Rabu, 4 September 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau High Order Thinking Skills(HOTs) adalah satu agenda penting negara yang mesti diterap dalam kalangan murid dan guru. Selaras dengan dasar Tranformasi Pendidikan Negara, transformasi pentaksiran dilaksanakan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang KBAT, Bahagian Pembangunan Guru dengan kerjasama RESCAM menjalankan Program Latihan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi untuk Jurulatih Utama Sains dan Matematik. Kursus ini dijalankan selama 3 minggu, dari 2 September hingga 20 September bersamaan dengan 30 contact-hours. Ia melibatkan 195 peserta, iaitu seorang guru bagi setiap daerah seluruh Malaysia, pensyarah IPG dan pensyarah IPTA.

Salah seorang dari pesertanya adalah....saya!!!! Kebanyakkan adalah guru-guru senior. Ramai juga guru cemerlang.Cuma beberapa orang je kot muka-muka DG41. Tapi seronok bekerja dengan senior, banyak pengalaman, banyak ilmu. Bersama dengan mereka, terasa diri ni sangat kerdil...





Sepanjang berkursus kami tinggal di International House RECSAM. Macam hotel la jugak tempatnya. Bilik luas dan ada kemudahan wifi, swimming pool, serta sauna. Antara goodies yang dapat semasa pendaftaran adalah ring fail, beg, kotak pencil, alat tulis, buku nota dan termos.




Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan A di Thailand Room manakala Kumpulan B di Penang Room. Disebabkan saya sampai lewat, iaitu semasa slot sedang berlangsung (saya sampai hari ke-2) saya masuk ke kumpulan A dahulu. Selepas pendaftaran, saya diminta masuk ke kumpulan B.

Ini adalah Thailand Room, untuk Kumpulan A. Pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia sedang membentangkan mengenai item KBAT.



Ini pula adalah Penang Room, tempat saya bersama kumpulan B jalankan aktiviti kursus. Kursus KBAK ni, bukan sekadar mendengar taklimat, banyak aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan langsung. So far, seronok, tak sempat nak mengantuk. Cuma otak je penat, dipaksa banyak berfikir. Tapi, normal la, kalau berkursus, memang banyak berfikir sebab banyak input baru.



Salah satu aktiviti yang dijalankan pada hari ke-2 adalah merancang satu eksperimen/aktiviti daripada bahan yang diberikan. Kemudian, berdasarkan eksperimen itu peserta dikehendaki membina item berdasarkan Revised Taxonomy Bloom.




Menarik ke tak kursus ni? Kursus tiga minggu. Kemudian, ditauliahkan sebagai JU KBAK Sains. Apabila pulang, kena sampaikan kursus di daerah masing-masing selama 5 hari kepada Pengetua dan Ketua Panitia.





Photobucket