Sabtu, 30 November 2013

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari



Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.



Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.



Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.



Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.



Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat.
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan.




Jom dapatkannya sekarang...

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.





Photobucket

SEMAKAN KEPUTUSAN PMR 2013

Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah suatu penilaian akademik terhadap murid Tingkatan 3. Pada tahun 2013, PMR dijalankan pada 2 Oktober 2013 hingga 9 Oktober 2013. Tahun ini adalah tahun terakhir PMR. Mulai tahun depan, PMR akan digantikan dengan PBSMR.


Bagi calon Islam, mereka akan mengambil sekurang-kurangnya lapan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam. Bagi calon bukan Islam pula, mereka tidak mengambil kertas Pendidikan Islam.


Selain daripada lapan mata pelajaran tersebut, calon boleh mengambil mata pelajaran tambahan seperti Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjadi, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.



Keputusan PMR 2013 akan keluar pada
19 Disember 2013
Semakan online

  1. Login ke Sistem Analisis Peperiksaan  http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan atau Sijil Lahir
  3. Klik pada ruangan yang di sediakan pada "SEKOLAH MENENGAH"
  4. Masukkan tahun peperikasaan (2013)
  5. Klik pada butang " Semak Laporan"

Semakan SMS


PMR (ruang) Nombor Kad Pengenalan (ruang) Nombor Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh: PMR 980101081234 JF001A026 hantar ke 15888.

Semakan SMS bermula pada jam 10 pagi.


Kepada semua calon PMR, taniah dan selamat maju jaya.



Photobucket

PBS SAINS TINGKATAN 3



Dokumen Standard Prestasi (DSP)
Sains Tingkatan 3 edisi Julai 2013

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Dengan Pemetaan DSP
Sains Tingkatan 3
II klik di sini II

Taksiran Band
Sains Tingkatan 3

DSP Mengikut Topik
Sains Tingkatan 3

Contoh Borang Transit PBS Tingkatan 3

Contoh Senarai Semak Evidens PBS Tingkatan 3

Contoh Instrumen PBS Sains Tingkatan3
Hasil gabungan cikguIIcikgu Negeri Perak Tahun 2013
II klik di sini II

Senarai Evidens Band 6 PBS Sains Tingkatan 3
II klik di sini II



Lembaga Peperiksaan tidak membenarkan soalan PBS setara.
Silalah edit instrumen mengikut kesesuaian murid cikgu.



Photobucket

DSP Sains Tingkatan 3



Dokumen Standard Prestasi (DSP) dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir dan melapor penguasaan murid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam Dokumen Kurikulum.


Dokumen Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM. Dokumen ini mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses PdP.






Berikut adalah Dokumen Standard Prestasi Sains Tingkatan 3. DSP ini adalah yang terkini, iaitu dikemaskini pada 1 Julai 2013.


DSP Sains Ting 3 Format PDF [klik di sini]
DSP Sains Ting 3 Format MS Word [klik di sini]



Selamat berPBS!


Photobucket

Warna-warna Lemak dalam Tubuh Manusia

Percaya atau tidak, setiap orang mempunyai lemak di dalam tubuh mereka. Lemak ini mempunyai banyak fungsi seperti melindungi tubuh daripada suhu yang sangat panas atau dingin, melindungi organ dalaman dan sendi-sendi, pelarut vitamin A, D, E, dan K dan mengawal metabolisma melalui  penghasilan hormon. Dengan memiliki lemak tubuh dalam kadar yang sihat, kita dapat menghindarkan diri dari penyakit kronik. Lemak juga digunakan sebagai sumber tenaga jika karbohidrat dan protein dalam tubuh berkurangan.


Jadi, apakah warna lemak dalam tubuh manusia? Kalau lemak ayam, warnanya keputihan. Begitu juga dengan lemak ikan dan lembu. Lemak manusia pun berwarna putih, tetapi terdapat juga lemak yang berwarna coklat dan kuning cair.


Lemak berwarna putih
Lemak berwarna putih merangkumi lebih 90% lemak dalam badan. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu unit simpanan untuk kalori tambahan. Protein dan karbohidrat yang berlebihan ditukarkan kepada lemak ini dan disimpan di bawah kulit. Lemak ini sukar untuk dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba.


Lemak berwarna coklat
Lemak berwarna coklat adalah lebih gelap disebabkan kaya dengan bekalan darah dan boleh membakar kalori untuk menghasilkan tenaga dan haba dengan lebih mudah berbanding lemak berwarna putih. Walaubagaimanapun, manusia mempunyai peratus lemak coklat yang sedikit. Secara teorinya, Kanak-kanak mempunyai lemak coklat yang lebih banyak daripada dewasa, manakala orang dewasa kurus yang kurus mempunyai lemak coklat yang lebih banyak berbanding orang dewasa yang gemuk.


