Ahad, 22 September 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: MINGGU 1

Pada hari pertama Kursus KBAT, kehadiran peserta masih lagi tidak penuh. Saya pun masih lagi tak sampai pada hari pertama disebabkan hal-hal tertentu yang tak boleh dielakkan. Daripada khabar angin yang tak boleh saya pastikan, sebenarnya kursus ini telah dirancang diadakan pada bulan Mac tapi ditangguhkan disebabkan tiada peruntukkan kewangan. Kusrus ini dijalankan sebaik sahaja bujet Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) diluluskan oleh kabinet. Kos untuk kursus ini adalah RM1.1juta

Setiap peserta yang menghadiri kursus ini, tak kira la sampai awal atau lambat, dikehendaki menjawab soalan Pra-ujian untuk menilai pengetahuan sedia ada peserta tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Pada minggu pertama, empat slot utama adalah:
  • Falsafah, prinsip dan isu KBAT
  • Pembinaan Item KBAT
  • Questioning For Thinking (Taksonomi Bloom vs Taksonomi Anderson)
  • Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE)



Slot pembinaan Item KBAT di sampaikan oleh pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia. Lima ciri utama item KBAT adalah item tidak berulang, situasi sebenar dalam kehidupan harian, konteks bukan lazim, mempunyai kata tugas dan menggunakan stimulus secara ekstensif. (wajib ingat selalu!)



Slot berikutnya, Questioning for Thinking di sampaikan oleh Mr Lee Shok Mee daripada RECSAM. Kami dibimbing untuk membina soalan berdasarkan Taksonomi Aderson. Taksonomi Aderson sebenarnya adalah Taksonomi Bloom yang diubahsuai. Terdapat enam aras soalan yang memekarkan pemikiran iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan merekacipta. Soalan aras mengaplikasi hingga mencipta dianggap sebagai soalan KBAT. (wajib ingat jugak!)



Slot ketiga, iaitu pada hari Rabu hingga Jumaat adalah slot Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (IBSE). Slot ini disampaikan oleh Mr Marmon dari RECSAM. Mr Marmon berasal daripada Filipina. Jadi, kami terpaksa berbahasa Inggeris 100%. Tedapat empat tahap IBSE iaitu confirmatory inquiry, guided inquiry, structured inquiry dan open inquiry. (ingat ni...)  Inkuri adalah suatu proses penemuan yang melibatkan pertanyaan soalan, penyelidikan tentang sesuatu fenomena dan kognitif. Sekiranya kita menjalankan aktiviti atau eksperimen sains, sebenarnya kita menggunakan pendekatan IBSE.




Photobucket