunyai khasiat bagi melindungi kulit dari sinar UV matahari, sel tubuh, dan organ penting.

Melancarkan sistem pencernaan
Sebelum makan, seelok eloknya jika jus tomato diminum sebagai makanan pembuka. Fungsinya adalah untuk melancarkan pencernaan

Sumber nutrisi untuk bayi
Vitamin C dan kalium yang terkandung dalam jus tomato sangat baik bagi ibu hamil sebab mereka dapat menyalurkan nutrisi yang penting bayi dalam kandungan

Melawan penyakit kanser
Lycopene juga memiliki kemampuan untuk melindungi DNA dalam sel darah putih, sehingga sistem imun menjadi lebih kuat untuk melawan kanker.

Memberikan tenaga
Kandungan kalium dalam jus tomato boleh mengatasi rasa letih dan lesu. Setelah bersukan, meminum jus tomato sangat dianjurkan jika ingin mendapatkan tenaga dengan cepat.

Mencegah penyakit jantung dari berulang
Kajian mendapati lycopene dalam jus tomato mampu mencegah penyakit jantung dari berulang, pesakit tersebut disarankan minum jus tomato secara teratur.

Baik bagi pengidap kencing manis
Menurut sebuah kajian, jus tomato sangat mujarab dalam melancarkan pembuluh darah. Jus tomato ini sangat baik jika diminum oleh pengidap kencing manis.

Mencegah sembelit
Jus tomato yang dicampur dengan jus bayam bukan sahaja menyehatkan hati, tetapi juga mujarab bagi mencegah sembelit.


Resipi jus tomato

3 biji tomato
2 batang seleri
1/2 timun
2 gelas air
3 sudu gula (ikut citarasa anda)

Cara membuatnya:

1. Satukan semua bahan kecuali ais dalan blender.
2. Kisar hingga hancur.
3. Tuangkan dalam gelas dan hidangkan dengan ais.

p/s:
Boleh gantikan seleri dan timun dengan lemon atau limau nipis.
Boleh juga ditambahkan dengan sedikit susu pekat.



Sumber maklumat: Majalah Mag for Women.



Photobucket