Lemak berwarna kuning cair
Jenis lemak ketiga ialah lemak kuning cair yang mempunyai fungsi sangat menarik. Mengapa? Ini kerana penyelidik sedang mencari jalan untuk mengalihkan sel-sel lemak putih menjadi metabolisme yang lebih aktif melalui pemakanan dan senaman atau makanan tambahan. Malah, terdapat kajian awal bahawa hormon tertentu yang diaktifkan oleh senaman dan makanan seperti rumpai laut, coklat dan akar likuoris boleh menukar sel-sel lemak putih kepada lemak kuning.



Photobucket

Khamis, 28 November 2013

Sekolah Agama Dalam Penjara

Kita telah mendengar tentang sekolah dalam hospital, tapi pernahkah kita dengar sekolah agama dalam penjara? Jika para banduan diberikan didikan agama, InsyaAllah, mereka tidak akan mengulangi kesalahan lampau dan menjadi insan yang lebih baik daripada dulu.

Sultan Johor melawat kelas hafazan Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah  - Foto Hairul Anuar Abd Rahim, Utusan Online

Kompleks Penjara Kluang di Johor telah membina sebuah sekolah agama di dalam penjara. Sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah. Sekolah ini adalah sekolah agama pertama di Malaysia yang dibina di dalam penjara dan ia dirasmikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 28 November 2013. Para banduan boleh belajar agama secara lebih formal di sekolah tersebut.


Pada pendapat saya, penubuhan sekolah agama ini memang wajar dan sebaik-baiknya setiap penjara mempunyai sekolah agama.  Kehadiran ustaz dan ustazah dapat membimbing banduan ke pangkal jalan. Malah ia dapat mengisi masa lapang para bantuan di dalam penjara.




Photobucket

PBSMR: Empat Subjek Sahaja Melibatkan Ujian Bertulis


 KUALA LUMPUR 1 Okt 2013 - Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.

Penilaian tersebut akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

Menurut sumber, perkara tersebut akan diterangkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun ini.


Pelaksanaan dan peperiksaan akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang bertindak sebagai pemerhati.

Peperiksaan itu hanya melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Walaubagaimanapun, mata pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.




Photobucket

Rabu, 27 November 2013

Model Sistem Pencernaan




Klik untuk Gambar Besar


Photobucket

48 jam Ulangkaji Sains Sebelum SPM

Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran Sains telah pun berlalu pada 25 November 2013. Saya bersyukur, sebab murid-murid cakap soalannya tak terlampau susah, tak telampau senang. Saya berdoa agar mereka mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya sebenarnya sangat risau dengan kumpulan tingkatan 5 tahun ini. Bayangkanlah, 5 minggu saya tinggalkan mereka selepas trial SPM untuk Kursus KBAT Sains. Pada kebiasaannya selepas SPM cikgu-cikgu akan bagi bincang latih tubi soalan percubaan negeri lain dan soalan tahun-tahun lepas sebagai persiapan SPM, tapi mereka terpaksa studi sendiri. Dan saya tak berapa percaya dengan keberkesanan mereka studi sendiri sebab mereka ni jenis yang bergantung kepada guru. hmmm...kalau ada guru di depan, mereka buat keje, kalau tiada guru, biasanya sembang...biasa la kot, boys school, the students relax and cool saja. Cikgu yang cuak dan risau melebihi murid.

Sebelum paper Sains, ada selang 4 hari, Khamis hingga Ahad. So, saya ambil peluang ini untuk menemani mereka untuk studi Sains. Pada hari Jumaat dan Sabtu, dari pagi hingga ke malam saya buat kelas tambahan untuk mereka. PecutanTerakhir la katakan. Setiap hari ada tiga slot, slot pagi, slot tengah hari dan slot malam. Kehadiran tak penuh, bersilih ganti (sedih la jugak) tapi boleh la. Saya tak wajibkan semua murid datang, sebab pada saat-saat akhir seperti ini, ada pelajar yang lebih selesa untuk studi sendiri di rumah.


Disebabkan kehadiran sedikit, saya pun bermurah hati untuk belanja mereka KFC. Sebenarnya mereka request Pizza Hut atau Secret Recipe, tapi saya tak layan. Cukup la KFC, tak payah la jadi pisau cukur...hehehe. Saya belanja mereka sebagai tanda menghargai ketekunan mereka belajar Sains...serius, sepanjang saya buat kelas tambahan kali ini, mereka betul-betul fokus, dan memang 100% nak belajar. Tak pernah saya tengok perangai mereka seperti ini sebelum-sebelum ini. TERBAEK!


