Sabtu, 26 Oktober 2013

KURSUS KBAT SAINS DAERAH KUALA KANGSAR

Kesinambungan daripada Kursus Kemahiran Berfikir untuk JU Sains di RECSAM, Pulau Pinang pada 2-20 September 2013, minggu ini saya dan rakan JU daripada SMK Pengkalan Hulu berkampung di Dewan Tun Suffian, SMK Clifford selama seminggu daripada 22-26 Oktober 2013 untuk menyampaikan Kursus KBAT Sains Tingkatan 1,2 dan 3. Kursus ini dihadiri oleh Pengetua, Wakil Pengetua dan Ketua Panitia dari 22 buah sekolah di daerah Kuala Kangsar.

Hari pertama, slot pertama dan kedua, keadaan dewan masih lagi tersusun atur dengan cantik. Kami menyampaikan maklumat mengenai KBAT dan Tenik-teknik Penyoalan.


Tapi, untuk slot-slot yang berikutnya, para peserta dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk membuat tugasan-tugasan yang diberikan.




 
Ini adalah salah satu contoh tugasan yang dibuat oleh peserta kursus. Kebanyakkan tugasan dibuat dalam MS Word dan dihantar ke Google Drive. Tapi untuk tugasan T-map, kami gunakan kertas mahjung. Cikgu-cikgu ni sangat kreatif. Ramai yang melukis (fakta visual) dalam T-map. Bravo!


Hari ke-empat, kami bergerak ke Makmal Kimia untuk membandingkan empat tahap PdP mengunakan teknik IBSE. Sangat best...sampai saya rasa berasa dalam perdebatan parlimen!


Hari ini, hari ke-lima iaitu hari terakhir kursus KBAT. Saya harap semua peserta berpuas hati dengan pengendalian kursus ini dan maklumat yang kami sampai. Bagi saya yang baru setahun jagung, banyak sangat yang saya pelajari daripada peserta Kursus KBAT dan pengalaman sebagai JU banyak mengajar saya untuk menjadi lebih berani dan lebih yakin dengan diri sendiri.

 Harap dapat berjumpa lagi di masa akan datang.



Baca:
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: MINGGU 2
PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI: MINGGU KETIGA




Photobucket