Rabu, 30 Oktober 2013

Program iThink Di Seluruh Malaysia Tahun 2014

Program i-THINK merupakan projek bersama oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM). Pelancaran program rintis i-THINK telah pun dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 13 Mac 2012 di bangunan Parlimen dan 10 buah sekolah telah terpilih dalam projek rintis i-THINK. Program i-THINK akan diperluaskan ke 500 buah sekolah di Malaysia pada tahun 2013 dan semua sekolah pada tahun 2014.

10 buah sekolah rintis di Malaysia: 1. SK. Kiaramas - WP Kuala Lumpur 2. SK. Paya Pulai - Pahang 3. SK. Pusat Bukit Besar - Terengganu 4. SK. Tan Sri Datuk Hj. Mohamad - Sarawak 5. SJKT Port Dickson - Negeri Sembilan 6. SJKC Wen Hua, Batu Berendam - Melaka 7. SMK. Tun Hussien Onn - Pulau Pinang 8. SMK. Convent Muar - Johor 9. SMK Gaal - Kelantan 10. SMK. Kota Merudu - Sabah







Melalui Program i-THINK, 8 PETA PEMIKIRAN yang diperkenalkan dengan tujuan dan objektif yang berbeza di samping proses pemikiran masing-masing dapat diaplikasikan dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut topik yang bersesuaian dengan Peta Pemikiran yang dipilih.

Terdapat lapan jenis gaya badan yang mewakili lapan jenis peta pemikiran. Gaya badan ini penting untuk diingati oleh murid-murid agar mereka dapat membuat peta pemikiran yang betul.




Photobucket