Ini gambar kenangan selepas slot petang pada hari Sabtu. Mereka bergambar berlatar belakang dinding kelas mereka. Kalau nak tahu, semua murid 5PP bangga sangat dengan dinding ini. Cantik dan unik kan. Saya pun bangga dan suka dengan dinding ini. Jarang dapat kumpulan murid yang volunteer untuk buat mural dalam kelas.

Sebagai rakaman peristiwa dan kenangan saya untuk masa hadapan. murid dalam gambar dari kiri, Ikmal, Megat, Zaquan, Rusydan, Naim, Nabeel, Syafiq dan Hosin manakala yang tiada dalam gambar ialah Nazirul, Syawal, Syaezul, Iskandar, Syakir, Azan, Azrai, Luqman dan Azrin....5PP 2013.




Photobucket

Kursus KBAT Sains Gabungan Sekolah Kuala Kangsar

Rentetan daripada kursus KBAT untuk Pengetua dan Ketua Panitia, pengetua-pengetua daerah Kuala Kangsar telah bersetuju untuk menjalankan kursus KBAT Sains dan KBAT Matematik peringkat sekolah secara berkelompok. Maknanya, semua guru sains dan matematik seluruh Kuala Kangsar dikumpulkan di satu sekolah untuk kursus KBAT peringkat sekolah. SMK Clifford menjadi tuan rumah untuk KBAT Sains manakala SMK Tun Perak tuan rumah KBAT Matematik. Kursus ini berlangsung selama lima hari, sama seperti kursus untuk ketua panitia. Masanya pun sama, 8.00 pagi hingga 4.00 petang.(bak kata pegawai PPD, x boleh potong-potong)

Sebagai tuan rumah, pada mulanya Ketua Panitia dan saya risau tentang perbelanjaan jamuan dan kos fotokopi, tapi nasib baik turun dana untuk Kursus KBAT peringkat sekolah. Disebabkan kami buat secara berkelompok, urusuan L.O makanan diserahkan terus kepada PPD. Kami juga dapat claim fotokopi daripada PPD. Cuma, barang-barang untuk slot IBSE dan i-Think je kami perlu beli sendiri. So, terdapat la kutipan wang daripada setiap sekolah.

Semasa kursus ni, saya jadi gila kuasa, (hohoho...). Semua slot hari pertama dan slot hari kedua saya ambik. Kononnya JU, dah ada pengalaman bagi lecture, tapi bila tengok ramai cikgu-cikgu hadir, lebih kurang 70 orang, saya terus gemuruh. Rasa nak pengsan pula ada, rasa nak lari balik pun ada. Bayangkanlah, yang mendengar lecture saya, 90% adalah lebih senior daripada saya, seorang Guru Cemerlang JUSA C, beberapa orang Guru Cemerlang dan ada JU Kebangsaan PBS...cikgu saya zaman sekolah dulu pun ada sekali. hohohoho...semuanya muka serius. Saya pun terpaksa la serius jugak. Lebih serius berbanding semasa bagi lecture untuk pengetua-pengetua... dan untuk dua hari, saya rasa, apabila saya memegang mikrofon saya jadi orang lain. Terasa besar sangat tanggungjawab saya sebagai JU. Kalau saya tersalah, satu daerah akan tersalah ...hmmm... Saya harap, apa yang saya sampaikan adalah sama dengan harsat BPG, dan tak menyebabkan guru-guru tersalah tafsir tentang KBAT.

Hari ketiga, dan hari-hari seterusnya, slot dibahagikan mengikut sekolah. Setiap Ketua Panitia mengambil satu slot. So, saya dah tak stress. Cuma membantu bila diperlukan sahaja.So, sempat la ambil beberpa snap gambar sebagai kenangan.

Serius je cikgu-cikgu ni buat keje. Jangan la mereka stres dgn kursus ni.

Yang ni pula gambar cikgu-cikgu CSKK semasa kursus. Saya sempat ambil gambar untuk tiga hari pertama je. Sebab hari ke empat dan kelima saya tak hadir kursus sepenuhnya. Hari ke-empat saya ke Majlis Anugerah Penghargaan Guru Sains dan Matematik. Hari ke-lima pula, saya chips more, kejap ada, kejap tak ada sebab buat kelas tambahan Sains dengan 5PP.

Mereka pun buat muka serius yang amat sangat!

Walaupun saya chips more pada hari kelima, majlis penutup saya datang jugak untuk memberi summary. (saya tak prepare, time ni otak saya penuh dengan tajuk sains SPM, KBAT telah disingkirkan). Lepas tu, kami adakan sesi bergambar bersama semua guru sains. Tapi saya x ada gambar tu...sedih. Gambar yang saya ada cuma gambar bersama ketua-ketua panitia/wakil yang menjadi JU sekolah/fasilitor dalam kursus ini.



