Isnin, 30 September 2013

Ujian Kompetensi ICT Guru- http://ict-kpm.azurewebsites.net

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Mircosoft menjalankan Soal Selidik (or ujian???) Kompetensi ICT. Ujian ini WAJIB dijawab oleh semua guru. Capaian soal selidik tersebut adalah seperti di bawah:


Tarikh guru-guru menjawab soal selidik ini telah ditetapkan berdasarkan negeri.
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka (saya dah siap!)
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor

Bagi menjawab soal selidik ini, guru-guru harus login Sistem Analisa Kompetensi menggunakan nombor kad pengenalan.
 



30 soalan yang perlu dijawab dalam masa 40 minit. Jadi, kalau dah mula menjawab, kena habiskan. Tak boleh tangguh-tangguh. Soalannya, bagi saya, ok-la. Cuma agak konfius sedikit, sebab selalunya guna komputer tanpa mempedulikan terms/istilah yang digunakan. Tapi, set soalan berbeza setiap individu.

Cuma masalahnya, kalau internet slow, sistem ni bertambahlah slow. Nak jawab di sekolah, wifi slow, jawab di rumah, broadband saya pun slow. So, masa untuk saya jawab ujian ini, 29 minit.




Kepada guru-guru yang belum menjawab soal selidik ini, selamat menjawab. Keep it easy, Dont worry-worry. Boleh tanya pak cik Google kalau tak tahu jawapan. Ataupun, bincang jawapan dengan kawan-kawan.



Photobucket

0 ulasan:

Catat Ulasan