Selasa, 1 Oktober 2013

Makanan tingkatkan daya ingatan

Menurut kajian American Dietetic Association( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan




1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum dua sudu teh pada waktu pagi dan malam bersama dengan air suam.


2. Telur
Telu mengandungi  protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.


3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir.


4. Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.


5. Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.


disunting dari Yahoo News Malaysia



Photobucket