Alhamdulillah, selesai juga kusus KBAT ini. Dari bulan September hingga November, otak saya cuma memikirkan tentang KBAT sahaja. Terima kasih kepada semua yang telah membantu saya melancarkan kursus ini. Terkurang, terlebih, harap dimaafkan. Saya budak baru belajar. :)





Photobucket

Selasa, 26 November 2013

Nasihat Shaykh Muhammad Saleem Dhorat Kepada Guru





A few valuable points for the attention of teachers by Shaykh Muhammad Saleem Dhorat

1. Before beginning to teach recite
Surah Al-Ikhlās 3 times dedicating the reward to those who have contributed in your path in seeking knowledge. Ask Allāh for assistance in teaching.

2. Upon the completion of a lesson recite istighfār as you were not able to teach as you should have, as there must have been shortcomings in your teaching.

3. Students are the guests of the Prophet of Allāh صلي الله عليه وسلم, so a teacher should already be in class before the students enter so that he/she is able to greet them by saying مرحباً بكم.

4. Make du‘ā for the students and do your best in teaching them.

5. Be compassionate with the students, just like how one would be with his own child.

6. Do not pick on the weaker students. Rather, build their confidence, because by picking on them you may stop them from learning Dīn and become a means of them giving up.

“Help build them, not break them!”

7. Recognise your students. Do not annoy students such that they develop hatred for you. Create the love of yourself in their hearts so they are willing to listen to you and understand you. Advise them because you love them.

8. Upon the mistakes of students, do not admonish each one of them in the same manner, but in different ways depending on their characters. They are your children, and the way each child is dealt with should be with love. This way you get the best results out of them. Admonish them with love.

9. Always remember: one of these students maybe the means of your salvation and entry into jannah.


Copy paste dari: https://www.facebook.com/MakkahSaudiArabiabyEemaanKhan



Photobucket

Ahad, 24 November 2013

Majlis Anugerah Penghargaan Guru Sains Dan Matematik

Pada 21 November 2013, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Perak telah menganjurkan Majlis Anugerah Penghargaan kepada guru-guru Sains dan Matematik yang terlibat sebagai Jurulatih Utama dan penulis modul bagi tahun 2013. Guru-guru yang diraikan terdiri daripada JU KSSR Sains dan Matematik, JU Pedagogi Sains dan Matematik Sekolah Rendah, JU Pedagogi Sains dan Matematik Sekolah Menengah, JU KBAT Sains dan Matematik, JU i-THINK, penulis modul SOLAR UPSR dan Penulis Modul Kerja Projek Matematik Tambahan.

Majlis yang julung kali diadakan ini dilangsungkan di hotel D'Seri Iskandar, Bandar Seri Iskandar pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik, En. Azmi b Dahali. Setiap tetamu yang hadir diberi sehelai tuala sebagai doorgift dan sepanjang majlis Hi-Tea, terdapat persembahan karokae daripada guru-guru atau pegawai JPN dan PPD. Terdapat juga acara cabutan nombor bertuah, tapi seperti selalu, nombor bertuah itu bukan milik saya.



KBAT Sains

Di negeri Perak terdapat 16 orang JU KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) bagi mata pelajaran Sains. Seorang pensyarah UPSI, 5 orang pensyarah IPG Ipoh dan 10 orang guru sekolah menengah tetapi hanya lima orang yang dapat menghadiri majlis ini. Terdapat JU yang tak dapat hadir disebabkan urusan rasmi atau peribadi. Pensyarah UPSI dan IPG Ipoh pula tak dijemput hadir.

Saya pula, terpaksa 'ponteng' Kursus KBAT Sains Gabungan Sekolah Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis ini. Tapi berbaloi datang jau-jauh, dapat jumpa rakan-rakan sepejuangan KBAT dan bertukar cerita tentang pengalaman menjadi JU. Kami dapat sijil yang ada tanda tangan hidup Pengarah JPN Perak. (sekarang kn asyik dpt sijil dgn tanda tangan cop ataupun bercetak je)




Jutaan terima kasih kepada JPN Perak kerana menganjurkan majlis penghargaan seperti ini kepada para guru. Semoga majlis ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan dan melibatkan lebih ramai lagi JU, penceramah dan penulis modul.



