Ahad, 29 September 2013

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: MINGGU KETIGA

Kursus KBAT Sains di Recsam, Penang dah seminggu berlalu. Mulai esok, beberapa negeri akan menjalankan Kursus KBAT Sains peringkat negeri dan daerah. Saya tak pasti lagi bila kursus KBAT untuk negeri Perak. Masih menunggu surat daripada JPN Perak. Kemungkinan besar, JPN Perak akan mengadakan kursus KBAT Sains dan KBAT Matematik serentak.

Sebelum saya menyimpan memori di Recsam sekemas-kemasnya dalam peti ingatan, saya abadikan beberapa gambar kenangan di minggu terakhir kursus KBAT.


 Ini adalah Dr. Kouy. Penyelaras Program Latihan KBAT Sains.


Ini pula adalah Cikgu Ismi, Penghulu Kumpulan B. Mewakili negeri Kedah.


 
Ini pula, teman-teman seperjuangan, B03.
Gabungan negeri Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Pahang.
Sebenarnya kumpulan kami berlima.
Seorang lagi hilang semasa kami tangkap gambar.


Kenangan semasa buat Lesson Study di salah sebuah sekolah di Penang.


Antara murid-murid yang terlibat dengan Lesson Study tersebut.
Terlupa pulak nama sekolahnya..SMK Tengku Perempuan....errr..sori!

Majlis Penutup. Dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG).
Banyak amanat yang disampaian oleh beliau.


Gambar kenangan pada hari akhir di RECSAM.
Tamat sudah kursus 3 minggu. Horreyyy!


Inilah gambar semua peserta Program Latihan KBAT Sains 2013.
Gambar diambil dari FB Recsam.
(^__^)



Photobucket