Rabu, 9 Oktober 2013

Apakah Disebalik Kesedihan Ini?



Kemarin, saya ke Ipoh menghadiri meeting,
pulang dari meeting, tayar kereta Inspira pancit ditengah-tengah bandar Ipoh.
Tapi saya tak sedar tayar kereta pancit.
Saya drive macam biasa.
Cuma, bila dah banyak sangat kereta hon, baru la saya berhenti di tepi jalan.
Tengok-tengok, tayar belakang dah pancit.
Saya blurr, tak tahu nak buat ape.

Saya teruskan perjalanan, dengan hati yang berdebar seribu.
rase macam nak nangis, mcm nak terbang pulang ke rumah terus.
Dalam berdebar seribu, saya call bapak,
bapak suruh berhenti segera, bahaya.
Kena tukar tayar yang pecah tu segera
tapi saya tak tahu tukar tanya spare,
nak minta tolong sape,
nak tukar kat mana.
Saya teruskan memandu,
dan singgah di Pejabat SPR, Bangunan Persekutuan,
nasib baik pak gaurd dan staff di situ baik hati,
tolong tukarkan tayar spare.
terima kasih banyak-banyak,

Hari ni, saya bawa kereta Myvi ke sekolah,
Tapi masih lagi takut-takut.
Risau je nak memandu,
sebab risau tayar kereta pecah lagi.
sebelum naik kereta, saya intai empat-empat tayar
make sure, tiada tayar yang pancit.

Kereta Inspira ditidurkan sementara.
Sepatutnya kena bawa workshop,
tukar tayar spare pada tayar baru, atau tampal tayar lama.
Tapi saya takut nak pergi workshop sorang-sorang.
Nak ajak kawan teman, hari ni kami balik lewat.
saya penat, mereka pun penat.
Harap esok dapat la tukar kepada tayar baru.

Tapi saya bersyukur, Allah lindungi saya.
walaupun saya tak sedar tayar pancit,
tapi tiada kemalangan yang berlaku.
dan Allah temukan saya dengan orang yang baik-baik untuk menolong saya.
Alhamdulillah.

Kadang-kadang di saat sukar seperti ini,
saya harap sangat dapat meluahkan perasaan kepada si dia,
tapi di manakah si dia,
harap sangat si dia dapat muncul dalam hidup saya.
saya harap sangat dapat berpasangan seperti orang lain.

Minggu ini,
dengan mak dah seminggu di hospital,
tayar kereta pancit,
kerja di sekolah yang menggunung,
silibus yang tak habis lagi,
murid yang tiada mood untuk SPM,
dan kerisauan nak sampaikan kursus pada pengetua-pengetua,
duduk di rumah seorang diri, saya menanggis.
satu kerja pun jadi.

Ya Allah, jadikan aku hambamu yang tabah.
Ya Allah, mudahkan setiap urusanku.
Ya Allah, temukan aku dengan seorang jodoh yang soleh.
Ya Allah, sembuhkanlah sakit ibuku.
Aminnnn...


Photobucket