Photobucket

Sabtu, 23 November 2013

Senarai Tugas Seorang Guru


Pernah tak terfikir apakah yang seorang guru di Malaysia buat sepanjang satu tahun selain daripada mengajar, menyemak buku latihan, menghadiri kursus dan menghadiri mesyuarat? Senarai ini bukanlah nak menunjukkan kerjaya sebagai guru adalah kerjaya yang sukar ataupun untuk merungut. Sekadar refeksi diri sendiri tentang perkara yang telah dilakukan pada tahun 2013 dan akan dilakukan semula pada tahun hadapan.

Senarai ini adalah gabungan tugas guru Pra-Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Pra-Universiti. Diharapkan semua guru tabah menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan.

1 E-Operasi
2 E-Pangkat
3 E-Prestasi
4 HRMIS
5 SPLG
6 Eg-Tukar
7 E-Profil
8 SPPBS
9 Psikometrik
10 E-SPTS
11 APDM
12 SPS
13 SAPS
14 SARANA IBU BAPA
15 Guru Penyayang
16 Mentor Mentee
17 Minda Sihat
18 L4
19 Konsep Kendiri
20 DWEN
21 VLE-Frog
22 E-Nilam
23 Zoom A
24 EMIS
25 SSDM
26 SSQS
27 NKRA - LINUS
28 E-kehadiran
29 IQ-PSS
30 PROTIM
31 1M1S
32 Myspata
33 E-mateks for SPBT
34 E-bulk for SPBT
35 Ujian komptensi ICT
36 SISTEM SKPK PRASEKOLAH
37 Penandaan buku latihan
38 Penggubalan soalan ujian
39 Penghasilan ABM
40 Persediaan buku rekod mengajar
41 Penetapan ETR / KPI setiap subjek
42 Aktiviti persatuan
43 Aktiviti sukan
44 Aktiviti ko-akedemik
45 Aajian tindakan
46 SPSK (johor)
47 Keceriaan kelas
48 Latihan kebakaran dan kecemasan
49 Kem motivasi
50 kemaskini fail kurikulum
51 program susu sekolah
52 program pemulihan pengayaan
53 PEKA/PAFA
54 pelaporan guru bertugas harian
55 program sekolah selamat
56 pelaporan kantin
57 persiapan padang dan balapan
58 program akses kendiri
59 program pecutan UPSR/PMR/SPM/STPM
60 kelas tambahan cuti sekolah
61 projek hikmah
62 galeria sekolah
63 pengurusan stok dan rekod
64 pengurusan panitia
65 tidak termasuk tuntutan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa seperti kursus, taklimat, bengkel, seminar, kolokium, simposium, dll

Tambahan:
66 PLC
67 Perancangan Strategik
68 KBAT
69 Persediaan TIMSS dan PISA


Photobucket

PBS Diperbaiki Tahun 2014


Kementerian Pendidikan meminta semua pihak menghentikan polemik berhubung dasar Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kerana ia dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk orang ramai.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata walaupun wujud kelemahan terutama berkaitan sistem serta penyimpanan data, ia dapat menilai pelajar dari segi kokurikulum, rohani, peperiksaan dan aspek lain seperti dimahukan pelbagai pihak selepas sistem sebelum ini hanya menilai dari sudut peperiksaan.

“Janganlah kita tolak PBS ini hanya kerana ada masalah dari segi pelaksanaannya, sedangkan ia mampu menilai pelajar dengan baik, bukan hanya berdasarkan kepada peperiksaan semata-mata, tetapi meliputi pelbagai aspek.

"Kementerian akan melakukan tiga penambah-baikan awal tahun depan bagi melancarkan pelaksanaan sistem itu”

                                                                                                - Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II


Tiga Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

1. Menginterasikan modul kepada satu modul tunggal.

2. Memperkenalkan ‘cache’ yang akan melindungi rekod dibuat guru, sekiranya berlaku masalah seperti gangguan bekalan elektrik yang menyebabkan semua data dikumpulkan hilang begitu saja.

3. Meningkatkan server dan jalur lebar bagi menambah akses kepada guru yang mahu memasukkan data seperti markah murid



Sumber: Berita Harian (19 November 2013)


Photobucket

Khamis, 21 November 2013

METTA: Aplikasi Persembahan Media Untuk Guru

Metta adalah satu aplikasi online yang membantu guru menggabungkan pelbagai jenis media digital seperti power point, muzik, gambar, teks dan kuiz dalam satu persembahan. Saya dah cuba explore aplikasi ini dan ia amat mudah digunakan. Guru-guru di US amat digalakkan menggunakan aplikasi ini tapi penggunaan aplikasi ini tidak didedahkan kepada guru-guru di Malaysia. Sebenarnya, kita di Malaysian pun boleh menggunakan aplikasi ini kerana seperti aplikasi online percuma yang lain, kita cuma perlu sign up dan login sahaja. Kepada semua cikgu-cikgu, silalah cuba aplikasi ini. BEST!

