Selasa, 24 September 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: MINGGU 2

Minggu kedua kursus KBAT (9-14 September 2013), tugasan makin mencabar minda dan memerlukan kami berfikir pada aras yang lebih tinggi. Terdapat empat slot utama iaitu:
  • Pendekatan Sosio-saintifik
  • T-Map
  • Pembinaan Item Mirip TIMSS dan PISA
  • Persediaan Lesson Study Try-out


Pendekatan sosio-saintifik adalah satu satu teknik PdP yang mengaitkan sains dengan isu-isu semasa seperti media komunikasi, kesihatan, persekitaran, perubahan genetik dan sebagainya.  Slot sosio-saintifik disampaikan oleh pegawai RECSAM yang juga berasal daripada Filipina, Mr Don. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyatakan kebaikan dan keburukan sesuatu alatan dan membuat RPH yang menggunakan pendekatan sosio-saintifik.



Berikutnya slot Pendekatan T-Map (iThink) yang disampaikan oleh dua orang Jurulatih utama Kebangsaan. T-Map bermaksud thinking map@peta pemikiran. Peta pemikiran dan peta minda adalah dua bentuk nota visual yang berbeza. Peta pemikiran mempuyai enam jenis sahaja dan setiap jenis mempunyai format-format tertentu. Dalam slot ini, kami diajar untuk buat keenam-enam jenis peta pemikiran. Kemudian, seperti biasa,, buat RPH berdasarkan pendekatan T-Map.



Akhirnya, dihujung minggu ke dua, baru la kami didedahkan TIMMS dan PISA.Slot ini disampaikan oleh mantan pegawai RECSAM Beliau sekarang menjadi pensyarah di IPG Ipoh. Selepas mendengar penerangan tentang TIMSS dan PISA, kami pun buat la soalan mirip TIMSS dan PISA.



Akhirnya, hari Sabtu pun tiba. Hari Sabtu, beberapa orang volunteer hadir untuk menyediakan kertas konsep dan arahan online task kepada Ketua Panitia yang bakal mengikuti Program Latihan KBAT.



Photobucket