Isnin, 2 September 2013

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Tahun 2013

Bagi memupuk semangat patriotik dikalangan murid dan generasi muda, sambutan kemerdekaan diadakan secara besar-besaran dan gilang-gemilang. Begitu juga disekolah saya. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan. Antara yang paling menarik adalah Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Majlis Kemuncak Bulan Kemerdekaan. 

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan diadakan pada perhimpunan rasmi hari Isnin. Tapi, semasa perhimpunan tersebut, aturcara majlisnya dibuat berbeza berbanding perhimpunan rasmi mingguan. Susunan guru dan murid juga diatur secara berbeza untuk memeriahkan majlis pelancaran.

Majlis bermula dengan ketibaan Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan ke tapak perhimpunan. Diikuti dengan perarakan masuk pasukan pancaragam dan pemegang bendera ke tapak perhimpunan. Pasukan pancaragam memainkan lagu Inilah Barisan Kita. Majlis diteruskan dengan gimik silat, aturcara mengkibarkan Jalur Gemilang, nyayian lagu Negaraku, persembahan pelajar dan guru praktikal. Kemudian, majlis diteruskan degan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua dan gimik perasmian. Majlis berakhir dengan nyayian lagu Jalur Gemilang.



.
Perarakan masuk bendera Malaysia dan bendera 14 buah negeri.
Pasukan pancaragam memainan lagu Inilah Barisan Kita



Video pasukan pacaragam memainkan lagu
Inilah Barisan Kita

 Kawad hormat oleh PKBM.
Dituruti dengan penyerahan Jalur Gemilang kepada Tuan Pengetua.

Gimik Sebelum Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
Sorakkan kuat daripada murid-murid.
Teruja sangat mereka tengok orang bersilat.


Nyayian lagu NegaraKu.
Semasa lagu NegaraKu dinyayikan, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Jadi, semua bendera berkitar dengan gahnya. Cantik sangat.

Sebelum majlis tamat, pelajar menyayikan lagu Jalur Gemilang.



Photobucket