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai applikasi METTA.

METTA- Digital presentation tool


Metta (formerly known as Soo Meta) is a new digital presentation tool that allows you to combine videos from YouTube, pictures from the web or from your desktop, text, and voice recordings to create a presentation. You can also pull-in content from Pinterest and Twitter to use in your final presentation. Metta also allows you to insert a quiz into your projects. This means that people viewing your Metta projects can watch a short video clip then answer questions about it before moving onto the next part of the presentation.

The Metta editor is fairly easy to use. Create a free account to get started then open your browser to Metta.io/create/ and title your first project. After giving your project a title, add a background image from your computer or from the web. Next pull in a video from YouTube. The video can be yours or any other publicly shared video. You can trim the start and the end time of the video in the Metta editor. To add text just click the text box in the editor and type. Finally, to narrate a frame (Metta calls them chapters) in your project click the microphone icon in the editor and make your recording. Completed Metta projects can be embedded into your blog or website.

Applications for Education

You could have students create Metta projects in which they create book trailers using video clips, images, and their voices. Students could use Metta to create a digital collage of media around a current events topic that they're studying. Metta might also be used by students to create a showcase of their best digital works of the semester.

Berikut adalah video tentang METTA




Sekian. Saya harap post ini dapat memberi info baru kepada cikgu-cikgu. (^__^)


Photobucket

Rabu, 20 November 2013

Wordless Wednessday: Innovative Teaching

THINK!
THINK!
THINK!



Photobucket

SENARAI BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN

Setelah tamat tingkatan 5, pastinya murid-murid bercadang untuk penyambung pengajian tinggi di IPTA atau IPTS. Terdapat beberapa agensi yang menyediakan khidmat biasiswa dan pinjaman kewangan kepada para siswa dan siswi. PTPTN  dan MARA adalah dua agensi terbesar di Malaysia yang menyediakan pinjaman dan biasiswa. Selain itu, agensi-agensi daripada setiap negeri juga menyediakan khidmat yang biasiswa dan pinjaman kewangan. Tetapi, jika agensi berasaskan negeri, biasanya hanya siswa daripada negeri tersebut sahaja yang boleh memohon.


BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Lembah Lot G2,
Tingkat Bawah Wisma Chase Perdana Off Jalan Semanthan,
Damansara Height
http://www.ptptn.gov.my

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bangunan Medan Mara ,
No 21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
www.mara.gov.my

Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA)
Public Service Department,
Block C1 & C2,
Complex Federal Government Administrative Centre,
625100 W. Putrajaya
http://www.jpa.gov.my

Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) A-10-12,
Menara UOA Bangsar,
59000 Bangsar,
Kuala Lumpur.
www.yayasantar.org.my

Yayasan Telekom Malaysia (YTM)
Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia,
Aras 9 Utara Menara TM,
Jln Pantai Baharu
50672 Kuala Lumpur
http://ytm.tm.com.my

Kuok Foundation Berhad
19th floor, Wisma Jerneh,
38 Jln Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

Yayasan Perak Tingkat 1,
Wisma Yayasan Perak, No 111,
Jln Sultan Idris Shah,
30000 Ipoh Perak
www.yayasanperak.com.my

Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak,
Bangunan Perak Darul Ridzuan,
Jln Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak

Yayasan Selangor
Menara Yayasan Selangor,
No 18 A Jln Persiaran Barat Petaling Jaya
 46000 Selangor
www.yayasanselangor.org.my

Yayasan Negeri Sembilan
Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan,
Jalan Yam Tuan 70000,
Seremban Negeri Sembilan
www.yns.gov.my

Yayasan Kelantan Darul Naim Tingkat 5,
Kompleks YAKIN,
Jln Gajah Mati.
15000, Kota Bharu, Kelantan
http://yakin.kelantan.gov.my

Yayasan Terengganu
Bangunan Yayasan Terengganu,
Jln Sulatan Ismail,
20200 Kuala Terengganu
www.ytrg.terengganu.gov.my

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang,
Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur
www.yp.org.my

Yayasan Johor
Aras 2,Wisma YPJ Holdings,
No 5 Jln Seri Perkasa 1\3 Tmn Tampoi Utama,
81200 Johor Bharu

Yayasan Sarawak
Level 9 & 10,
Wisma Satok,
93400 Kuching, Sarawak
www.yayasansarawak.org.my

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,
Aras2, Blok c, Wisma Darul Aman,
05503 Alor Star. Kedah Darul Aman
www.ibnk.gov.my

Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Pejabat Setiausaha Negeri Pulau Pinang,
Paras 25 Komtar
Pulau Pinang www.penang.gov.my

Golden Hope Plantation
9-20th Floor Menara Pnb
201-A Jalan Tun Razak.
Kuala Lumpur 50400,
Wilayah Persekutuan
http://www.goldenhope.com.my

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM)
Aras 3, Blok B, Seri Negeri
75450 Ayer Keroh, Melaka
tapem@melaka.gov.my



Photobucket

Sabtu, 16 November 2013

KURSUS KBAT SAINS DAERAH HULU PERAK

Setelah tamat Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Daerah Kuala Kangsar, pada 22 hingga 26 Oktober 2013 di SMK Clifford, pada 28 Oktober hingga 1 November 2013 saya ke Grik pula untuk Kursus KBAT Daerah Hulu Perak. Kali ini, kursus dijalankan di SMK Budiman.  Di daerah Hulu Perak, selain saya, terdapat dua orang lagi Jurulatih utama iaitu Dr Ooi Heng Beng dari IPG Ipoh dan Cikgu Azdnan daripada SMK Pengkalan Hulu. Tetapi Dr Ooi cuma hadir pada dua hari pertama sahaja.

SMK Budiman adalah sebuah sekolah baru. Sekolah ini baru dua tahun beroperasi dengan jumlah pelajar kurang daripada 500 orang murid. Saya sangat tertarik dengan reka bentuk sekolah ini yang sangat futuristik dan kelengkapan yang serba lengkap dan canggih.  Sekolah ini adalah sekolah pemandu bagi Program iThink Daerah Hulu Perak. Di sekeliling sekolah ini dipenuhi dengan banner bentuk-bentuk peta pemikiran dan dinding-dinging sekolah dihiasi dengan mural peta pemikiran pelbagai topik.



Daerah Hulu Perak adalah sebuah daerah yang sangat luas tetapi mempunyai kepadatan penduduk yang rendah. Di sini hanya ada 15 buah sekolah menengah sahaja (tidak termasuk dua MRSM dan sekolah swasta). Oleh itu peserta kursus ini hanya terdiri daripada 15 orang Ketua Panitia dan 15 orang Pegetua/wakil pengetua.  Saya dapati, di sini terdapat banyak pengetua perempuan. (Girl Power, yeah!)



Dr Ooi semasa menerangkan tentang PISA

Kursus KBAT Sains

Pada hari pertama dan kedua, Dr Ooi menerangkan mengenai latar belakang KBAT, TIMSS, PISA dan teknik Penyoalan. Saya hanya membantu semasa bengkel sahaja. Sebenarnya, banyak perkara baru yang saja belajar semasa slot Dr Ooi. Beliau banyak bercerita tentang pengalaman mengajar di sekolah dan mengajar di IPG. Terasa seperti saya juga sebahagian daripada peserta kursus.


Pada hari ke-tiga saya dan Cikgu Azdnan mengambil alih kursus. Kami menerangkan mengenai Peta Pemikiran. Pada hari ini, kami sebenarnya bersedia untuk menerima pemantauan daripada pegawai Kementerian Pendidikan daripada Putrajaya, tapi alhamdulillah, beliau tidak singgah melawat kursus ini.

Hari ke-empat adalah slot Pembelajaran Inkuiri (IBSE). Bagi menerangkan empat tahap pendekatan IBSE, kami telah membuat empat jenis amali di makmal sains. Bagi saya makmal sains sekolah ini sangat la lengkap, sempurna dan best! Tengok meja pun, dah terasa seperti di sekolah elit.


Gambar di bawah menunjukkan salah satu kumpulan yang membuat eksperiman kismis menari. Di Grik, kami tak jumpa kedai yang menjual soda drink, jadi kami gunakan minuman isotonik. Kesannya, kismis menari tetapi tidak secergas jika menggunakan soda drink.



Hari ke-lima adalah slot Social Scientific Approach. Disebabkan sekolah ini adalah sekolah baru, dan belum dilengkapi dengan wifi, peserta sukar mendapatkan bahan daripada internet. Mereka hanya menggunakan bahan yang disediakan oleh kami sahaja semasa aktiviti dijalankan. Terasa kerugian pada peserta hari ini.

Tapi secara keseluruhannya saya amat berpuas hati dengan Kursus KBAT Sains di Hulu Perak. Peserta memberi kerjasama yang amat baik sekali. Semoga berjumpa lagi di masa hadapan.


Photobucket

Rabu, 13 November 2013

Wordless Wednesday: A Beautiful Panorama At Tasik Raban

Visit Malaysia 2014

Tasik Raban, Lenggong, Perak

 
p/s: Perak Man, the oldest human artifact is found near by Tasik Raban.  Beside the Perak Man, Tasik Raban is also a heaven for the fresh fish lover.


Photobucket

Isnin, 11 November 2013

Jika Ada Kemahuan, Di situ Ada Kejayaan

Semasa berumur lima tahun, saya mahu menjadi seorang penyanyi seperti Ramlah Ram. Waktu itu, penyanyi Ramlah Ram sedang popular dengan lagu Kau Kunci Hatiku di dalam Hatimu. Lagu tersebut selalu menjadi siulan saya siang mahupun malam. Tapi bila saya masuk ke sekolah, saya tidak berminat lagi untuk menjadi seorang penyanyi. Bahkan saya tak minat untuk menyanyi lagu-lagu popular seperti rakan-rakan saya yang lain. Malah saya tak pernah menyertai pasukan koir, kumpulan nasyib atau pasukan dikir barat sekolah. Bagi saya, seni suara bukan minat atau bakat saya.

Tapi di USM, secara terpaksa, saya telah menyertai pasukan kior untuk persembahan Hari Guru Peringkat PPIP. Sebenarnya saya telah cuba untuk menggelak untuk menyertai pasukaan kior tapi, saya tiada pilihan selain daripada menyertainya. Latihan kior biasanya dijalankan pada pukul 10.30 malam hingga 12.30 tengah malam setiap hari. Tapi latihan kior itu sangat menyeronokkan sehingga saya tidak merasa penat walaupun terpaksa pulang lewat malam. Daripada tidak mahu menyertai pasukan kior, saya jatuh cinta dan mahu membaiki teknik nyayian dan akhirnya saya berjaya menyanyi dengan baik semasa hari persembahan. Lebih menyeronokkan, dengan  menyertai kior tersebut, saya berpeluang menyanyi di Balai Budaya USM, iaitu suatu dewan yang dilengkapi sistem audio secanggih Istana Budaya. Secara tidak langsung, angan-angan saya untuk menjadi penyanyi tercapai juga.

Disebabkan jatuh cinta pada bidang nyayian, saya melebarkan minat ke bidang tarian tradisional. Kali ini lebih serius, bukan setakat untuk persembahan, tetapi sebagai satu subjek ko-kurikulum untuk memenuhi keperluan pensiswazahan saya. Saya tak sangka, badan yang keras seperti saya, bila sudah berlatih setiap minggu, akhirnya dapat juga menari tarian tradisional seperti yang diajarkan oleh jurulatih. Disebabkan oleh saya mengambil  kursus tarian ini, semasa tahun pertama saya posting, saya diminta untuk membimbing pasukan sekolah menyertai tarian rampai untuk Karnival Asrama.

Gambar persembahan semasa Pertandingan Tarian Rampai

Ahli pasukan sebelum pertandingan bermula

Alhamdulillah, ahli pasukan saya yang semuanya terdiri daripada pelajar lelaki dan merupakan pemain bola sepak, ragbi dan hoki berjaya dilenturkan. Kami memenangi tempat ke-tiga diperingkat daerah. Peserta tarian itu memang telah menunjukkan minat dan komitmen yang sangat bagus. Selama tiga minggu kami berlatih petang dan malam untuk pertandingan tersebut. Mereka mahu membuktikan pemain bola sepak, ragbi dan hoki juga boleh menari dan mereka berjaya.  Saya agak terkilan kerana mereka telah menari dengan baik tetapi hanya menduduki tempat ketiga kerana tidak menepati syarat, iaitu tarian rampai mestilah tarian tradisional yang asli.....dan tarian rampai yang saya kaleografikan, terdapat elemen tarian zapin perak...(iaitu bukan tarian zapin asli). Disebabkan syarat itu juga, pertandingkan tarian tradisional tidak diteruskan pada tahun-tahun berikutnya kerana guru-guru dari setiap daerah tidak berpuas hati dengan keputusan juri.

Calon SPM 2013 semasa perhimpunan pada hari pertama peperiksaan

Bagaimanapun, pengalaman membuktikan, walaupun siapa kita, jika ada kemahuan di situ ada kejayaan. Saya berdoa dan berharap sangat, pelajar saya yang sedang menduduki peperiksaan SPM dapat menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, terutamanya untuk subjek Sains SPM. Walaupun selepas Peperiksaan Percubaan SPM saya tak dapat bersama dengan mereka selama 5 minggu, saya harap setiap yang saya ajar dapat membantu mereka untuk berjaya dalam SPM. Good luck dan jangan lupa kelas tambahan sebelum menduduki kertas Sains SPM. Saya nak bincang tajuk-tajuk penting untuk Sains SPM.

Calon SPM 2013 SMK Clifford.


Jika ada kemahuan, di situ ada kejayaan! 

Selamat menduduki Peperiksaan SPM.



Photobucket